Apa khabar iman?
TePUk DaDa TAnYA ImaN..^_^..
Khamis, 26 Disember 2013
buat coklat dan cup cake sedap
seronok tau. kalau bukan nak jual pun, belajar masak untuk anak-anak tersayang pun takpe:) dan pada mereka-mereka yang suka makan cupcake, teringin masak cupcake untuk tersayang atau teringin menjual cup cake cublah nie :) http://3cbakery.ashadee.com/go/2/pu3brunei/ seronokkan, bukan je kita happy tapi orang yang makan pun happy go lucky :)
cinta dari syurga.. bercinta lepas kahwin tu indah :)
Ha cerita harini tentang kwn kita yang dah kahwin. Sebenarnya ramai dah jadi raja sehari tapi kte dedikasikan ni kepada kawan kita sorang ni. dialah orang pertama yang sebabkan kita buat blog. kte ni bukan pandai sangat buat semua ni tapi atas tunjuk ajar dia kita berjaya jugak.
ok! of the topic. now kita nak cerita bagaimana cinta datang dari Allah tu cukup indah. ramai kat luar sana tak percaya. mesti ada girl-girl yang rasa sedih bila tengok kawan-kawan lain ada boyfriend. n paling sedih sekali as gadis-gadis yang meningkat dewasa mesti rasa kecewa bila balik kampung ada mak cik- makcik tanya "Aik bila nak kahwin?" tak kanlah tak ada pakwe lagi?" oh please la makcik-makcikku sayang. rasa macam serangan bom atom sampai kat jantung je. rasa macam diri tak laku plak. tulah perasaan-perasaan yang akan datang bila kita berhadapan dengan situation macam ni. n sedih juga kalau semua kawan kita n our bff da ada boyfriend sedangkan kita masih single mingle.
Pernah tak jadi dekat korang? ok kalau pernah tolong jangan sedih dan kecewa. kalau tak pernah, alhamdulillah. Bila melibatkan cinta dan jodoh, kembalikan ianya pada pencipta cinta tu. Siapa pencipta cinta? Allah pencipta segala cinta di alam ini. Yakinlah bila kita jaga hal akhirat, in syaa Allah dunia akan datang pada kita. sebagai contoh. kalau kita jaga hubungan dengan makhluk seperti perintah Allah, buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan perkara yang dilarang. yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah. In syaa Allah, hidup akan diberkati n jodoh tu akan datang pada kita.
oklah maybe ada yang kata kolot bercinta selepas kahwin. maybe ada yang kata boleh bahagia ke? or mayba ada akan kata sekarang zaman moden bukan mcm zaman our mother n father dulukan.. kan? hehe.. di luar sana ramai dah yang xkenal lepas tu khwin dan Alhamdulillah mereka sangat bahagia. kenapa? sebab perkahwinan mereka suci dari noda perhubungan sebelum kahwin. paling best, bila kita tak kenal each other, perkahwinan kita tu akan jadi sangat sweet. masa lepas kahwin tu baru kita tahu dia macam mana. baru kita tahu apa dia suka dan tak suka. macam-macam benda yang akan mewarnai alam rumahtangga dan itu akan menyebabkan perkhawinan lebih kekal:)
Apalah kita nie, lama tak tulis tuptup tulis pasal kahwin pulak. oklah off the topic just pesanan kita, pada girl-girl yang belum terjebak dengan couple. berdoalah pada Allah anda akan tetap pendirian dan bersyukurlah anda tidak terjebak. banyak yang buruk daripada baiknya... n pada girl-girl diluar sana sentiasalah berdoa dikurniakan dan dipertemukan dengan seorang lelaki yang soleh yang mampu menjadi imam kita..
Sekian semua ... Selamat Pengantin Baru to my friends <3 p=""> 3>
Khamis, 13 Disember 2012
tips kurangkan stess
wangi dan tenang
- Selalu istigfar.. masalah tu ujian Allah.. ujian kan tanda Allah sayang dekat kita and nak hapuskan dosa=dosa kecil kita.
- Solat 5 waktu dan banyakkan berdoa.. tau tak doa adalah senjata umat Islam.. so jangan pernah berhenti berdoa ea.. and u all tau x bila kita sujud, darah akan mengalir ke bahagian otak.. bila otak kita cukup darah maka kita akan lebih tenang.. sebab tu kita patut bersyukur Allah memerintahkan kita solat 5 waktu sehari semalam.
- Banyakkan berzikir.. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. ha Allah sendiri dah bagi guarantee tau so korang jangan nak ragu-ragu..
- Selalu bersedekah... ha make sure ikhlas tau.. InsyAllah hati korang akan jadi tenang dan masalah akan dipermudahkan Allah..
- Pakai wangi-wangian.. ha tau tak urat saraf kita akan jadi lebih tenang bila kita menghidu bau-bauan yang wangi dan menenangkan... ha tak percaya tengok lah link ni : http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=safi
- Lihatlah alam ciptaaan Allah.. contoh tengok laut ke langit ke.. setiap penciptaan Allah tak sia-sia..
- Akhir sekali tip nak hilangkan stess ialah berwudhuk and baca Al-Qur'an..
Isnin, 21 November 2011
kenangan form 5
Rabu, 17 Ogos 2011
Abah Tersayang
Hari ni 15.8.2011 bersamaan 15 ramadhan 1432 hijrah. Lama dah tak mencoret kat sini. Kekangan masa dan kesibukan yang menghambat jiwa menyebabkan blog ni kaku tak bernyawa.. hari ni sedih ada gembira pun ada. Gembira sebab baru je lepas borak-borak dengan abah n mama. Sedih sebab tahu rupa-rupanya abah merajuk. Alamak abah sorylah, bukan ika tak nak call tapi ika asyik tak sempat call je.. maaf ye abah…
Sedih pula bila tahu tanpa sedar kita dah sakitkan atau guris perasaan ibu dan ayah kita sendiri. Sebagai seorang anak menjadi tanggungjawab kita memastikan ibu dan ayah sentiasa bahagia. Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Betol kan orang cakap, lelaki ni susah nak luahakan perasaan. Tapi seandainya mereka meluahkannya maka terhasillah pelbagai lukisan hati yang menyentuh jiwa.
Berbeza dengan perempuan, dia akan pamerkan perasaannya. Kita ingat lagi, kita pernah menangis bila time excited telefon abah n abah cakap abah sibuk n nak cepat. Wawawa, cepat je mutiara jernih membasahi pipi. Masa tu fikir abah tak sayang kitalah. Abah tak nak cakap dengan kitalah n so on.. entah apa-apakan… tapi tulah perempuan… hatinya sangat lembut.
Bila kita jarang telefon abah, abah pulak akan main miscol2.. eleh abah sebenarnya rindu tapi pelikkan abah tak nak tunjuk sangat. kelakar pun ade. Tapi tu r my abah yang tersayang. Bila abah dah merajuk mulalah abah membebel satu rumah tentang anaknya di perantauan.. abah, abah, seriously ika tak sempat call. Tapi hari-hari ika ingat abah n mama tau.
Bagi menghargai rajuk abah yang xsure dh hilang atau belum tu so ika dedikasikan lagu ni untuk abah.. lagu Aeman "Ayah". Bes sangat…
Ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah,
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku,
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuaatan.
Dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa kau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati.
Buat sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali buat ibu n ayah kita terasa dengan sikap kita ye. Sayangilah mereka selagi mereka masih hidup di dunia ni. buat bonda dan ayahanda yang sudah tiada, kirimkanlah al-fatihah dan doa buat mereka. Semoga mereka di tempatkan bersama orang-orang yang soleh..
Buat bakal ibu n ayah, tak salah rasanya kita meluahkan perasaan n kasih sayang kita pada anak-anak kerana kita juga manusia yang punya hati dan perasaan. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang berketrampilan…
Salam Ramadhan Al-mubarak..
Rabu, 29 Jun 2011
Sakratulmaut itu pasti
Bismillahirrahmanirrahim… Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un… sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepadanya juga kita kembali… Ya Allah hari ini paman kita kembali menghadapMu… Ya Allah Engkau tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin…….
Sedihkan bila orang terdekat kita meninggal dunia.. meninggalkan dunia tak sama macam meninggalkan rumah… meninggal dunia bermakna roh telah berpisah daripada jasad… saat itu kita kena bersedia dengan perhitungan Allah… kita akan ditanya tentang tanggungjawab kita sebagai hamba dan segala amalan yang kita lakukan di dunia…Sesungguhnya saat sakratulmaut amat memeritkan.. na'uzubillahi minzalik… sangat menyakitkan…
Dalam Sahih Muslim ada menyebutkan hadis daripada Ummu Salamah, Dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, Inna Lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Ya Allah, berilah pahala atas musibahku dan berilah ganti yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberinya ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya." Ummu Salamah berkata, " ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum muslimin yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang hijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa RasulNya. Rasulullah SAW mengutus Hathrib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Beliau bersabda, "adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar menghilangkan cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah (hadis Riwayat Muslim).
