Selasa, 1 Februari 2011

Nenek +terGELAK =cinta

"Kau ni kenapa? Mereng ke gelak sorang-sorang. Dahlah gelak macam nenek kebayan cerita magika." Tanya Alia melihatkan Ika Syafiqa gelak sambil berguling-guling atas katil sejak tadi.

" Nenek kebayan? ( Ika Syafiqa ketawa kesukaan) Hahaha lawak kuasa sepuluhlah cik Lia oi."

'ish nenek seorang ni' Alia yang geram dengan telatah kawannya itu terus menggeletek pinggang Ika Syafiqa tanda tak puas hati.

" Geli,geli… dahlah tu Lia..ok, ok kita surrender.. kita ceritalah ni. Stop please. Gelilah." Rayu Ika Syafiqa. Angkat bendera putihlah jawabnya. Mana tahan kena serang dengan Ratu geletek Alia Madonna. Oh tidak, ampunkan patik tuanku.

"Ok, Ika cerita tapi jangan gelak tau." Ika memberi amaran. Amaranlah sangat kejap lagi dialah yang gelak tak henti-henti.

-------

Kring!!!! Telefon berbunyi….ada haiwan dalam bahaya… (ceewah macam lagu telefon wonderpet berbunyi je.)

Adik Ika yang comel dan cute pun angkatlah telefon. Cik adik ni memang suka angkat telefon. "Nenek". Ika pun ambillah ganggang dari adik sebab nanti adik cakap bukan-bukan pula kat nenek.

" Hello, nek. Nenek sihat? Kenapa nek? " Ika memulakan bicara dengan sopan. Yelah kena hormati orang yang lebih tua. 'Aik suara nenek macam sakit je. Nenek nak pergi klinik kot.' Bisik Ika dalam hati.

"Nenek ada? Nak cakap dengan nenek boleh?" suara dihujung talian. 'Aik telinga ni salah dengar ke nenek salah cakap.'

" nenek? (gelak tak boleh bla) ni siapa ye?" tahan gelak. Relaks Ika Syafiqa. Pikir kejap, sejak bila nenek duduk kat sini.

" Ni siapa? Nenek ada?" awat tanya soalan sama ni. 'nenek tak ada tapi nenek kebayan adalah. Nak cakap ke?'...haha… Ika nak cakap macam ni tapi tak baik tau. Kita kena beradab.

" Sory. Ni siapa? Nenek??? Mana ada nenek." Alahai ketawa awat tak nak berhenti. Kesian kat si pemanggil.

" Siapa ni? Awak kat mana ni?"

" Kita ika. Kat Jenderam. Awak salah no kot. Kat sini tak ada nenek." Kesian pula dia telefon lama-lama.

"Betullah tu. Nenek saya pun duduk dekat situ. Erm…tak apalah. Salah no kot. Maaf. Terima kasih" si dia pun cepat-cepat mengakhiri perbualan.

" Tak apa" tapi gelak cik Ika tak kering gusi. Gaya macam raja lawak baru telefon je..

----

"Hahaha… nenek…nenek si bongkok tiga nenek ku kahwin dengan anak raja. Mencari cucu di mana ada… hahaha… serius lawak…." Alia pun ketawa terbahak-bahak.

"Lia! Dahlah tu. Kan kita cakap jangan gelak." Ika control ayu padahal muka dia dah merah-merah gelak.

Hari berlalu membawa bayu silih berganti. Walaupun peristiwa kelakar itu hanya berlaku sekali dalam hidup Ika namun setiap kali Ika Syafiqa mendengar bunyi telefon berdering mesti dia teringat peristiwa semalam(eh macam lagu Nashlah)…

Perkara yang paling dia kesali ialah sikapnya yang sedikit keterlaluan dan tak sempat minta maaf pada si pemanggil. Kesian kat si pemanggil. Mesti dia sedih kena gelak. Malunya..

#

"Ika, cuti ni kau dah plan ke nak pergi mana-mana? Alia bertanya sambil membelek-belek baju yang ingin dibelinya. Alia dah rambang mata. Tak tahu nak beli yang mana satu. Rasa macam nak beli satu Mines je. Senang cerita. Tak payah pening-pening kepala fikir nak beli yang mana.

" Ika? Dengar tak Lia cakap ni? ish tak habis-habis dengan novel dia. Orang nak shoping dia nak baca novel pula. Cik Ika Syafiqa Syafie!!!!dengar tak?" Alia mendengus geram dengan kawannya ni. kalau dapat novel terus lupa dunia realiti. Tadi kalau Alia tak buat cerita sedih mesti Ika tak sudi nak temankan dia beli-belah.

