Bismillahirrahmanirrahim… lama dah tak jengah my lovely blog. Seriously kita memang tak pandai IT nie.. masa kanak-kanak ribena dulu tak nak belajar… terpaksa tunggu masa lapang untuk Asiah ajarkan.. Asiah… baca tak agak-agak entri ni…hihi…. Asiah tolong ajarkan ye…(ecece macam tajuk lagu Ana Rafali pula… for me tak kisah siapa menang itu rezeki masing-masing… tapi pelik sebab ramai yang mempertikaikan… kesian kat Ana.. what ever…
Hari ni kita nak tulis pasal kisah semalam… semalam kita jadi pengerusi majlis sebuah program.. kita nak share macam mana perasaan kita… sejujurnya im very nervous…(pada kita sesipa sahaja bergelar manusia akan nervous tapi kita punya nervous nie maybe teruk banyak)… program start lepas isyak tapi kita menggigil sejak maghrib…kalau menggigil je tak pe.. tiba-tiba kepala jadi berat macam demam padahal siang tadi sihat walafiat… oh Fatin!! awat lagu ni… tapi kita rasa mesti semua orang pernah rasa apa yang kita rasa…
Kakak senior said: kenapa ni? demam ke? (kalaulah demam?)
My roommate said: ape nak takut, awak kan pernah jadi ahli forum terbaik..(siap peluk lagi)( tu time belasan, now dah puluhan…
The others said : relax je, semua perempuan…. (kalaulah mereka2 tahu perasaan kita)
But… I still nervous… entahlah kita memang darah gemuruh kot…. Sejak pagi kita dah buat persiapan mental dan rohani. (tiba-tiba kita fikir, mesti mereka-mereka ada yang kata kita nie over nervous… tak kisahlah apa pun,
Kalau ada kawan-kawan yang senasib dengan kita boleh try cara ni…
- Pagi 2 jangan lupa solat dhuha. (mohon pada Allah di murahkan rezeki dan diberi kelancaran berbicara.
- Solat taubat (mohon ampun dosa-dosa kita supaya apa yang kita nak sampaikan nanti menyelinap dalam hati-hati yang mendengar… hanya hati yang suci boleh menyentuh sukma-sukma pendengar.
- Solat hajat (minta pada Allah dipermudahkan dan dilancarkan majlis. Doa juga apa yang kita nak sampaikan tersemat kukuh dalam hati semua yang mendengar..
- Tawakkala pada Allah kerana "tiada daya dan usaha melainkan dengan izin Allah"kita hanyalah hambaNya yang lemah dan hanya Allah yang dapat membantu kita…
- Paling penting istighfar dan berzikir…. "Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".
Ingat dalam perjuangan tiada kesenangan.. semestinya kita perlu melalui liku-liku yang menyakitkan… tapi itulah perjuangan… apa yang penting keyakinan kepada Allah dan keyakinan diri
Perasaan seram sejuk dan menggigil-gigil tadi hilang sedikit demi sedikit apabila kita sudah mula mengacara majlis… walaupun tak se smooth yang kita harapkan tapi Alhamdulillah tetap berjalan lancar… don't give up…J
Akhir kata kita nak kongsi hadis Qudsi yang maksudnya berbunyi begini…:
Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah( s.a.w), Allah berfirman : Sesungguhnya Aku(iaitu Allah) berada dalam sangkaan hambaku, aku bersama mereka ketika mereka mengingatiku, jika hambaku mengingatiku dalam diri mereka maka aku mengingati mereka pada diriku. Jika hambaku mengingatiku pada sesuatu tempat atau majlis maka aku mengingati mereka pada sesuatu tempat atau majlis yang lebih baik daripada itu, jika hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta, jika hambaku mendekatiku sehasta maka aku mendekatinya sedepa, jika hambaku berjalan ke arah ku maka aku berlari anak kepada mereka..
Pengajaran hadis :
- Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. yakinlah pada pertolongan Allah.
- Ingatilah Allah dimana sahaja kerana kalau kita ingat pada Allah maka Allah akan ingat kat kita.(tak nak ke Allah ingat kat kita???)
- Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sebab walaupun kita baru nak mendekatkan diri kepada Allah dan baru nak melakukan ibadat kepadanya, Allah dah dulu mendekati kita… even kita berjalan, Allah berlari anak kea rah kita… Subhanallah betapa sayangnya Allah kepada kita hamba-hambanya…
- Jadi bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang kita perolehi…jangan cemarkannya…