Apa yang menyedihkan kita dah mimpi sesuatu 2 hari sebelum ni… kita mimpi gigi kita patah…banyak sangat… bila gosok gigi rasa takut sangat..nasib baik tak ada apa-apa…lepas tu kawan kita kata itu tandenya orang terdekat meninggal… kita rasa takut sangat.. tapi ada juga kawan kita cakap jangan percaya..itu hanyalah mainan tidur.. tetapi sebagai hamba yang lemah pastinya kita takut saat mendengar tafsiran mimpi tu… sejak hari tu kita dah buat persediaan manalah tahu mungkin itu adalah petunjuk Allah… kita sangat risau.. kita perbanyakkan doa moga keluarga kita selamat dan sekiranya kami meninggal dunia semoga kami meninggal dalam iman dan islam.. hari ni tiba-tiba berita kematian pakcik kita sangat mengejutkan… janji Allah itu pasti bahawa hidup di dunia ni hanyalah sementara dan Allah berhak mengambil kita kembali kepadaNya.. sedih itu pasti.. air mata turut mengiringi namun kini kita lebih bersedia….
Sesungguhnya ajal maut, jodoh rezeki semuanya adalah ketentuan Allah… jadi kita semua mestilah bersabar atas pemergian orang-orang yang tersayang..Semoga keluarga pakcik kita bersabar dengan ujian Allah ini.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah redha dengan pemergiannya… Al-Fatihah….
Semoga kita yang masih hidup ini memperbanyakkan ibadah sebagai persedian menemui Allah kelak…J
Jumaat, 24 Jun 2011
Bila Allah Menduga Kita
Alhamdulillah lepas sebulan berlalu akhirnya Allah memberi keizinan untuk kita mencoret..
Alhamdulillah juga sebab kesihatan kita semakin baik.. buat sahabat-sahabat di luar sana yang kurang sihat, berjuanglah melawan penyakit anda ye.. dan ingat setiap penyakit yang Allah datangkan adalah ujian bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Allah rindu mendengarkan rintihan kita berpanjangan jadi bila sakit, secara tak langsung kita akan ingat Allah. hebatkan kuasa Allah...
Rasanya dah setahun kita join blog dan rasanya belum sampai lagi matlamat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat sekalian. InsyaAllah sebagai hamba Allah yang lemah kita akan cuba memperbaiki diri ini..
Perkongsian hari ni tentang hakikat bahawa ujian yang Allah timpakan bersesuaian dengan kemampuan diri kita.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kita tidak perlu kuatir dengan ujian yang kita hadapi. Percayalah sahabat sekalian kita mampu mengharunginya dengan bergantung kepada Allah.. Setiap ujian yang datang boleh kita hadapi bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jangan pernah berburuk sangka dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.
Ya Allah sembuhkanlah penyakitku dan penyakit saudara-saudara seislamku.
Mama : Ika makan ubat ye sayang... (mama menyuakan ubat yang telah dipotong menjadi kecil)
Ika : pahitlah ma.. Ika tak nak.. Ma kenapa Allah bagi sakit.. Ika kan tak suka makan ubat.. Ika tak suka sakit.
Mama : sabarlah sayang.. Allah bagi sakit sebab Allah sayang kat Ika. Allah nak Ika jadi sabar ye nak. Ika nak dengar satu hadis tak?
Ika : oh.. wah sakit tanda Allah sayang Ika ye ma.. macam tu Ika suka sakitlah sebab kalau sakit Ika tahu yang Allah syang kat Ika.. hehe.. Ma ceritalah. kalau mama cerita Ika makan ubat..
Mama : wah baik anak mama.. Ika dengar ye sayang.. "Abu Said Al-Khudry meriwayatkan bahawa beberapa orang Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW dan baginda memberikannya kepada mereka. mereka kemudian meminta lagi dan beliau kembali memberikan kepada mereka. kemudian mereka meminta lagi dan baginda memberikan kepada mereka sampai semua yang ada pada baginda habis. kemudian baginda berkata, " Jika saya memiliki sesuatu, saya tidak akan menyembunyikannya daripada kalian. (ketahuilah) barangsiapa yang menahan diri dari meminta pada orang lain, maka Allah akan menjadikannya cukup dan barangsiapa yang berkeupayaan memenuhi keperluannya sendiri, maka Allah akan menjadikannya mampu memenuhi keperluannya itu . Dan baransiapa yang tetap sabar, Maka Allah akan menjadikannya sabar. tidak seorangpun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar dari kesabaran." (hadis Riwayat Bukhari). Jadi Mama nak Ika sabar dengan apa pun ujian Allah termasuklah sakit ni ye sayang. tapi ingat ye nak, sabar apabila Ika hadapi kesusahan...
Ika : InsyaAllah ma, Ika cuba... Ika tak akan persiakan kasih sayang Allah. terima kasih mama...