"Lia! What? Yang jerit kuat-kuat ni kenapa? Ika tak pekak lagi ok." Ika mencebikkan bibir mongelnya. Dia terasa sangat malu sebab semua orang dalam kedai tu asyik memandang ke arah mereka berdua. Ika menarik tangan Alia keluar daripada kedai tersebut. Alia menuruti Ika sambil mulutnya membebel tak henti-henti..

" Tak pekaklah sangat. Lia panggil penuh adab Ika bukan peduli so Lia jeritlah. Ika memang tau, lebih pentingkan novel daripada kawan sendiri."

" ok, I'm sory sweety. Janganlah marah. Ika janji insyaAllah tak buat lagi. Tapi kalau terbuat apa salahnya kan." Ika tersenyum nakal sambil cuba melarikan diri daripada jari-jari Alia yang menunggu mangsanya.

Debaboom!!!!

Tanpa Ika sedari dia telah terlanggar seseorang sehingga novel ditanggannya jatuh ke lantai.

" Ya Allah " kata mereka berdua serentak.

"Ha ingatlah Allah di mana-mana sahaja. Ni tak kalau melatah je mesti cakap merapu-rapu. Cuba time melatah ingat Allah insyaAllah tak adalah keluar perkataan tak senonoh." Ika masih ingat lagi pesan Abah. Sebab tu Abah dan mama tak pernah melatah merepek-repek. Biasanya perkataan-perkataan memuji Allah yang membasahi bibir mama dan abah.

" Sory, tak sengaja. " Ika memulakan bicara. Alia dah merapati kawannya untuk memastikan Ika selamat.

" Sorry morrylah cik kak. Kita ni orang melayu penuh dengan budi bahasa. Sory awak tak diterima sebab saya dah buang dalam lori. Faham." 'Aduh. Lia, Ika rasa nak cekik orang je ni. Sabar Ika. Sabar Ika. Menusuk kalbu kata-kata mamat perasan bagus kat depan dia ni.'

"Ewah-ewah budi bahasa sangatlah encik ni ye. Kan kawan saya dah minta maaf. Encik ni over acting pula. Ika dahlah jom bla. Kalau dia tak nak maafkan biarlah kita tak rugi pun. Asalkan dah minta maaf. Terima atau tak terpulang." Ika masih membisu. Kata-kata mamat perasan bagus ni menyakitkan hatinya. Daripada dia masak lelaki ni dengan cili padi lebih baik dia ikut je cakap Alia. Ika membuntuti Alia.

Tubir matanya bergenang. Awat ni Ika. Kenapa nak menangis. Macam mana tak menangis. Novel Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris dah hilang. Dia rasa jiwa dia terganggu.Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Tabahkanlah hatiku. Hari-hari yang Ika lalui bagaikan sirna cahayanya. Lagi beberapa helai je nak habis tapi dia tak sempat habiskan. Alia sedih melihatkan keadaan Ika. Baginya dia yang bersalah sehingga kehilangan novel tersebut. Tiada lagi senyuman 1 dan senyuman 5 daripada Ika. Ika hanya mempamerkan senyuman 2 dan 3 pada dia dan kawan-kawan yang lain.

Alia mula teringat saat perkenalan mereka 2 tahun yang lalu.

"Lia, tahu tak kita ada 5 senyuman." Kata Ika di awal perkenalan mereka di Universiti.

"Are you serious? Apa dia?

" Senyuman 1, ialah bila seseorang senyum ketika menyapa orang lain . Senyuman 2, ialah bila seseorang senyum kerana terpaksa dan tak ikhlas. Senyuman 3, ialah bila seseorang senyum sebab nak sembunyikan kesedihannya. Senyuman 4, ialah bila seseorang senyum sebab berjaya kenakan orang lain. Senyuman 5, ialah bila seseorang senyum kegembiraan dan lahir daripada hati yang suci."

"wah ye ke? Now Ika rasa Alia senyum tingkat berapa?" Alia menguji kawan barunya itu.

" Alia senyum 5 kot."

" oh salah. Alia senyum 4 sebab tadi Alia dah bagi novel Ika kat senior. And you know what, dia sangat marah Ika bawa novel masa orientasi. Dia kata novel tu jadi milik dia." Alia tersenyum nakal. Baru kenal pun dah pandai kenakan orang ye.

" Alia… nak kena ni." marah Ika lalu mengejar Alia satu asrama. Bila dah penat merentas desa 1 asrama akhirnya Alia kata " Ika SYafiqa anak pak cik Syafie LU KENA BEB. Tipah tertipu lagi…."

Aduhai malunya Ika dia kena wakenabeb dengan Alia. Kurang asam keping betullah Alia Madonna ni.

#

Cuti semester pun bermula.Universiti Kebangsaan Malaysia akan bercuti selama 2 minggu. Ika sudah kembali ceria seperti biasa. Sebelum pulang bercuti, dia meminta maaf kepada semua rakan-rakannya tentang kedinginannya sebelum ini. Alialah yang paling gembira. Dia memeluk Ika sambil menangis kerana terharu. Inilah sahabatnya yang dulu. Tak lekang daripada senyuman 1,4 dan 5. Ika, Lia really miss you.

Ika sedar bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara. Tak kan kerana kehilangan sebuah novel menjadikan dia manusia yang lemah dan tak bermaya. Dia adalah khalifah Allah di muka bumi dan dia perlu berjuang untuk menegakkan islam. Jadi anak Pak syafie ni tak boleh terleka. Dia bangkit dari kesedihan kerana firman Allah dalam surah AL-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: Kadang-kadang apa yang kita tak suka tu baik untuk kita dan apa yang kita suka tu tak baik untuk kita dan Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

#

Ika pulang ke rumah dengan azam baru. Cuti ni nak dihabiskan dengan berbakti pada keluarga tercinta.

" Ika pergi rumah nenek bawa kek bantal ni ye. Mama dah masukkan dalam bekas. Cakap kat nenek kurang manis ye sayang. Kalau tak nenek takut nak makan. Kegemaran dia ni."

" Baik Cik Puan. Berita faham." Ika bersuara menahan gelak. Sesaat kemudian gelakknya terhambur keluar.

"Ish budak ni. dia main-main pula. Sudah pergi sekarang. Nanti balik sebelum maghrib tau." Puan Amira mencuit hidung anak gadisnya itu.

Amira menunggang skuternya dengan membonceng adiknya yang ciut miut. Jarak rumah nenek Ika taklah jauh sangat. 10 minit dah sampai. Sebab rumah nenek sebelah abah yang dekat lalu nenek pun dapat gelaran 'nenek dekat' comelkan gelaran nenek.

" Assalamualaikum. Nenek!! Nenek!! Cucu comel datang ni" Ika tersengih-sengih. Dia memang suka bermanja-manja dengan nenek. Bukan selalu masa-masa cuti je manja.

" Kak Ika ni, assalamualaikum.. nek.. Eisya datang ni."

"Akak rasakan nenek nak suruh kita nyanyilah. Biar akak nyanyi ye. Eisya dengar je tau." Ika berdehem konon nak suara merdu. "Buukaa pintuuuuuu. Kaaamiii daatang.." ika menyanyi sambil membuat gaya.

" Siapaa ituuuuuuuu? Aakuuu buntuuuuu"

"Akak, siapa tu? Bukan nenek tu?" Eisya menarik-narik baju Ika.

" Cuucuuuu coomel."

Tiba-tiba kedengaran suara gelak berdekah-dekah dari dalam rumah. Pintu terbuka dan kelihatan nenek tersenyum senyum. Senyum no berapa pun Ika tak pasti. Macam no 4 je.

"Nenek!!! Kenapa gelakkan ika. Merajuklah macam ni." Ika buat-buat merajuk. Gaya macam dia nak balik rumah dah. Eisya pula masih dalam pelukan nenek.

" Cucu manja. Comellah sangat." kedengaran satu suara di sebalik pintu.

" Apa? Mamat perasan bagus? Tak mungkin!" Ika terkejut melihatkan kelibat mamat perasan bagus di rumah neneknya.

"Sory morry ke. Ingatkan awek manalah tadi. Apa awak gelar saya? Tak ada kelas langsung nama tu."

Ika dah mula nak naik anginlah ni. Sebab mamat perasan bagus nilah novel dia hilang. Aduhai tiba-tiba dia muncul kat rumah nenek dan kenakan dia pula tu. Oh Ika Syafiqa malunya.

" Nek siapa abang ni? " Eisya bertanya. Mamat perasan bagus hanya tersenyum melihat kerlingan tajam Ika.

"sudahlah Aril jangan dok menyakat Ika. Merah padam dah muka cucu comel nenek ni. Sudah ika mari masuk."

Aril hanya menjelirkan lidahnya. Dia masuk ke dalam rumah selamba je. Aduh mamat ni macam simbah minyak dekat bara api je. 'Nak balik ke tak nak. Ish kalau balik mamat ni fikir dia menang pula. No way!' bisik hati kecil Ika.

Ika terus ke dapur untuk menghidangkan kek bantal dan membuat air teh o tapi sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah mamat tu. Eisya hanya tersenyum sumbing melihat telatah kakak-kakaknya.

Apa pasallah gelak sakan kat depan tu. Ish mamat ni. Entah siapalah, nenek suka-suka hati je bagi masuk dalam rumah. Perompak ke, penyamun ke. Orang sekarang ni bukan boleh percaya. Nenek, nenek.

" Nek jemput makan, kek bantal kurang manis hasil tangan cucumu yang comel dan ciut." Ika senyum 5.

" Yelah sayang. Ika hulurkan air kat Aril." Nenek mengunyah kek bantal yang sedap. Aril buat muka seakan kemenangan berpihak padanya. adik Ika yang comel pula senyum-senyum. Awat ni adik? Tak sihat ke.

" Terima kasih. Nak cakap dengan nenek boleh?." Aril bersuara sambil menghirup air teh o yang dihulurkan Ika. Kemudian dia gelak berdekah-dekah.

" Apa?" ika blur kejap. Dia salah dengar ke apa. Macam kenal je ayat tu. Dah sah tanggapan Ika betul. Yelah nenek dan Eisya asyik tergelak je dari tadi. Waduh muka dah merah. Malunya.

" Ika, Aril ni cucu nenek. Dialah yang telefon hari tu. Memang nenek bagi no rumah Ika yelah takut kalau telefon rumah nenek rosak. Kamu panggil dia abang ye." Nenek menerangkan perkara sebenar. Dengar hakikat ni lagi malu. Mana nak sorok muka ni.

"Tapikan nek, cucu nenek anak siapa? Ika kenallah semua sepupu Ika. Nenek salah orang kot. Entah-entah dia menipu." Ika cuba menafikan.

" aik cik kak mulut tak ada insurans Nampak." Perli Aril. Eisya pula asyik mengunyah je. Bukan nak back up kakak sendiri.

"nek!!!!!"

" Sudahlah tu Aril jangan asyik menyakat. Ika, Aril ni cucu angkat nenek. Nenek ambil dia jadi cucu angkat sejak dia umur sebulan lagi. Dia jarang datang melawat nenek sebab tu Ika tak kenal. Aril ni doktor kat Kuala Lumpur." Nenek mengusap-ngusap bahu Ika. Ika pula buat muka bila Aril hadiakan senyuman sumbing kat dia.

" akak ni macam budak-budaklah. Kalah Eisya tau." Eisya mengejek kakaknya.

#

5bulan kemudian Ika Syafiqa binti Syafie diijabkabulkan dengan Shahril Fitri bin Syazlan. Mulanya Ika tolak mentah-mentah. Siap mogok lagi tapi apakan daya tak sampai hati kecewakan hati-hati insan tersayang. Alia tak habis-habis gelak bila tahu ending kisah lawak Ika. Ika untunglah dapat kahwin dengan seorang doktor yang penyayang lagi tak kisah dengan hobinya suka baca novel. Paling penting speaky. Ye anak Pak Cik Syafie ni suka jejaka berkaca mata. Pertama kali Aril lamar Ika dia bukan bawa cincin je tapi siap bawa novel lagi. Novel apa lagi kalau bukan novel yang Ika tercicir hari tu. Ika apalagi senyum 5 je sepanjang hari. Mama Ika pula ingat dia tersangat bahagia bertunang dengan Aril. Nasiblah Aril dapat dia. Aril pula memang dah tersuka kat gadis yang jawab panggilan telefon hari tu. Dia tak sangka pula gadis tu adalah gadis sama yang tercicir novel kat Mines. Kebetulan,kebetulan yang membawa jodoh mereka bersatu ke jinjang pelamin. Mereka berdua akan sama-sama menyelami hati budi masing-masing selepas berkahwin.

Siapa kata kebetulan tu hanyalah fantasi. Mungkin ia realiti yang belum pasti.

"Abang, Ika maaf maaf ye. "

"Kenapa ni sayang? Ika tak salah apa-apa pun kat abang. Kalau ada maybe sebab Ika pandang lelaki lain kot."

" Ish abang ni. Mulut tak ada insuran ye. Ika mana berani. Abang speaky kan ada depan mata. Ika nak minta maaf pasal gelakkan abang telefon dulu dan maaf sebab terlanggar abang masa tu. Seriously ika tak sengaja tau."


 

Semoga sahabat-sahabat perjuangan kita di Mesir selamat dan dilindungi Allah….


 

Tiada ulasan: