Selasa, 28 September 2010

money

TAssalamualaikum.... girls.... harinikan kte de oral presentation. Wah nervous cgt... memang yer kalau kita nervous tiba-tiba kita rasa sejuk and nak pergi toilet padahal kita xbuat apa-apa pun.. tu memang reality... ada 20 soalan and kita memang tak target dap tajuk money so tak terpikir nak bincang. Nak dijadikan cerita bila dapat tajuk ni, kita pun mulalah masuk alam fairy tale kita.. alahai ustazah, tak matangnya.. sedih jugak sebab sebenarnya dia nak tengok kematangan kita.. ayoyo tawakal je pada Allah moga-moga dapt cemerlang. Sebab semuanya kembali pada ALLAH... kadang2 kita buat bagus tapi kalu Allah nak uji, Allah akan bagi kurang baik and samalah kalau sebaliknya.


 

    MONEY... life is not like a bad of roses that why I always imagine that I have a lot of money. I like to built castle in the air that someday I will marry prince charming.( time tu panel pun gelak). If I have a lot of money I can buy new cloth, new shoes and anything I want. But the important thing I want to do is sent my parent to Makah. Beside that (ala lupe nk ckp) I want to help my sibling education. I want to send my sibling to further studies in overseas. Yes, I cant go there so I hope one of my sibling will do that. If i have a lot of money i can help poor person. Outside, there are many poor people that need our help. I can give and donate money to needed. (berhenti kejap ingt dah habis masa then sambung balik.) money is very important for me. We can help many people with it. Maybe we can help in built mosque. That kind is very good. Some people will said, "Are you greedy?" not... for me money is very important. That all thank you... ai cik kak banyaknye merapu.. macam mana nie... doa jelah yer... ingat 3 minit sekejap rupanya bila cakap banyak lagi masa.. ayoyo... to all people outside believe your self and please be matured... don't be like me....

But use money with wisely... tada....

Jumaat, 24 September 2010

Sanggupkah aku????

    Sanggup ke kita buat dosa dan melanggar perintah Allah? Allah Maha Melihat gerak-geri kita. Baca dan tanyalah pada iman jawapannya.... moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang insaf. Islam itu indah andai dikau sedar hakikatnya.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima
lima syarat
dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,
jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Sumber dari:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/855-lima-syarat-berbuat-maksiat.html

Khamis, 23 September 2010

Kita couple ke?

Siri 6…

Assalamualaikum… dah lama tak mencoret karyalah… erm testing-testing sambungan cerita hari tu…..

Imam Al-Syafie berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."


Hayatilah dan usah kau bersedih kerana setiap mutiara jernih yang mengalir daripada tubir matamu dikira Allah Yang Maha Mengetahui.

Ikhlas buatmu sahabatku…

SitiJ

Ain mengulum senyuman manis dibibirnya… Kad berwarna biru itu dibaca berulang kali. Siti, Siti dikau sahabat sejati. Hadirmu membawa erti. Dikau tak pernah membiarkan hatiku sepi. Keihklasanmu menyentuh hati. Doaku moga dikau sentiasa dirahmati…

" Duhai Ain yang baik… kuatkan hati.. Allah bersamamu.. percayalah pada janjiNya… Allah sangat dekat dengan nadimu. Percayalah." Bisik Ain kepada dirinya.

Mungkin orang kata tak masuk akal kalau kita bercakap dengan diri sendiri tapi berbeza dengan Ain. Dia masih ingat kata-kata ustazah Qaseh Mardiah ketika zaman remajanya.

"Anak-anak bercakaplah dengan dirimu sendiri kerana ketahuilah, diri kita boleh mendengar suara kita. Bisikkanlah kata-kata cinta pada diri kita supaya mendekati Allah. Sesungguhnya ruh kita boleh mendengar keikhlasan bisikan tersebut."

