Khamis, 23 September 2010

Kita couple ke?

Siri 6…

Assalamualaikum… dah lama tak mencoret karyalah… erm testing-testing sambungan cerita hari tu…..

Imam Al-Syafie berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."


Hayatilah dan usah kau bersedih kerana setiap mutiara jernih yang mengalir daripada tubir matamu dikira Allah Yang Maha Mengetahui.

Ikhlas buatmu sahabatku…

SitiJ

Ain mengulum senyuman manis dibibirnya… Kad berwarna biru itu dibaca berulang kali. Siti, Siti dikau sahabat sejati. Hadirmu membawa erti. Dikau tak pernah membiarkan hatiku sepi. Keihklasanmu menyentuh hati. Doaku moga dikau sentiasa dirahmati…

" Duhai Ain yang baik… kuatkan hati.. Allah bersamamu.. percayalah pada janjiNya… Allah sangat dekat dengan nadimu. Percayalah." Bisik Ain kepada dirinya.

Mungkin orang kata tak masuk akal kalau kita bercakap dengan diri sendiri tapi berbeza dengan Ain. Dia masih ingat kata-kata ustazah Qaseh Mardiah ketika zaman remajanya.

"Anak-anak bercakaplah dengan dirimu sendiri kerana ketahuilah, diri kita boleh mendengar suara kita. Bisikkanlah kata-kata cinta pada diri kita supaya mendekati Allah. Sesungguhnya ruh kita boleh mendengar keikhlasan bisikan tersebut."

' Ustazah Qaseh, Ain buat macam ustazah ajar. Terima kasih ustazah. Akan Ain sampaikan ilmu ini kepada anak didik Ain kelak.'

Astaghfirallah al-'azim" lamunan Ain terhenti apabila tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.

" Hai tuan puteri, mengelamun jauh nampak. Sampai ke selat tebrau ke? Marilah kita bersantap. Santapan sudah hamba siapkan." Luah Batrisya sambil buat gaya ala-ala dayang zaman pendekar Hang Tuah. Dia mengekek kesukaan sedang Ain mencebikkan bibir.

"Amboi-amboi, berani sungguh tuan hamba mengganggu lamunan beta. Bukan selat tebrau, lautan antartik pun sudah beta renangi." Batrisya buat muka takut almaklumlah kena marah dengan tuan puteri. Ain tersenyum kemenangan walaupun dia tahu Batrisya saja tak nak membalas.

" Ish, Iesya ni. pagi-pagi lagi dah ajak kita merepek. Apalah. Maaf ye, kita tertidur tadi. Ingat nak tolong awak buat sarapan. Sory…" tangan iesya dipaut sebagai taktik memujuk.

" Macam mana tak merepek, makan kerepek banyak sangat.. hehe.. Tak adalah gurau je. Tak apa, kitakan sahabat. Kena saling memahami. Jomlah makan. Iesya masak nasi goreng special khas untuk sahabatku, Ain. Jom" ajak Batrisya sambil berlalu ke muka pintu.

" Mana Siti? Hari nikan cuti." Tanya Ain sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan setelah sampai ke meja makan.

" Oh, dia balik rumah sekejap sebab ada hal. Iesya pun tak tau pasal apa. Tapi dia kata jaga baby kat rumah elok-elok." Batrisya tergelak kecil.

" Apa? Baby? Hei dia ingat Ain ni kecil lagi ke. Ain dah 21 tau. Ish Siti, Siti." Ain tersenyum. Batrisya pula buat muka mengada-ngada mendengar 'statement' Ain.

Nurul Quratul Ain Syifa binti Qamarul berasa sungguh bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang baik hati dan memahami. Alhamdulillah pujian buat Allah Yang Menyatukan hati-hati mereka.

Salah satu aktiviti wajib mereka ialah membaca mathurat di waktu pagi dan petang. Doa rabithah pastinya mewarnai kehidupan mereka.

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati ini dengan makrifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

3 ulasan:

ibnati Idris_Mardiah berkata...

ustazah Qaseh Mardiah????? hahahaha

pu3 nonsense berkata...

bese r...talk to shadow....kak qaseh oi...hehe...

ibnati Idris_Mardiah berkata...

your shadow will never leave you eventhough you ask it!