Rabu, 22 Disember 2010

Practise make perfect

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah cause Allah still give us breathing.... ok i just want to practise speaking n writing... maybe broken or weird but i must try if not i will never can speak fluently...

So for me just say what in your heart cause when the time come the word will out from your mouth fluently.... for example if you want to say that you love your parent just say it before late.... because there are many people not have chance to say " mom, dad, i love both of you... i'm sory if i had do some bad things. You are my best parent in this world" so sad if this situation happen to us. We don't have chance to say because of what?

because we not grab the chance.... remember that life is not like a bed of roses n u cant imagine that there are second chance... no way dear...... time is like a gold n very priceless so hold it tightly....

i not just write but i mean it.... for me exactly n for all of you.....

lessons today:

  1. Sory kalau my English not good... kte tengah practice...ye r practise kan make perfect....
  2. Kte xde r pandai bi tapi kita kne cuba amalkan baru kite semua boleh pro... ingt x kata-kata kalau kita nk berjaya kita kne kuasai bhasa musuh... so think carefully... maybe sekarang xberpe ok tapi who knows akn dtg much better.... bila kita boleh kuasai bhasa asing maka kita tahu muslihat mereka..
  3. Ok believe your self...lantak r ape org kata yng penting kita dah usaha... gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya.... you are the best if you know so now i want u to know that you are the best...seriously.....

Who is the best????? You r dear.....:)

Ahad, 12 Disember 2010

AkU PUN Ade PerAsaan!

12.3.2008

"Wei aku pun ada perasaan. Kau ingat kau cantik kau boleh hina orang lain.. perah santanlah" ish nak je aku hamburkan perkataan ni kat dia tapi aku tak mampu… Sakitnya hati aku. Tadi aku tak sengaja langgar dia tapi dia marah kat aku macam aku bersalah sangat. Aku dah cuba minta maaf kat dia tapi dia tak faham. Salah dia ke salah aku. Ada ke dia kata aku ada mulut tapi nak cakap perkataan maaf pun susah. Aduh tersentak jantung aku dengar statement tak berasas dia tu. Mulut tak ada insurans. Aku tak tahu kenapa kata-kata dia tu menyakitkan hati aku. Hati aku ni rasa tercuit, terguris, terhiris. semua ter,ter aku rasa.… Kenapa dengan aku ni? Selalu cool and steady je tapi kata-kata dia menggugat kesabaran aku….sabar Am…sabar…..

16.3.2009

Aku tak fahamlah dengan dia tu. Apa yang dia tak puas hati sangat kat aku. Tempat tu aku cop dulu tapi dia nak juga berebut dengan aku. Punyalah banyak meja kat dalam library tu meja aku juga dia nak. Tak apa aku nikan gentlemen so aku pun bla jelah. Malas nak gaduh tapi boleh pulak dia jerit kat situ. "Kenapa tak marah aku rampas tempat kau? Bisu ke tak ada perasaan?" Berbisanya kata-kata dia tu.. menusuk ke kalbu. Salah ke kalau aku bisu. Berdosakah aku Ya Allah. Tak layak ke aku kecapi bahagia. Aku senyum kat dia pastu aku bla je…dalam hati punyalah sakit. Sebenarnya aku nak sangat cakap kat dia. " Ya aku bisu. So what? Kalau aku guna bahasa isyarat pun kau bukan faham so macam mana kau tau aku tak marah. Kau ada masalah ke kalau aku bisu. Ingat orang macam aku ni tak ada perasaan ke. Aku pun ada perasaan!!!!! " Tapi ayat tu tak mampu aku luahkan. Ya Allah tabahkan hatiku. Aku redha dengan kurniaanMu padaku.

21.3.2008

J Kenapa dengan aku hari ni. Daus kata muka aku bercahaya macam orang dilamun cinta. Ye ke. Entahlah. Layak ke aku bercinta? Ahhh tak kisahlah. Hal tu tolak tepi dulu. Tadi lepas kelas, dia datang jumpa aku. Mula-mula aku buat derk je….yelah mana ada orang senyum kat orang yang dah hina diri sendirikan. So aku pun coverlah kemachoan aku ni. Dia kata dia menyesal sebab hina aku hari tu. Dia dah tahu keistimewaan yang Allah kurniakan kat aku. Seriously muka dia comel sangat masa tu. Mula-mula aku rasa nak buli dia dulu tapi bila tengok kesungguhan dia tu aku tak sampai hati. Cair… Dia kata dia nak kawan dengan aku. Aku cakap nanti dia malu tapi dia kata dia tak kisah. Aku seratus kali tak kisah kalau macam tu. Hehe… Daus kata aku gila sebab senang-senang je maafkan dia padahal dia dah sakitkan hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Tapi hati aku sejuk bila dengar dia minta maaf. Aku nak cakap aku dah maafkan dia tapi dia bukan tahu bahasa isyarat pun so kertas dan penlah jadi alat komunikasi aku kat dia. Tapi aku teringin nak dia dengar aku cakap " cik Irazs Zahira saya dah maafkan awak. Saya sudi kawan dengan awak."

1.4.2008

Minggu lepas banyak assignment sekarang baru sempat mencoret. Apa khabar diari kesayanganku. Daus selalu gelakkan aku sebab ada diari. Dia kata awek je tulis diari tapi aku bidas. Semua orang ada cara luahkan isi hati samalah macam aku. Hanya dengan diari aku boleh luahkan apa-apa yang aku tak mampu ungkapkan. Dauslah kawan baik aku. Dia sabar je layan kerenah aku. Sebab dia nak faham apa aku cakap dia sanggup ambil kelas bahasa isyarat. " Daus terima kasih. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat." Aku ingatkan orang macam aku ni dipinggirkan tapi ada juga insan yang menyayangiku. Terima kasih Ya Allah. Dah dekat 2 minggu persahabatan aku dan Irazs. Aku seronok kawan dengan dia. Sebenarnya dia tak lah macam aku fikir sebelum ni. Dia baik sangat. Dia sabar je dengan keadaan aku. Aku rasa terharu sangat. Paling terharu bila dia backup aku time Fendi buat hal. Fendi tak habis-habis sakitkan hati aku. Yelah aku bukan macam dia. Pendebat terbaik kolej. aku…..:(

16.4.2008

"Terima kasih Irazs Zahira… awak baik sangat. Terima kasih untuk kejutan yang awak bagi tadi. Pertama kali Am dapat kejutan macam ni lepas Mama Am meninggal. Am terharu sangat. terima kasih bagi jam tu. Am suka sangat… Warna biru kegemaran Am. Am tak sangka Irazs tahu hari ni birthday Am." Aku nak cakap macam ni kat dia tapi dia tak akan dengar so aku coretkan kat sini jelah. Benda yang paling best sekali dia bagi suruh aku jadikan buku nota dia alat komunikasi kami. Dia kata kalau nak cakap apa-apa kat dia tulis kat situ. Sebelum balik rumah buku nota tu kena pulangkan balik kata dia. Sweetkan. Kadang-kadang kebaikan dia buat aku rasa di awang-awangan.

25.4.2008

" Fendi!!!!Apa salah aku kat kau? Kenapa kau nak halang Irazs kawan dengan aku. Hina sangat ke aku. Ya aku tak boleh bercakap. Tapi tak akan sebab tu aku tak layak punya kawan. Aku pun ada perasaanlah. Suka hati akulah nak kawan dengan sesiapa. Aku kawan dengan orang yang ikhlas kawan dengan aku. Kenapa kau selalu tak puas hati dengan aku. Aku tak pernah buat salah kat kau…. Aku pun nak hidup macam orang lain. Tolonglah jangan kacau hidup aku. Tolonglah." Ya Allah tolonglah sabarkan aku. Kadang-kadang aku tak kuat hadapi tohmahan dan ejekan orang lain.Aku manusia yang lemah. Sampai bila aku boleh sabar bila dihina. Orang bisu pun perlu dihormati bukan dianaktirikan. Ya Allah bantulah hambaMu ini menghadapi semua ini.

27.4.2008

"Am tabah ye nak. Semua manusia sama je pada Pandangan Allah. Yang membezakan mereka ialah amalan masing-masing. Bukan paras rupa yang Allah lihat, sayang. Mama bersyukur dikurniakan Am sebagai tanda cinta antara mama dan arwah papa. Am kena kuat. Banyakkan amal ibadat sebab itu yang mengangkat martabat Am di sisi Allah. Ingat walau macam manapun Am masih ada Allah ye nak. Mama sayang Am sebab diri Am. Am tak perlu cemburu melihatkan kesempurnaan orang lain sebab setiap orang Allah ciptakan ada kelebihan masing-masing. Mama dan papa sayang Am. Jangan sedih ye nak." Mama…..Am pun sayang mama dan papa. Terima kasih sebab sayangkan Am.Mama ibu terbaik dalam dunia ni. Kalau dulu mama selalu pujuk Am sekarang Am sedih mama macam tahu-tahu je. Terima kasih sebab mama sudi jengok Am walaupun hanya dalam mimpi. Am rindu sangat kat mama dan papa. Am tak kan pernah lupa semua nasihat mama. Am doakan mama dan papa bahagia di sana. Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku yang telah mengasihiku selama ini. Tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu yang kekal abadi.aminnnnnnnnnnnn.

7.5.2008

Dunia tak adil dengan aku. Mentang-mentang dia anak Dato' dia dipandang tinggi. Mentang-mentang aku kurang sempurna aku dipinggirkan. Aku tahu aku hanya melukut di tepi gantang. Kalau ikut undian aku yang layak jadi ahli majlis perwakilan pelajar tapi sesuka hati si Fendi tu buang nama aku. Dia kata aku tak layak dan takkan mampu. Dia kata belum pernah orang bisu jadi wakil pelajar. "Fendi, kau memang kejam………………" tak apa aku akan buktikan orang-orang senasib denganku mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan orang normal. Argh!!!!!!!

8.6.2008

Hari ni periksa terakhir. Lepas cuti masuk sem akhir. Aku, Irazs, Zira dan Daus keluar makan meraikan peperiksaan yang dah selesai. Leganya. Semoga study group yang kami lakukan sebelum ini berbaloi. Ya Allah hanya padaMu kami panjatkan doa. Usaha dah sekarang tinggal doa dan tawakkal je.

9.6.2008

Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak marah je. Daus kata aku cemburu tengok kemesraan antara Fendi dan Irazs. Ye ke. Entahlah aku tak tahu. Takkan aku suka kat dia. Aku…aku tak macam lelaki lain. Irazs seorang gadis perawan yang solehah. Aku tak layak dengan dia. Dia boleh dapat lelaki lagi bagus daripada aku. Tapi Daus tak habis-habis naikkan semangat aku. Dia suruh aku cuba dulu. Jangan kibarkan bendera putih sebelum berjuang di medan perang... ecece baik aku akan pertahankan niat suciku…..

12.6.2008

Ya, aku sedar aku suka dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. Biarpun kami baru je kawan tapi aku rasa kami serasi. Tapi aku rasa peluang aku tipis. Pagi tadi,aku dengar Fendi nak merisik Irazs. Aduh pedihnya jiwaku ini hanya Allah je yang tahu. Kalaulah dia tahu aku mencintainya. Takkan aku nak bagi tahu dia. Tak boleh…… Mana tahu dia tak suka kat aku. Kalau nanti dia benci kat aku…. Argh!!!!!!!!!! Buntunya….

15.6.2008

Betul macam yang aku bayangkan. Dia benci kat aku..Aku ikut cakap Daus tulis surat luahkan perasaan aku kat dia tapi belum sempat aku serah kat dia Fendi dah rampas surat tu. Dia baca kat depan kelas. Satu kelas tahu isi surat tu. Aku cuba halang tapi kawan-kawan Fendi pegang aku. Argh…geramnya aku. Fendi memang kejam. Sampai hati dia buat macam ni kat aku. Irazs zahira tergamam bila tahu isi surat tu. Masa kelam kabut tu aku cuma fikirkan perasaan dia. Mesti dia malu. Semua orang tertawa bila tahu. Bila satu kelas desak Irazs jawab surat tu dia rampas surat tu dan terus lari tinggalkan kelas. Aku nampak dia nangis. Aku kejar dia sampai kat belakang blok kuliah.kat situ dia nangis sambil koyakkan surat tu. Hati aku terguris bila nampak dia buat macam tu. Dia seakan-akan dah koyakkan hati aku. Aku tak sanggup tengok lagi. Hati aku sakit. Sampai hati dia buat macam tu. Aku tulis dengan setulus hati tapi sanggup dia koyakkan. Ye aku sedar, siapalah aku. Kami bagaikan bumi dengan langit. Sabar ye hati…. Kau masih ada Allah. Jangan nangis… Kau kena kuat………………..

19.6.2008

Aku dah tak ada mood nak menulis. Aku rasa macam hidup aku kosong. Peristiwa hari tu masih terbayang-bayang. Sejak hari tu kami dah tak mesej. Dia pun macam cuba mengelakkan aku. Aku tahu sebab aku perasan sikap dia berubah lagi-lagi waktu kuliah. Budak-budak kat kelas pun tak habis-habis bincang pasal hal tu. Ya aku bisu. Aku tak layak bergandingan dengan dia. Siapalah aku nak dibandingkan dengan dia. Tak mungkin dia nak bersuamikan lelaki seperti aku. Mungkin bukan dia je tapi semua gadis di luar sana tak nak bersuamikan aku. Tapi aku pun ada perasaan. Ingin disayangi dan ingin menyayangi. Salahkah aku menyukai dia. Aku pun manusia biasa.

21.6.2008

Kalau boleh aku teringin nak bagitahu dia . Aku nak dia dengar aku ungkapkan kata-kata cinta. Tapi semua tu hanyalah mimpi….aku tak mungkin bersuara dan tak akan boleh bagi dia dengar isi hati aku. " Irazs Zahira, Am betul-betul suka kat awak. Am ikhlas. Am sedar Am bukanlah lelaki idaman awak. Ingat tak perbualan kita dulu. Awak kata awak nak suami yang bersuara merdu. Nanti setiap saat dia boleh nyanyi untuk awak… awak kata awak nak dengar dia alunkan azan setiap kali solat…awak kata awak nak dia bertadarus dengan awak… awak nak dia ajar anak-anak awak. Am tahu Am tak kan dapat jadi lelaki idaman awak tapi Am nak awak tahu walau macam manapun Am tetap menyukai dan menyayangi awak. Am doakan awak jumpa lelaki macam awak impikan. Kebahagian awak adalah segalanya bagi saya. Awak yang mengajar saya erti indahnya jatuh cinta dan deritanya bila cinta kita ditolak. Semoga suatu hari nanti awak tahu betapa sucinya cinta seorang bisu kepada seorang dara".

25.7.2010

Dah 2 tahun aku tak tulis diari. Apa khabar diariku. Maafkan aku.. sejak peristiwa dulu aku tak sanggup tengok dirimu . Dalam ni banyak kenangan antara aku dan dia. Dalam ni ada kisah suka duka seorang buta pada seorang dara. Hari ni luka semalam berdarah kembali. Ya Allah kenapa hari ini aku baru tahu hakikat sebenar. Kenapa selama ni aku tak tahu kebenarannya. Aku pun ada perasaan untuk tahu. Kenapa dia rahsiakan penyakit dia? Kenapa setelah dia pergi baru aku tahu dia menderita selama ini. "Irazs, kenapa awk buat macam ni. Kalau awak bagitahu Am penyakit awak mesti Am dapat jaga awakkan. Mesti kita berdua bahagia. Awak buat macam ni lebih menyeksakan kita berdua. Biarpun awak dah tak ada dekat dunia ni tapi Am tetap cintakan Irazs selamanya.. Biarpun kita tak dapat bersatu di dunia Am berdoa semoga kita berdua bersatu di Syurga yang kekal abadi. Am nak Irazs tahu yang Am amat mencintai Irazs Zahira…. Semoga rohMu di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.. Cinta seorang bisu pada seorang dara akan terus mekar biarpun cinta itu tak dapat dilafazkan melalui bibir tetapi cinta itu dapat diterjemahkan melalui perlakuan. Itulah cinta sejati tulus murni… ku abadikan cintaku pada si dia dalam diari ini…..

Cerpen versi diari dari Ustazah Fatin…J

Ahad, 5 Disember 2010

Resepi ikan cinta bendi masak asam...

Assalamualaikum kengkawan semua..really miss my frenz.... kengkawan semua..really miss my frenz.... b4 kte ke dapur puteri fatin moleklah kte cte2 dulu... arinie kte kne tolong org masak untuk kawen... aduhai kte nie dah lah pemalu +terlalu pandai masak cmne nk g...dahlah mama xleh g.."oh mama ika memang takut g sne sorang2.." so kte pun xg n my mama pun sdh...ayoyo pemalunye...ish2 macam mana nak jaga anak murid ni...


 

Ok semlm kte masak ikan cinta bendi masak asam so arini kte nak coret buat kenangn...

Bahan2:

Ikan(berapa ekor y disukai.kalau nk tukar ayam boleh tapi kne tukar nama resepi ea...)

Minyak(seperlunye)

Bawang merah (beberapa ulas)

Asam keping( berkeping2)

Cili merah( sesedap rasa..maybe 5 sudu...erm sedapnya...)

Air ( 2 gelas atau lebih..sampai ikan terendam...)

Daun kesum(kte bru tau nme dia kesum...wangi...)

Bendi...(my father like it)

Garam(secubit rasa)

Limau nipis...


 

Cara-cara memasak ikut chef fatin:

Mula-mula sekali baca bismillah ea kalau tak hilang berkat.... tumiskan bawang merah dengan penuh kasih sayang...... bila dah kekuningan masukkan cili merah... masakkkan kemudian campur bahan2 lain seperti daun kesum, asam keeping, ikan dan air... masukkan garam secukupnya.... kacau berhati2 ea kalau tak ikan hancur... so kalau kita nk tahu orang tu pandai masak or x kte tengok ikan hancur ke tak,,, kte pun xpndai kacau selalu kena marah ngn abah...tapi kira ok jugklah.... ok bila mendidih dah siap....

Abah makan n cakap..."kurang urm nie"...ala kenapa pulak...baru rasa dah pro masak... ape yang kurang ye..... oh asam keeping sikit cgt...xsdp r..n jgn guna limau nipis tau...kalau asam boi baru urm..... oh baru r chef tau... xpe2 boleh cuba len kali...yang penting boleh makan n xdee sape sakit perut sebab makanan dimasak dengan kasih sayang...ecece....


 

Selamat bercuti n marilah kita belajar memask same2 ea....