' Ustazah Qaseh, Ain buat macam ustazah ajar. Terima kasih ustazah. Akan Ain sampaikan ilmu ini kepada anak didik Ain kelak.'

Astaghfirallah al-'azim" lamunan Ain terhenti apabila tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.

" Hai tuan puteri, mengelamun jauh nampak. Sampai ke selat tebrau ke? Marilah kita bersantap. Santapan sudah hamba siapkan." Luah Batrisya sambil buat gaya ala-ala dayang zaman pendekar Hang Tuah. Dia mengekek kesukaan sedang Ain mencebikkan bibir.

"Amboi-amboi, berani sungguh tuan hamba mengganggu lamunan beta. Bukan selat tebrau, lautan antartik pun sudah beta renangi." Batrisya buat muka takut almaklumlah kena marah dengan tuan puteri. Ain tersenyum kemenangan walaupun dia tahu Batrisya saja tak nak membalas.

" Ish, Iesya ni. pagi-pagi lagi dah ajak kita merepek. Apalah. Maaf ye, kita tertidur tadi. Ingat nak tolong awak buat sarapan. Sory…" tangan iesya dipaut sebagai taktik memujuk.

" Macam mana tak merepek, makan kerepek banyak sangat.. hehe.. Tak adalah gurau je. Tak apa, kitakan sahabat. Kena saling memahami. Jomlah makan. Iesya masak nasi goreng special khas untuk sahabatku, Ain. Jom" ajak Batrisya sambil berlalu ke muka pintu.

" Mana Siti? Hari nikan cuti." Tanya Ain sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan setelah sampai ke meja makan.

" Oh, dia balik rumah sekejap sebab ada hal. Iesya pun tak tau pasal apa. Tapi dia kata jaga baby kat rumah elok-elok." Batrisya tergelak kecil.

" Apa? Baby? Hei dia ingat Ain ni kecil lagi ke. Ain dah 21 tau. Ish Siti, Siti." Ain tersenyum. Batrisya pula buat muka mengada-ngada mendengar 'statement' Ain.

Nurul Quratul Ain Syifa binti Qamarul berasa sungguh bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang baik hati dan memahami. Alhamdulillah pujian buat Allah Yang Menyatukan hati-hati mereka.

Salah satu aktiviti wajib mereka ialah membaca mathurat di waktu pagi dan petang. Doa rabithah pastinya mewarnai kehidupan mereka.

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati ini dengan makrifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Selasa, 21 September 2010

Rasulullah is our messenger

Jom kita perbanyakkan selawat buat junjungan besar nabi Muhammad... senangnya...nak seribu daya, tak hendak seribu dalih....

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)". (Surah Saba': 28)
Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. ;Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).


Perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



"I love Rasulullah S.A.W."

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Wallahualam.


 


 

Rindu kt Mrs. laptop...

Assalamualaikum... apa khabar semua????

Really miss my mrs laptop... hye sweety...chat x???? Alhamdulillah after 3 week, my laptop in hospital... ecece hiperbola jer lebih... hari tu cik laptop nie sakit tapi hari nie dah sihat... hari ni kita masuk pertandingn tafsir n i very nervouslah... tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... semuanya berkat pertolongan Allah n pertolongan kawan-kawan kita... thanks my friends... ha talk about thanks you nie I remembered my teacher said, simple word but people always forget.. what is it? The answer is.... ececee... thank you... seriously it very simple but quite hard to said... so let practise together... "wah teacher fatin dah boleh merapu dalm bahasa inggeris nie dah bolehlah masuk kelas mengajar nie"... ecece gedik sorang2... rindunya nak tulis karya tapi tulah macam perdana menterikan tu yang sibuk memanjang... hadis nabi "sampaikan olehmu daripadaku walau satu ayat"... so even ilmu kita sedikit tapi sampaikanlah kepada sesiapa pun mana tahu kerana ilmu yang sedikit itu membantu saudara-saudara kita yang lain........