Rabu, 17 Ogos 2011

Abah Tersayang

Hari ni 15.8.2011 bersamaan 15 ramadhan 1432 hijrah. Lama dah tak mencoret kat sini. Kekangan masa dan kesibukan yang menghambat jiwa menyebabkan blog ni kaku tak bernyawa.. hari ni sedih ada gembira pun ada. Gembira sebab baru je lepas borak-borak dengan abah n mama. Sedih sebab tahu rupa-rupanya abah merajuk. Alamak abah sorylah, bukan ika tak nak call tapi ika asyik tak sempat call je.. maaf ye abah…

Sedih pula bila tahu tanpa sedar kita dah sakitkan atau guris perasaan ibu dan ayah kita sendiri. Sebagai seorang anak menjadi tanggungjawab kita memastikan ibu dan ayah sentiasa bahagia. Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Betol kan orang cakap, lelaki ni susah nak luahakan perasaan. Tapi seandainya mereka meluahkannya maka terhasillah pelbagai lukisan hati yang menyentuh jiwa.

Berbeza dengan perempuan, dia akan pamerkan perasaannya. Kita ingat lagi, kita pernah menangis bila time excited telefon abah n abah cakap abah sibuk n nak cepat. Wawawa, cepat je mutiara jernih membasahi pipi. Masa tu fikir abah tak sayang kitalah. Abah tak nak cakap dengan kitalah n so on.. entah apa-apakan… tapi tulah perempuan… hatinya sangat lembut.

Bila kita jarang telefon abah, abah pulak akan main miscol2.. eleh abah sebenarnya rindu tapi pelikkan abah tak nak tunjuk sangat. kelakar pun ade. Tapi tu r my abah yang tersayang. Bila abah dah merajuk mulalah abah membebel satu rumah tentang anaknya di perantauan.. abah, abah, seriously ika tak sempat call. Tapi hari-hari ika ingat abah n mama tau.

Bagi menghargai rajuk abah yang xsure dh hilang atau belum tu so ika dedikasikan lagu ni untuk abah.. lagu Aeman "Ayah". Bes sangat…

Ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah,

Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku,

Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan

Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata

Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan

Kau mendakap penuh pengertian

Di saat diriku kehampaan

Kau setia mengajarku erti kekuaatan.

Dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat

Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa kau disisi

Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati.


 

Buat sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali buat ibu n ayah kita terasa dengan sikap kita ye. Sayangilah mereka selagi mereka masih hidup di dunia ni. buat bonda dan ayahanda yang sudah tiada, kirimkanlah al-fatihah dan doa buat mereka. Semoga mereka di tempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Buat bakal ibu n ayah, tak salah rasanya kita meluahkan perasaan n kasih sayang kita pada anak-anak kerana kita juga manusia yang punya hati dan perasaan. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang berketrampilan…

Salam Ramadhan Al-mubarak..

Rabu, 29 Jun 2011

Sakratulmaut itu pasti

Bismillahirrahmanirrahim… Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un… sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepadanya juga kita kembali… Ya Allah hari ini paman kita kembali menghadapMu… Ya Allah Engkau tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin…….

Sedihkan bila orang terdekat kita meninggal dunia.. meninggalkan dunia tak sama macam meninggalkan rumah… meninggal dunia bermakna roh telah berpisah daripada jasad… saat itu kita kena bersedia dengan perhitungan Allah… kita akan ditanya tentang tanggungjawab kita sebagai hamba dan segala amalan yang kita lakukan di dunia…Sesungguhnya saat sakratulmaut amat memeritkan.. na'uzubillahi minzalik… sangat menyakitkan…

Dalam Sahih Muslim ada menyebutkan hadis daripada Ummu Salamah, Dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, Inna Lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Ya Allah, berilah pahala atas musibahku dan berilah ganti yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberinya ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya." Ummu Salamah berkata, " ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum muslimin yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang hijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa RasulNya. Rasulullah SAW mengutus Hathrib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Beliau bersabda, "adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar menghilangkan cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah (hadis Riwayat Muslim).


 

Apa yang menyedihkan kita dah mimpi sesuatu 2 hari sebelum ni… kita mimpi gigi kita patah…banyak sangat… bila gosok gigi rasa takut sangat..nasib baik tak ada apa-apa…lepas tu kawan kita kata itu tandenya orang terdekat meninggal… kita rasa takut sangat.. tapi ada juga kawan kita cakap jangan percaya..itu hanyalah mainan tidur.. tetapi sebagai hamba yang lemah pastinya kita takut saat mendengar tafsiran mimpi tu… sejak hari tu kita dah buat persediaan manalah tahu mungkin itu adalah petunjuk Allah… kita sangat risau.. kita perbanyakkan doa moga keluarga kita selamat dan sekiranya kami meninggal dunia semoga kami meninggal dalam iman dan islam.. hari ni tiba-tiba berita kematian pakcik kita sangat mengejutkan… janji Allah itu pasti bahawa hidup di dunia ni hanyalah sementara dan Allah berhak mengambil kita kembali kepadaNya.. sedih itu pasti.. air mata turut mengiringi namun kini kita lebih bersedia….


Sesungguhnya ajal maut, jodoh rezeki semuanya adalah ketentuan Allah… jadi kita semua mestilah bersabar atas pemergian orang-orang yang tersayang..Semoga keluarga pakcik kita bersabar dengan ujian Allah ini.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah redha dengan pemergiannya… Al-Fatihah….

Semoga kita yang masih hidup ini memperbanyakkan ibadah sebagai persedian menemui Allah kelak…J

Jumaat, 24 Jun 2011

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum semua (gaye mcm ramai je baca entri ni). Tak apa bagi salam tu sunnah.. bagus tau..

Alhamdulillah lepas sebulan berlalu akhirnya Allah memberi keizinan untuk kita mencoret..

Alhamdulillah juga sebab kesihatan kita semakin baik.. buat sahabat-sahabat di luar sana yang kurang sihat, berjuanglah melawan penyakit anda ye.. dan ingat setiap penyakit yang Allah datangkan adalah ujian bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Allah rindu mendengarkan rintihan kita berpanjangan jadi bila sakit, secara tak langsung kita akan ingat Allah. hebatkan kuasa Allah...

Rasanya dah setahun kita join blog dan rasanya belum sampai lagi matlamat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat sekalian. InsyaAllah sebagai hamba Allah yang lemah kita akan cuba memperbaiki diri ini..

Perkongsian hari ni tentang hakikat bahawa ujian yang Allah timpakan bersesuaian dengan kemampuan diri kita.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."

Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kita tidak perlu kuatir dengan ujian yang kita hadapi. Percayalah sahabat sekalian kita mampu mengharunginya dengan bergantung kepada Allah.. Setiap ujian yang datang boleh kita hadapi bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jangan pernah berburuk sangka dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.


Ya Allah sembuhkanlah penyakitku dan penyakit saudara-saudara seislamku.

Mama : Ika makan ubat ye sayang... (mama menyuakan ubat yang telah dipotong menjadi kecil)

Ika : pahitlah ma.. Ika tak nak.. Ma kenapa Allah bagi sakit.. Ika kan tak suka makan ubat.. Ika tak suka sakit.

Mama : sabarlah sayang.. Allah bagi sakit sebab Allah sayang kat Ika. Allah nak Ika jadi sabar ye nak. Ika nak dengar satu hadis tak?

Ika : oh.. wah sakit tanda Allah sayang Ika ye ma.. macam tu Ika suka sakitlah sebab kalau sakit Ika tahu yang Allah syang kat Ika.. hehe.. Ma ceritalah. kalau mama cerita Ika makan ubat..

Mama : wah baik anak mama.. Ika dengar ye sayang.. "Abu Said Al-Khudry meriwayatkan bahawa beberapa orang Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW dan baginda memberikannya kepada mereka. mereka kemudian meminta lagi dan beliau kembali memberikan kepada mereka. kemudian mereka meminta lagi dan baginda memberikan kepada mereka sampai semua yang ada pada baginda habis. kemudian baginda berkata, " Jika saya memiliki sesuatu, saya tidak akan menyembunyikannya daripada kalian. (ketahuilah) barangsiapa yang menahan diri dari meminta pada orang lain, maka Allah akan menjadikannya cukup dan barangsiapa yang berkeupayaan memenuhi keperluannya sendiri, maka Allah akan menjadikannya mampu memenuhi keperluannya itu . Dan baransiapa yang tetap sabar, Maka Allah akan menjadikannya sabar. tidak seorangpun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar dari kesabaran." (hadis Riwayat Bukhari). Jadi Mama nak Ika sabar dengan apa pun ujian Allah termasuklah sakit ni ye sayang. tapi ingat ye nak, sabar apabila Ika hadapi kesusahan...

Ika : InsyaAllah ma, Ika cuba... Ika tak akan persiakan kasih sayang Allah. terima kasih mama...

Selasa, 10 Mei 2011

Try lah !!!

http://prepaid4u.net/?id=fatinsafi

ha assalamualaikum n have a sweet day everybody...

BUSINESS 3M: MURAH - MUDAH – MENARIK

Pernahkah


 

anda terfikir bahawa ada bisnes yang paling lumayan dan paling senang?


 

Pernahkah anda terfikir berniaga tanpa menjaja? Pernahkah anda terfikir


 

berniaga tanpa modal? Pernahkah anda terfikir promosi tersedia tanpa


 

perlu dikarang sampai pening kepala. Pernahkah anda terfikir bisnes itu


 

telah wujud? Tak pe lah, tak payah fikir lagi. Cuba klik link di bawah:


 

http://Prepaid4U.Net/?id=fatinsafi

<a href="http://Prepaid4U.Net/?id=fatinsafi"><img border="0" src="http://Prepaid4U.Net/images/prepaid4ubesar.gif" alt="Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle"></a>


 

Dipetang yang dingin menanti peperiksaan yang bakal tiba dan tarikh kepulangan yang semakin hamper J

Jumaat, 6 Mei 2011

contengan jalanan



Bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum semua.....



dah lama kita tak mencoret dekat mylovely blog... contengan jalanan.... karya HLOVATE... tapi kte bukan nk cerita pasal novel tu... i love all hlovate's karya.... kita saja ambil tajuk cerita tu jadi tajuk coretan kita hari ni..






contengan jalanan mean sekadar luahan rasa seseorang yang mungkin pada orang lain not very important but for the person is something yang berharga...



pengalaman mengajar erti kehidupan..






betul tak?






betul!!!! percayalah..






kita ni manusia yang lemah so kadang-kadang kita tak sedAR hakikat apa yang berlaku disekeliling kita adalah guru yang tak berbayar dan sangat bernilai buat kita...






ok...kita rasa macam ayat ni berputar belit...



whateverlah... kan namanya contengan jalanan so no rule to write anything...






pernah tak sesaat kita fikir.. kenapa kita hidup kat dunia ni? erm...(ok jawab dalam hati jer)



hakikatnya kita diciptakan dekat dunia ni adalah untuk menyembah Allah Yang Esa... manusia tu pelupa jadi mereka kena selalu belajar... belajar dan terus belajar... maybe kita dah tahu pasal ilmu tu cuma bila kita dah semakin dewasa kita dah lupa so kita belajarlah balik... ada sesetengah orang tak nak jadi macam resmi padi.. makin tinggi makin menunduk... jangan riak sahabat.... ilmu tu biar banyak kali kita dengar kita kena anggap kita tak pernah dengar.. kerana ilmu hanya datang pada hati-hati yang suci... ibaratnya bila kita nak belajar sesuatu ilmu kita kena jadi gelas yang kosong barulah ilmu (air) tak tumpah...






kalau kita nak jadi baik kita tengoklah orang-orang baik disekeliling kita.. bila kita rasa kita adalah manusia yang paling kesian so tengoklah orang-orang yang kesian disekeliling kita...






kita ingat lagi dulu masa kita pergi melaka, ada seorang pakcik ni bersusah payah menjual kacang bungkus dari satu tempat duduk ke satu tempat duduk n dari satu kenderaan ke satu kenderaan... kita rasa kesian sangat kat pakcik tu.. yelah dah tua... masa tu kita fikir, boleh tak kita buat macam pakcik tu... boleh tak kita tebalkan muka menjaja kesana kesini di khalayak ramai.. oh masa tu kita sedar yang kita sangatlah hina. seriously kita tak kan boleh buat macam pakcik tu.. tabik springlah pakcik.. so masa tu kita realize yang pakcik tu lebih hebat dari kita...kita kena cari keberanian macam pak cik tu....






nilah namanya kita belajar dari pengalaman... kita boleh belajar macam-macam dari sekeliling... semuanya terletak pada kita nak ambil pengajaran or not.






bila kita rasa kita hebat tengoklah orang yang lagi hebat dari kita so akan hilanglah riak kat diri kita...



bila kita rasa kita jahat tengoklah orang-orang yang jahat kat sekeliling kita n cuba letak diri kita kat tempat orang-orang yang dizalimi..agak-agak ape perasaan disakiti..



bila kita tengok orang jahat jangan ingat kita lagi baik dari diorang kerana hidayah milik Allah.. siapa tahu mereka bertaubat dan jadi hamba Allah yang sangat hebat...






buat diri ini dan sahabat-sahabat yang disayangi... jom kita belajar dari kehidupan... lihatlah bagaimana umat islam mempraktikkan Islam... lihatlah bagaimana anak-anak menderhaka pada orang tua... lihatlah dunia hari ini.. lihatlah diri kita hari ini... lihat dan muhasabahlah kerana itulah kunci ilmu kehidupan....






walaupun kita rasa ianya tak bernilai tapi hakikatnya semua perkara ada nilai tersendiri... walapun perkara buruk menimpa kita tetap ada nilai dan hikmah yang tersembunyi disebaliknya... Allah Maha Adil dan maha Bijaksana...semua perkara sama ada baik atau buruk adalah ilmu yang sangat bernilai pada manusia untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah... contengan jalanan....



Khamis, 7 April 2011

Bila emosi jadi raja

Wah hari ni kte sedih …….sedih sgt…terukkan kte nie… sensitive sangat… bkn sangat tapi melampau-lampau… now kte rasa nak nangis tapi tahan je sebab sekarang tengah kelas… Ya Allah kuatkanlah hatiku…

Kita sedih sangat, bila kita gurau dengan orang mesti orang anggap betul-betul…bila diorang gurau dengan kita, kita pun anggaplah diorang pun betul-betul…. Bila kita gurau n diorang macm terasa dengan gurauan tu mesti kita minta maaf… tapi bila diorang gurau melampau2 n buat kita touching..pernah tak diorang perasan. Pernah tak diorang rasa kita makan hati dengan kata-kata diorang. Pernah tak diorang minta maaf.. kita pun ada perasaan juga.. Salah ke kita… perlu ke kita bagitahu, ok awak buat kita sakit hati so minta maaflah… perlu ke macam tu… nonsense ok… ye, harini kita berendam air mata..hari ni kita sakit hati…hari ni jiwa kita kacau tapi esok bila subuh menjelma mesti kita dah lupe kesakitan tu n kita akan kawan macam selalu.. tapi kita pun manusia biasa… kalau boleh bila disakiti, kita harap orang tu sedar n minta maaf.. kita bukan minta banyak..cukuplah sekadr..im sory… tapi entahlah…

dulu kita tak macam ni… mungkin dulu kawan-kawan kita pun berbeza… sekarang cepat je hati kita tersentuh, cepat je air mata nak mengalir, cepat je jiwa kita tertekan……

Ya Allah dahsyatkan tekanan..nak nangis tapi bila tahan2 macam ni buat sakit dada.. dahsyatnya… ok Fatin relax ok…relax… teruskan tulis… xpe jgn nangis ok…. Relax…Ingat Allah….

Tak seronokkan hidup macm ni.. marah-marah orang, terasa dengan sikap orang… sakit sangat…kita tak suka perasaaan macm ni.. I want a happy life without sad like this… I want cry!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ya Allah tolonglah… saat macm nilah kerinduan kat mama, abah, adik2 dan kawan2 sekolah lama… Ya Allah sedihnya… dulu hidup kita always happy…kalau dulu kita selalu buat kawan kita terasa….. kita pun akan minta maaf dengan buat kad… kalau x, bila kita merajuk mesti kawan kita buat kad minta maaf… roza, athirah rindunya… kita memang suka buat macam tu… bila hilang barang pun mesti kita sedih dan tertekan pastu mula lah kita karang ayat ngada2 bagi barang tu balik kat pangkuan kita semula… kita akan buat puisi-puisi … kenapalah kita nie lembik sangat.. ok hati kuatlah sikit… jangan asyik touching je….

Hari ni terukk sangat… buat pertama kali dalam hidup kita sebagai mahasiswi kita hantar tugasan paling lambat… pastu mulalah emosi down…peninglah, loyalah..semuanya sebab salah sendiri.. kalau dari dulu buat esaimen mesti tak jadi macam ni…. kenapa kita macam ni… sangat worst…. Semoga ini yang pertama dan ini yang terakhir…… ok fine jgn jadi macm kita ye… kawalan emosi fail……………………………. Fine

Life is not like a bed of roses….. mungkin inilah balasan Allah pada kita… buat kawan-kawan kita minta maaf ye… Yes Im wrong…. My way is bad…

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenarnya: tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan(yang mempunyai)'arasy yang mulia..

(Surah Al-mukminun: 115)

Allah sayangkan semua Hamba-HambaNya.. bila kita sedih macam ni terus kita akan ingat Allah.. jadi baguskan Allah ciptakan perasaan sedih… Allah nak manusia sentiasa ingat padaNya… sekarang kita sedar, kita cepat terasa bila orang buat something cruel or bad kat kita even simple things so how about Allah? Pernah tak kita fikir Allah marah tak kita lewat2kan perintahnya seperti Solat, atau Allah marah tak kita buat perkara yang Allah larang macam masalah sosial… atau perkara paling simple bila kita buat salah kita minta ampun pada Allah dengan istighfar atau solat taubat. Pernah tak kita fikir yang Allah tarik nikmat kita sebab kita tak ucapkan kesyukuran (Alhamdulillah) bila dapat nikmat atau kita tak nak kongsi nikmat yang kita dapat dengan orang lain… pernah tak kita fikir semua tu… kita selalu fikir perasaan kita, perasaan family kita, perasaan kawan-kawan kita tapi kita lupa Allah Yang Maha Esa… Semoga peristiwa kali ni mengubah pemikiran kita.. InsyaAllah…. Sesungguhnya Allah bersama kita…. Ingatlah Allah disetiap denyutan jantungmu dan hembusan nafasmu serta seluruh hidupmuJ


 


 


 

Isnin, 4 April 2011

Rahsia ketabahan guru:)

Bismillahirrahmanirrahim….Assalamualaikum semua sahabat sekalian…

Kenapa kita kena bagi salam? Sebab sebarkan salam adalah sunnah nabi…. Orang yang memberi salam dapat pahala kerana ianya sunnah…orang yang jawab salam pula dapat pahala kerana ianya wajib… jadi hanya orang yang bagi salam akan dapat ganjaran lebih daripada Allah kerana dia buat sesuatu yang sunnat.

Oklah, hari ni kita nak cerita pasal perkembangan kanak-kanak.

Ni bukan nota nak masuk periksa

tapi nota untuk jadikan kita manusia…

Hari ni belajar pasal perkembangan bahasa kanak-kanak umur antara 6-10 tahun. Seriously bila kita belajar je perkembangan kanak-kanak rindu kat adik-adik pun bertambah… lepas tu semangat nak balik rumah pun memuncak… aduhai hati bersabarlah sayang… kenapa kita perlu belajar psikologi perkembangan kanak-kanak?


Sebab kita adalah ustazah, kita adalah pendidik dan kita adalah bakal ibu bapa pada seorang yang bergelar kanak-kanak. untuk membentuk generasi khalifah yang mampu membenteng diri mereka daripada godaan dunia maka kita perlu mempelajari perkembangan mereka. Kalau orang tanya apa impian kita, kita nak jadi seorang doctor.. tapi bila fikir-fikir balik hakikatnya itu hanyalah impian tapi jauh di sudut hati keinginan jiwa kita lebih memilih profesion perguruan. Subhanallah indahnya Profesion perguruan. Hanya seorang guru mampu mengatakan betapa seronoknya melihat kejayaan anak didik mereka walaupun dulu mereka seorang yang sangat degil dan melawan kata. Kejayaan anak didik adlah berkat usaha + kasih sayang+ kesabaran seorang yang bergelar guru. So formula matematiknya :

Usaha +Kasih sayang+kesabaran = khalifah berwibawa

Pensyarah kita ada cakap, kalau jadi cikgu jangan jadi cikgu yang dungu… kenapa? Bagaimana? Senang je… bila awak atau saya bergelar seorang guru maka tanggungjawab mendidik adalah untuk mendekatkan jiwa anak didik kita kepada Allah. Jangan sesekali kita pilih kasih antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar yang nakal dan lemah kerana kedua-duanya adalah pelajar kita.. mereka dahagakan ilmu dengan cara yang tersendiri.. siapa kita untuk membezakan mereka mengikut tahap kecemerlangan mereka. Kalau bukan kita yang bantu murid-murid yang lemah, malas belajar, nakal siapa yang nak bantu mereka? Siapa? Apalah guna kita menjadi seorang pendidik jika kita tak mampu memanusiakan mereka. Lantaran itu formula nia sangat penting iaitu guru perlu berusaha bagai lilin yang membakar diri disamping semaikan perasaan kasih sayang kepada anak didik serta bentengi kenkalan mereka dengan kesabaran hingga akhirnya mereka menjadi manusia yang berguna. Itulah saat yang paling indah dalam diari seorang pendidik….


 

Seorang guru yang tak boleh mengadunkan semua formula ni bakal hilang semangat dalam tugasnya. Mereka akan cepat rasa bosan dan jemu mendidik murid-murid kelas hujung hingga ada guru-guru yang tak rela mengajar murid kelas hujung. Astagfirullah al'azim gurukah seseorang itu andai dihatinya terlintas statement macam tu… nauzubillah moga-moga kita semua tak tergolong dalam golongan begitu…. Kalau boleh saya nak jadi pendidik seumur hidup saya kerana saya sayangkan anak bangsa saya…J tolong doakan kita ye…. Terima kasih semua….