Isnin, 4 April 2011

Rahsia ketabahan guru:)

Bismillahirrahmanirrahim….Assalamualaikum semua sahabat sekalian…

Kenapa kita kena bagi salam? Sebab sebarkan salam adalah sunnah nabi…. Orang yang memberi salam dapat pahala kerana ianya sunnah…orang yang jawab salam pula dapat pahala kerana ianya wajib… jadi hanya orang yang bagi salam akan dapat ganjaran lebih daripada Allah kerana dia buat sesuatu yang sunnat.

Oklah, hari ni kita nak cerita pasal perkembangan kanak-kanak.

Ni bukan nota nak masuk periksa

tapi nota untuk jadikan kita manusia…

Hari ni belajar pasal perkembangan bahasa kanak-kanak umur antara 6-10 tahun. Seriously bila kita belajar je perkembangan kanak-kanak rindu kat adik-adik pun bertambah… lepas tu semangat nak balik rumah pun memuncak… aduhai hati bersabarlah sayang… kenapa kita perlu belajar psikologi perkembangan kanak-kanak?


Sebab kita adalah ustazah, kita adalah pendidik dan kita adalah bakal ibu bapa pada seorang yang bergelar kanak-kanak. untuk membentuk generasi khalifah yang mampu membenteng diri mereka daripada godaan dunia maka kita perlu mempelajari perkembangan mereka. Kalau orang tanya apa impian kita, kita nak jadi seorang doctor.. tapi bila fikir-fikir balik hakikatnya itu hanyalah impian tapi jauh di sudut hati keinginan jiwa kita lebih memilih profesion perguruan. Subhanallah indahnya Profesion perguruan. Hanya seorang guru mampu mengatakan betapa seronoknya melihat kejayaan anak didik mereka walaupun dulu mereka seorang yang sangat degil dan melawan kata. Kejayaan anak didik adlah berkat usaha + kasih sayang+ kesabaran seorang yang bergelar guru. So formula matematiknya :

Usaha +Kasih sayang+kesabaran = khalifah berwibawa

Pensyarah kita ada cakap, kalau jadi cikgu jangan jadi cikgu yang dungu… kenapa? Bagaimana? Senang je… bila awak atau saya bergelar seorang guru maka tanggungjawab mendidik adalah untuk mendekatkan jiwa anak didik kita kepada Allah. Jangan sesekali kita pilih kasih antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar yang nakal dan lemah kerana kedua-duanya adalah pelajar kita.. mereka dahagakan ilmu dengan cara yang tersendiri.. siapa kita untuk membezakan mereka mengikut tahap kecemerlangan mereka. Kalau bukan kita yang bantu murid-murid yang lemah, malas belajar, nakal siapa yang nak bantu mereka? Siapa? Apalah guna kita menjadi seorang pendidik jika kita tak mampu memanusiakan mereka. Lantaran itu formula nia sangat penting iaitu guru perlu berusaha bagai lilin yang membakar diri disamping semaikan perasaan kasih sayang kepada anak didik serta bentengi kenkalan mereka dengan kesabaran hingga akhirnya mereka menjadi manusia yang berguna. Itulah saat yang paling indah dalam diari seorang pendidik….


 

Seorang guru yang tak boleh mengadunkan semua formula ni bakal hilang semangat dalam tugasnya. Mereka akan cepat rasa bosan dan jemu mendidik murid-murid kelas hujung hingga ada guru-guru yang tak rela mengajar murid kelas hujung. Astagfirullah al'azim gurukah seseorang itu andai dihatinya terlintas statement macam tu… nauzubillah moga-moga kita semua tak tergolong dalam golongan begitu…. Kalau boleh saya nak jadi pendidik seumur hidup saya kerana saya sayangkan anak bangsa saya…J tolong doakan kita ye…. Terima kasih semua….



 


 

Tiada ulasan: