Khamis, 24 Mac 2011

Last PBS n very sad

Hari ni hari last Pengalaman berasaskan sekolah kat sekolah ni. sangat seronok sebab dah habis tapi sangat sedih sebab hari last kat sini. Will miss all my student…. Ceewah gaya macam dah mengajar bertahun padahal ajar 1 kelas sekali je. Rindunye kat kelas 4k4, 5k5, 5k2,2k4,2k1…. Setiap kelas mesti ada kenangan masing-masing. Yang pelik nya budak-budak ni ingat je even ajar setengah jam. Kuat juga ingatan diorang ni.

" Assalamualaikum …ustazah ke cikgu?" (senyum je… dlm hati panggil apa-apa pun boleh..almaklumlah cikgu serba boleh…

" cikgu masuk tak kelas lagi?" (cikgu tak masuk dah)

" Cikgu bawak lipas hidup ko esok ?" (alamak cikgu tak tahulah.. sir G yang suruh)

" dua-dua cikgu fatin? nama cikgu sama. Fatin masmerra…fatin syafiqa.."(senyum je.. wah budak-budak ni tahu je nama cikgu. Pandai mengeja ye.)

" ustazah, sir tak masuk…" (aah, cikgu ganti sir..cepat bukak buku matematik)

" cikgu tak tahu buat…" ( senyum jer sebab tahu budak-budak ni saja cakap macam tu…. "tadikan cikgu dah ajar. Kiralah guna jari. Meh-meh cikgu ajar. Keluarakan jari")

" cikgu bau budu.." (senyum je…padahal nak je cakap cikgu memang tak pandai cakap kelanatan

"cikgu tak larat salin.." (alahai budak-budak ni. yelah tak payah salin lagi..cikgu buat soalan)

" Cikgu dah siap" (bagus… pandainya.. meh cikgu tengok)

" cikgu fatin!!!!!!!" (ish budak ni jangan jerit-jerit… senyum jelah)

" cikgu malas nak masuk kelas…ish taklah cikgu, saya nak ambik kapur" (pergi masuk kelas cepat)

" Cikgu!!!!!!!!!!!" (senyum… budak-budak nikan)

" cikgu bila nak masuk kelas? " (cikgu tak masuk dah)

"cikgu betol tak?" (meh cikgu cek… tak betul ni. guna jari. Betul tak kira)

"cikgu batu tak cukup" (sayang kira guna jarilah. Kan Allah bagi jari)

Wah sangat rindu…tapi yang sedihnya hari last nilah sakit perut datang.. 2 jam tak buat apa-apa…menahan kesakitan je.. n peristiwa yang akan sentiasa mekar kat hati bila menangis dalam tandas guru… terukkan cikgu menangis sebab sakit… tapi seriously sangat sakit… sakit sangat-sangat… mampu ke kita jadi ustazah nanti ni…erm….


 

"saya rasa dah kecek standard betul dah tapi dia tak faham-faham lagi." (ni kata-kata seorang cikgu Kelantan kat kita…ayoyo…. Salah siapa ni..ke cikgu nie belum pro cakap standard lagi…. Ok cikgu maybe salah saya yang kebluran….

Kenangan-kenangan terindah sepanjang PBS… kegembiraan seorang pendidik ialah saat melihat anak didiknya berjaya menjadi seorang khalifah yang berbakti pada agama bangsa dan negara… cikgu sayang semua..even kita jumpa sebentar ketahuilah doa cikgu mengringi kalian…jadilah anak murid yang baik sayang…


 

3 ulasan:

محمد حذوان بن حميدان berkata...

pljr sftnya amt dahagakan ilmu, bljrlah utk mncntai mreka, apabila keikhlasan dan kredhaan spenuhnya terpasak d hati gru, insyaAllah ilmu itu mudah disalurkn, jka sebaliknya..lhatlah keadaan kini~

fatin berkata...

Insyaallah... semoga semua bakal guru berjaya melahirkan seorang pejuang agama Islam... dunia kanak2 semakin menakutkan...semoga kebaikan kembali menyinari..

Theye berkata...

wah jgnlah momok kan dunia kanak2 sedemikian rupa fatin..
dunia merekalah yang paling indah..
kerana itu segala kenangan masih tersemat dlm ingtan..
betul kan fatin...