Khamis, 7 April 2011

Bila emosi jadi raja

Wah hari ni kte sedih …….sedih sgt…terukkan kte nie… sensitive sangat… bkn sangat tapi melampau-lampau… now kte rasa nak nangis tapi tahan je sebab sekarang tengah kelas… Ya Allah kuatkanlah hatiku…

Kita sedih sangat, bila kita gurau dengan orang mesti orang anggap betul-betul…bila diorang gurau dengan kita, kita pun anggaplah diorang pun betul-betul…. Bila kita gurau n diorang macm terasa dengan gurauan tu mesti kita minta maaf… tapi bila diorang gurau melampau2 n buat kita touching..pernah tak diorang perasan. Pernah tak diorang rasa kita makan hati dengan kata-kata diorang. Pernah tak diorang minta maaf.. kita pun ada perasaan juga.. Salah ke kita… perlu ke kita bagitahu, ok awak buat kita sakit hati so minta maaflah… perlu ke macam tu… nonsense ok… ye, harini kita berendam air mata..hari ni kita sakit hati…hari ni jiwa kita kacau tapi esok bila subuh menjelma mesti kita dah lupe kesakitan tu n kita akan kawan macam selalu.. tapi kita pun manusia biasa… kalau boleh bila disakiti, kita harap orang tu sedar n minta maaf.. kita bukan minta banyak..cukuplah sekadr..im sory… tapi entahlah…

dulu kita tak macam ni… mungkin dulu kawan-kawan kita pun berbeza… sekarang cepat je hati kita tersentuh, cepat je air mata nak mengalir, cepat je jiwa kita tertekan……

Ya Allah dahsyatkan tekanan..nak nangis tapi bila tahan2 macam ni buat sakit dada.. dahsyatnya… ok Fatin relax ok…relax… teruskan tulis… xpe jgn nangis ok…. Relax…Ingat Allah….

Tak seronokkan hidup macm ni.. marah-marah orang, terasa dengan sikap orang… sakit sangat…kita tak suka perasaaan macm ni.. I want a happy life without sad like this… I want cry!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ya Allah tolonglah… saat macm nilah kerinduan kat mama, abah, adik2 dan kawan2 sekolah lama… Ya Allah sedihnya… dulu hidup kita always happy…kalau dulu kita selalu buat kawan kita terasa….. kita pun akan minta maaf dengan buat kad… kalau x, bila kita merajuk mesti kawan kita buat kad minta maaf… roza, athirah rindunya… kita memang suka buat macam tu… bila hilang barang pun mesti kita sedih dan tertekan pastu mula lah kita karang ayat ngada2 bagi barang tu balik kat pangkuan kita semula… kita akan buat puisi-puisi … kenapalah kita nie lembik sangat.. ok hati kuatlah sikit… jangan asyik touching je….

Hari ni terukk sangat… buat pertama kali dalam hidup kita sebagai mahasiswi kita hantar tugasan paling lambat… pastu mulalah emosi down…peninglah, loyalah..semuanya sebab salah sendiri.. kalau dari dulu buat esaimen mesti tak jadi macam ni…. kenapa kita macam ni… sangat worst…. Semoga ini yang pertama dan ini yang terakhir…… ok fine jgn jadi macm kita ye… kawalan emosi fail……………………………. Fine

Life is not like a bed of roses….. mungkin inilah balasan Allah pada kita… buat kawan-kawan kita minta maaf ye… Yes Im wrong…. My way is bad…

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenarnya: tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan(yang mempunyai)'arasy yang mulia..

(Surah Al-mukminun: 115)

Allah sayangkan semua Hamba-HambaNya.. bila kita sedih macam ni terus kita akan ingat Allah.. jadi baguskan Allah ciptakan perasaan sedih… Allah nak manusia sentiasa ingat padaNya… sekarang kita sedar, kita cepat terasa bila orang buat something cruel or bad kat kita even simple things so how about Allah? Pernah tak kita fikir Allah marah tak kita lewat2kan perintahnya seperti Solat, atau Allah marah tak kita buat perkara yang Allah larang macam masalah sosial… atau perkara paling simple bila kita buat salah kita minta ampun pada Allah dengan istighfar atau solat taubat. Pernah tak kita fikir yang Allah tarik nikmat kita sebab kita tak ucapkan kesyukuran (Alhamdulillah) bila dapat nikmat atau kita tak nak kongsi nikmat yang kita dapat dengan orang lain… pernah tak kita fikir semua tu… kita selalu fikir perasaan kita, perasaan family kita, perasaan kawan-kawan kita tapi kita lupa Allah Yang Maha Esa… Semoga peristiwa kali ni mengubah pemikiran kita.. InsyaAllah…. Sesungguhnya Allah bersama kita…. Ingatlah Allah disetiap denyutan jantungmu dan hembusan nafasmu serta seluruh hidupmuJ


 


 


 

Isnin, 4 April 2011

Rahsia ketabahan guru:)

Bismillahirrahmanirrahim….Assalamualaikum semua sahabat sekalian…

Kenapa kita kena bagi salam? Sebab sebarkan salam adalah sunnah nabi…. Orang yang memberi salam dapat pahala kerana ianya sunnah…orang yang jawab salam pula dapat pahala kerana ianya wajib… jadi hanya orang yang bagi salam akan dapat ganjaran lebih daripada Allah kerana dia buat sesuatu yang sunnat.

Oklah, hari ni kita nak cerita pasal perkembangan kanak-kanak.

Ni bukan nota nak masuk periksa

tapi nota untuk jadikan kita manusia…

Hari ni belajar pasal perkembangan bahasa kanak-kanak umur antara 6-10 tahun. Seriously bila kita belajar je perkembangan kanak-kanak rindu kat adik-adik pun bertambah… lepas tu semangat nak balik rumah pun memuncak… aduhai hati bersabarlah sayang… kenapa kita perlu belajar psikologi perkembangan kanak-kanak?


Sebab kita adalah ustazah, kita adalah pendidik dan kita adalah bakal ibu bapa pada seorang yang bergelar kanak-kanak. untuk membentuk generasi khalifah yang mampu membenteng diri mereka daripada godaan dunia maka kita perlu mempelajari perkembangan mereka. Kalau orang tanya apa impian kita, kita nak jadi seorang doctor.. tapi bila fikir-fikir balik hakikatnya itu hanyalah impian tapi jauh di sudut hati keinginan jiwa kita lebih memilih profesion perguruan. Subhanallah indahnya Profesion perguruan. Hanya seorang guru mampu mengatakan betapa seronoknya melihat kejayaan anak didik mereka walaupun dulu mereka seorang yang sangat degil dan melawan kata. Kejayaan anak didik adlah berkat usaha + kasih sayang+ kesabaran seorang yang bergelar guru. So formula matematiknya :

Usaha +Kasih sayang+kesabaran = khalifah berwibawa

Pensyarah kita ada cakap, kalau jadi cikgu jangan jadi cikgu yang dungu… kenapa? Bagaimana? Senang je… bila awak atau saya bergelar seorang guru maka tanggungjawab mendidik adalah untuk mendekatkan jiwa anak didik kita kepada Allah. Jangan sesekali kita pilih kasih antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar yang nakal dan lemah kerana kedua-duanya adalah pelajar kita.. mereka dahagakan ilmu dengan cara yang tersendiri.. siapa kita untuk membezakan mereka mengikut tahap kecemerlangan mereka. Kalau bukan kita yang bantu murid-murid yang lemah, malas belajar, nakal siapa yang nak bantu mereka? Siapa? Apalah guna kita menjadi seorang pendidik jika kita tak mampu memanusiakan mereka. Lantaran itu formula nia sangat penting iaitu guru perlu berusaha bagai lilin yang membakar diri disamping semaikan perasaan kasih sayang kepada anak didik serta bentengi kenkalan mereka dengan kesabaran hingga akhirnya mereka menjadi manusia yang berguna. Itulah saat yang paling indah dalam diari seorang pendidik….


 

Seorang guru yang tak boleh mengadunkan semua formula ni bakal hilang semangat dalam tugasnya. Mereka akan cepat rasa bosan dan jemu mendidik murid-murid kelas hujung hingga ada guru-guru yang tak rela mengajar murid kelas hujung. Astagfirullah al'azim gurukah seseorang itu andai dihatinya terlintas statement macam tu… nauzubillah moga-moga kita semua tak tergolong dalam golongan begitu…. Kalau boleh saya nak jadi pendidik seumur hidup saya kerana saya sayangkan anak bangsa saya…J tolong doakan kita ye…. Terima kasih semua….