Selasa, 22 Februari 2011

Muhasabah Cintaku..

Assalamualaikum… selamat malam semua (sobahal lail) in Arabic… pagi yang hening ni kita masih menghadap my miss laptop… pagilah sebab dah pukul 2.30 pagi… ingat nak buat assignment yang memang melambak-lambak n harap ada orang bagi bunga sejambak… nonsense kan… tapi niat terbantutlah.. entahlah…

Malam tadi ada program malam manifestasi cinta kepada Rasul…. Subhanallah betapa tanpa kita sedar, kita semakin melupakan penghulu seluruh umat… kita ingat lagi masa kanak-kanak ribena dulu selalu selawat buat nabi kita nabi Muhammad..tapi sejak hari berganti hari, bulan datang dan pergi aktiviti mengingati Rasul semakin berkurang…Astagfirullah al-Azim… tapi realiti manusia imannya boleh berubah-ubah…sekejap imannya tinggi dan sekejap imannya rendah… samalah macam kita… dulu sekolah agama memang environment Islamic centre.. bila dah keluar daripada dunia persekolahan, peraturan dah tak seketat dulu… kalau dulu malas nak solat jemaah kat musolla pun mesti pergi juga… kalau tak sempat pun bila kat sekolah mesti sempat.. tapi bila dah tercampak jadi mahasiswa semua tu kena manage sendiri hingga terkadang diri tersasar dan terjatuh… ramai yang kata

alah bolehlah pura-pura baik sebab peraturan sekolah dah macam tu… padahal keluar sekolah dialah yang paling teruk…

semua orang akan salahkan remaja-ramaja kat luar sana yang tersasar daripada kehidupan Islam yang sebenar. Islam tu sebenarnya jemaah mean in malay ialah bersama, satu halaqah, saling perlu memerlukan… kalau kat sekolah, peraturan sekolah cuba mendidik hati-hati kita. Kita ingat lagi ustaz pernah cakap permulaan nak dapat hidayah mesti kena paksa.. paksa dulu baru lama-lama kita ikhlas buat… kita bukan nak jadi baik dalam sekolah je, bukan nak jadi baik sebab what ever.. kita nak jadi baik start from now until the end of our life… sebab tu paksa melahirkan ikhlas maka terbentuklah insan yang praktikal…

teori matematiknya : PAKSA + IKHLAS = PRAKTIK.

praktikal mean mengamalkan islam dalam kehidupan seharian…. Dan bila kita rasa down atau kita tengok kawan-kawan kita makin terleka, tegurlah mereka dengan berhikmah kerana manusia ni absolutely pelupa… kita memerlukan satu sama lain so please don't selfish… but u can sell fish so I can buy the fish to cook ikan masak 3 rasa…nyum2… Rindunya zaman sekolah dulu… tapi Alhamdulillah Allah letak kita kat environment yang solehah… kat sini ada kawan-kawan yang menegur dan pegang tangan kita bila satu saat kita hampir tergelincir… terima kasih Ya Allah atas nikmatMu pada diriku… buat sahabat-sahabat yang rasa nak berubah ke arah yang lebih baik, ingatlah yang Allah sentiasa bersama kita…biar apa orang sekeliling habaq.. biaq pi jeq… perubahan perlukan masa… jangan cepat putus asa dan mengalah.. marilah kita belajar melalui Qudwah Hasanah kita iaitu rasulullah… berjihad untuk mendapat redha Allah dengan penuh kesabaran… buat mereka yang masih nak happy go lucky je, pandanglah ke langit Yang terbentang luas… cuba renung dan fikir Betapa hebatnya Allah kerana menciptakan Awan dan langit tanpa perlu tiang.. tegak teguh dia atas dan tak pernah jatuh menghempap kita..Subhanallah… dan ingatlah betapa kerdil dan hinanya diri kita… InsyaAllah kita mampu kerana kita adalah khalifah di muka bumi ini… Sesungguhnya Allah maha pengampun kepada hamba-hambaNya yang memohon keampunan.


Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya


 

My favourite song dedicate for you dear…J carilah lagu nie tau… sedap sangat…

Selasa, 15 Februari 2011

Warkah buat mama dan abah…

Buat kawan2 yang terbaca, baca yang warna-warni je ye….

Assalamualaikum buat mama dan abah yang tersayang…

Apa khabar mama dan abah? Ika harap mama dan abah sihat… ika kat sini Alhamdulillah.. tapi kebelakangan ni kesihatan tak menentu…

Ika rindu sangat kat mama dan abah… mama dengan abah rindu tak kat anak yang manja ni? tak tahu kenapa hari ni ika sangat2 rindu kat mama dan abah… kadang-kadang ika teringat kawan-kawan yang tak ada parent… mesti mereka lagi rindu dekat parent mereka…

Bila rindu datang, senang je air mata nak mengalir… hanya dengar suara mama dan abah je dah boleh buat mutiara-mutiara jernih berjuntaian… lepas call bila tgk gmbar je nangis lagi… lepas tu, bila baring sorang-sorang mulalah teringat kenangn-kenangan dekta rumah… dan air mata meluncur laju….

Mama, abah, ika sayang sangat dekat mama dan abah… mama dan abahlah ibubapa terbaik buat ika… kalau boleh ika nak selalu ada dengan mama dan abah.. ika teringat kecik-kecik abah selalu bawak ika ikut ambil orang kerja… sebelum pergi sekolah pulak kita mesti makan kat kedai makan… air milo panas sgt… nt abah mesti tuang dalam piring bagi sejuk… pastu ika minum dengan seronok sekali… kalau time makn buah, abah suap…rindunya… bila ika nk beli apa-apa mesti mama tau ika nak yang macam mana… kalau ika tak ikut shoping pun mama mesti tau ika suka kasut apa, baju apa… kalau pergi mana-mana mama suruh buat apa2 ika mesti malu..pastu mama buat sendiri.. ika rasa bersalh jugak tapi nak wat macam mana anak mama nie pemalu thp kritikal… ika rindu suasana tu… ika rindu masakan mama… malam ni ika tak makan pun… yelah rindu ni kadang2 boleh buat lapar pun jd kenyang….. ika rindu nasihat2 abah…

Mama dengan abah tak pernh pukul ika tapi ika ni ngada2 selalu je merajuk… ntahlah.. hanya dengn kata-kata n mimic muka ibu bapa boleh buat anak2 menangis…. Xperlu pukulan atau cubitan…hanya kata-kata… sangat merindui mama dan abah… ika ingt pesan ustaz… kita sebagai anak tak boleh lupa minta Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan beri kesejahteraan kepada mereka… even sekali sehari kita mesti pohon pada Allah..

Ya Allah, tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha pengampun…Engkau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku yang telah membesarkan ku sejak kecil.Engkau rahmati dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku dan mendidikku sewaktu kecil…sesungguhnya aku amat menyayangi mereka… Engkau ringankanlah beban mereka berdua...


 


Siapakah yang perlu kita kasihi selepas Allah dan Nabi?

Ibu dan ayah kita… biar siapapun ibu dan ayah kita, merekalah punca kita lahir ke dunia… seandainya mereka tidak menyayagi mereka pasti kita tidak lahir ke dunia… kadang-kadang bila tengok cerita anak angkat..air mata pun keluar.. saya sedih bila anak angkat tak nak mengaku emak kandung mereka… ingatlah walau bagaimanapun she's ur mother…or he's ur father… lahirkanlah perasaan sayang kita selagi ada peluang…. Tunjukkan pada mereka yang mereka beruntung membesarkan kita… buat sahabat2 yang terpikir untuk lari mengikut kekasih hati… pejamlah mata dan kenang kembali pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa kita…. Buat mereka yang nak buat perkara-perkara tidak sihat, cuba bayangkan perasaan ibu bapa kita bila mereka tahu anak yang mereka besarkan bakal menconteng arang ke muka mereka… Ya Allah betapa terseksanya hati seorang ibu dan seorang ayah…

Tak sabar nak balik rumah… mama dan abah tunggu ye… sebulan lagi………….

Selasa, 1 Februari 2011

Nenek +terGELAK =cinta

"Kau ni kenapa? Mereng ke gelak sorang-sorang. Dahlah gelak macam nenek kebayan cerita magika." Tanya Alia melihatkan Ika Syafiqa gelak sambil berguling-guling atas katil sejak tadi.

" Nenek kebayan? ( Ika Syafiqa ketawa kesukaan) Hahaha lawak kuasa sepuluhlah cik Lia oi."

'ish nenek seorang ni' Alia yang geram dengan telatah kawannya itu terus menggeletek pinggang Ika Syafiqa tanda tak puas hati.

" Geli,geli… dahlah tu Lia..ok, ok kita surrender.. kita ceritalah ni. Stop please. Gelilah." Rayu Ika Syafiqa. Angkat bendera putihlah jawabnya. Mana tahan kena serang dengan Ratu geletek Alia Madonna. Oh tidak, ampunkan patik tuanku.

"Ok, Ika cerita tapi jangan gelak tau." Ika memberi amaran. Amaranlah sangat kejap lagi dialah yang gelak tak henti-henti.

-------

Kring!!!! Telefon berbunyi….ada haiwan dalam bahaya… (ceewah macam lagu telefon wonderpet berbunyi je.)

Adik Ika yang comel dan cute pun angkatlah telefon. Cik adik ni memang suka angkat telefon. "Nenek". Ika pun ambillah ganggang dari adik sebab nanti adik cakap bukan-bukan pula kat nenek.

" Hello, nek. Nenek sihat? Kenapa nek? " Ika memulakan bicara dengan sopan. Yelah kena hormati orang yang lebih tua. 'Aik suara nenek macam sakit je. Nenek nak pergi klinik kot.' Bisik Ika dalam hati.

"Nenek ada? Nak cakap dengan nenek boleh?" suara dihujung talian. 'Aik telinga ni salah dengar ke nenek salah cakap.'

" nenek? (gelak tak boleh bla) ni siapa ye?" tahan gelak. Relaks Ika Syafiqa. Pikir kejap, sejak bila nenek duduk kat sini.

" Ni siapa? Nenek ada?" awat tanya soalan sama ni. 'nenek tak ada tapi nenek kebayan adalah. Nak cakap ke?'...haha… Ika nak cakap macam ni tapi tak baik tau. Kita kena beradab.

" Sory. Ni siapa? Nenek??? Mana ada nenek." Alahai ketawa awat tak nak berhenti. Kesian kat si pemanggil.

" Siapa ni? Awak kat mana ni?"

" Kita ika. Kat Jenderam. Awak salah no kot. Kat sini tak ada nenek." Kesian pula dia telefon lama-lama.

"Betullah tu. Nenek saya pun duduk dekat situ. Erm…tak apalah. Salah no kot. Maaf. Terima kasih" si dia pun cepat-cepat mengakhiri perbualan.

" Tak apa" tapi gelak cik Ika tak kering gusi. Gaya macam raja lawak baru telefon je..

----

"Hahaha… nenek…nenek si bongkok tiga nenek ku kahwin dengan anak raja. Mencari cucu di mana ada… hahaha… serius lawak…." Alia pun ketawa terbahak-bahak.

"Lia! Dahlah tu. Kan kita cakap jangan gelak." Ika control ayu padahal muka dia dah merah-merah gelak.

Hari berlalu membawa bayu silih berganti. Walaupun peristiwa kelakar itu hanya berlaku sekali dalam hidup Ika namun setiap kali Ika Syafiqa mendengar bunyi telefon berdering mesti dia teringat peristiwa semalam(eh macam lagu Nashlah)…

Perkara yang paling dia kesali ialah sikapnya yang sedikit keterlaluan dan tak sempat minta maaf pada si pemanggil. Kesian kat si pemanggil. Mesti dia sedih kena gelak. Malunya..

#

"Ika, cuti ni kau dah plan ke nak pergi mana-mana? Alia bertanya sambil membelek-belek baju yang ingin dibelinya. Alia dah rambang mata. Tak tahu nak beli yang mana satu. Rasa macam nak beli satu Mines je. Senang cerita. Tak payah pening-pening kepala fikir nak beli yang mana.

" Ika? Dengar tak Lia cakap ni? ish tak habis-habis dengan novel dia. Orang nak shoping dia nak baca novel pula. Cik Ika Syafiqa Syafie!!!!dengar tak?" Alia mendengus geram dengan kawannya ni. kalau dapat novel terus lupa dunia realiti. Tadi kalau Alia tak buat cerita sedih mesti Ika tak sudi nak temankan dia beli-belah.

"Lia! What? Yang jerit kuat-kuat ni kenapa? Ika tak pekak lagi ok." Ika mencebikkan bibir mongelnya. Dia terasa sangat malu sebab semua orang dalam kedai tu asyik memandang ke arah mereka berdua. Ika menarik tangan Alia keluar daripada kedai tersebut. Alia menuruti Ika sambil mulutnya membebel tak henti-henti..

" Tak pekaklah sangat. Lia panggil penuh adab Ika bukan peduli so Lia jeritlah. Ika memang tau, lebih pentingkan novel daripada kawan sendiri."

" ok, I'm sory sweety. Janganlah marah. Ika janji insyaAllah tak buat lagi. Tapi kalau terbuat apa salahnya kan." Ika tersenyum nakal sambil cuba melarikan diri daripada jari-jari Alia yang menunggu mangsanya.

Debaboom!!!!

Tanpa Ika sedari dia telah terlanggar seseorang sehingga novel ditanggannya jatuh ke lantai.

" Ya Allah " kata mereka berdua serentak.

"Ha ingatlah Allah di mana-mana sahaja. Ni tak kalau melatah je mesti cakap merapu-rapu. Cuba time melatah ingat Allah insyaAllah tak adalah keluar perkataan tak senonoh." Ika masih ingat lagi pesan Abah. Sebab tu Abah dan mama tak pernah melatah merepek-repek. Biasanya perkataan-perkataan memuji Allah yang membasahi bibir mama dan abah.

" Sory, tak sengaja. " Ika memulakan bicara. Alia dah merapati kawannya untuk memastikan Ika selamat.

" Sorry morrylah cik kak. Kita ni orang melayu penuh dengan budi bahasa. Sory awak tak diterima sebab saya dah buang dalam lori. Faham." 'Aduh. Lia, Ika rasa nak cekik orang je ni. Sabar Ika. Sabar Ika. Menusuk kalbu kata-kata mamat perasan bagus kat depan dia ni.'

"Ewah-ewah budi bahasa sangatlah encik ni ye. Kan kawan saya dah minta maaf. Encik ni over acting pula. Ika dahlah jom bla. Kalau dia tak nak maafkan biarlah kita tak rugi pun. Asalkan dah minta maaf. Terima atau tak terpulang." Ika masih membisu. Kata-kata mamat perasan bagus ni menyakitkan hatinya. Daripada dia masak lelaki ni dengan cili padi lebih baik dia ikut je cakap Alia. Ika membuntuti Alia.

Tubir matanya bergenang. Awat ni Ika. Kenapa nak menangis. Macam mana tak menangis. Novel Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris dah hilang. Dia rasa jiwa dia terganggu.Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Tabahkanlah hatiku. Hari-hari yang Ika lalui bagaikan sirna cahayanya. Lagi beberapa helai je nak habis tapi dia tak sempat habiskan. Alia sedih melihatkan keadaan Ika. Baginya dia yang bersalah sehingga kehilangan novel tersebut. Tiada lagi senyuman 1 dan senyuman 5 daripada Ika. Ika hanya mempamerkan senyuman 2 dan 3 pada dia dan kawan-kawan yang lain.

Alia mula teringat saat perkenalan mereka 2 tahun yang lalu.

"Lia, tahu tak kita ada 5 senyuman." Kata Ika di awal perkenalan mereka di Universiti.

"Are you serious? Apa dia?

" Senyuman 1, ialah bila seseorang senyum ketika menyapa orang lain . Senyuman 2, ialah bila seseorang senyum kerana terpaksa dan tak ikhlas. Senyuman 3, ialah bila seseorang senyum sebab nak sembunyikan kesedihannya. Senyuman 4, ialah bila seseorang senyum sebab berjaya kenakan orang lain. Senyuman 5, ialah bila seseorang senyum kegembiraan dan lahir daripada hati yang suci."

"wah ye ke? Now Ika rasa Alia senyum tingkat berapa?" Alia menguji kawan barunya itu.

" Alia senyum 5 kot."

" oh salah. Alia senyum 4 sebab tadi Alia dah bagi novel Ika kat senior. And you know what, dia sangat marah Ika bawa novel masa orientasi. Dia kata novel tu jadi milik dia." Alia tersenyum nakal. Baru kenal pun dah pandai kenakan orang ye.

" Alia… nak kena ni." marah Ika lalu mengejar Alia satu asrama. Bila dah penat merentas desa 1 asrama akhirnya Alia kata " Ika SYafiqa anak pak cik Syafie LU KENA BEB. Tipah tertipu lagi…."

Aduhai malunya Ika dia kena wakenabeb dengan Alia. Kurang asam keping betullah Alia Madonna ni.

#

Cuti semester pun bermula.Universiti Kebangsaan Malaysia akan bercuti selama 2 minggu. Ika sudah kembali ceria seperti biasa. Sebelum pulang bercuti, dia meminta maaf kepada semua rakan-rakannya tentang kedinginannya sebelum ini. Alialah yang paling gembira. Dia memeluk Ika sambil menangis kerana terharu. Inilah sahabatnya yang dulu. Tak lekang daripada senyuman 1,4 dan 5. Ika, Lia really miss you.

Ika sedar bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara. Tak kan kerana kehilangan sebuah novel menjadikan dia manusia yang lemah dan tak bermaya. Dia adalah khalifah Allah di muka bumi dan dia perlu berjuang untuk menegakkan islam. Jadi anak Pak syafie ni tak boleh terleka. Dia bangkit dari kesedihan kerana firman Allah dalam surah AL-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: Kadang-kadang apa yang kita tak suka tu baik untuk kita dan apa yang kita suka tu tak baik untuk kita dan Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

#

Ika pulang ke rumah dengan azam baru. Cuti ni nak dihabiskan dengan berbakti pada keluarga tercinta.

" Ika pergi rumah nenek bawa kek bantal ni ye. Mama dah masukkan dalam bekas. Cakap kat nenek kurang manis ye sayang. Kalau tak nenek takut nak makan. Kegemaran dia ni."

" Baik Cik Puan. Berita faham." Ika bersuara menahan gelak. Sesaat kemudian gelakknya terhambur keluar.

"Ish budak ni. dia main-main pula. Sudah pergi sekarang. Nanti balik sebelum maghrib tau." Puan Amira mencuit hidung anak gadisnya itu.

Amira menunggang skuternya dengan membonceng adiknya yang ciut miut. Jarak rumah nenek Ika taklah jauh sangat. 10 minit dah sampai. Sebab rumah nenek sebelah abah yang dekat lalu nenek pun dapat gelaran 'nenek dekat' comelkan gelaran nenek.

" Assalamualaikum. Nenek!! Nenek!! Cucu comel datang ni" Ika tersengih-sengih. Dia memang suka bermanja-manja dengan nenek. Bukan selalu masa-masa cuti je manja.

" Kak Ika ni, assalamualaikum.. nek.. Eisya datang ni."

"Akak rasakan nenek nak suruh kita nyanyilah. Biar akak nyanyi ye. Eisya dengar je tau." Ika berdehem konon nak suara merdu. "Buukaa pintuuuuuu. Kaaamiii daatang.." ika menyanyi sambil membuat gaya.

" Siapaa ituuuuuuuu? Aakuuu buntuuuuu"

"Akak, siapa tu? Bukan nenek tu?" Eisya menarik-narik baju Ika.

" Cuucuuuu coomel."

Tiba-tiba kedengaran suara gelak berdekah-dekah dari dalam rumah. Pintu terbuka dan kelihatan nenek tersenyum senyum. Senyum no berapa pun Ika tak pasti. Macam no 4 je.

"Nenek!!! Kenapa gelakkan ika. Merajuklah macam ni." Ika buat-buat merajuk. Gaya macam dia nak balik rumah dah. Eisya pula masih dalam pelukan nenek.

" Cucu manja. Comellah sangat." kedengaran satu suara di sebalik pintu.

" Apa? Mamat perasan bagus? Tak mungkin!" Ika terkejut melihatkan kelibat mamat perasan bagus di rumah neneknya.

"Sory morry ke. Ingatkan awek manalah tadi. Apa awak gelar saya? Tak ada kelas langsung nama tu."

Ika dah mula nak naik anginlah ni. Sebab mamat perasan bagus nilah novel dia hilang. Aduhai tiba-tiba dia muncul kat rumah nenek dan kenakan dia pula tu. Oh Ika Syafiqa malunya.

" Nek siapa abang ni? " Eisya bertanya. Mamat perasan bagus hanya tersenyum melihat kerlingan tajam Ika.

"sudahlah Aril jangan dok menyakat Ika. Merah padam dah muka cucu comel nenek ni. Sudah ika mari masuk."

Aril hanya menjelirkan lidahnya. Dia masuk ke dalam rumah selamba je. Aduh mamat ni macam simbah minyak dekat bara api je. 'Nak balik ke tak nak. Ish kalau balik mamat ni fikir dia menang pula. No way!' bisik hati kecil Ika.

Ika terus ke dapur untuk menghidangkan kek bantal dan membuat air teh o tapi sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah mamat tu. Eisya hanya tersenyum sumbing melihat telatah kakak-kakaknya.

Apa pasallah gelak sakan kat depan tu. Ish mamat ni. Entah siapalah, nenek suka-suka hati je bagi masuk dalam rumah. Perompak ke, penyamun ke. Orang sekarang ni bukan boleh percaya. Nenek, nenek.

" Nek jemput makan, kek bantal kurang manis hasil tangan cucumu yang comel dan ciut." Ika senyum 5.

" Yelah sayang. Ika hulurkan air kat Aril." Nenek mengunyah kek bantal yang sedap. Aril buat muka seakan kemenangan berpihak padanya. adik Ika yang comel pula senyum-senyum. Awat ni adik? Tak sihat ke.

" Terima kasih. Nak cakap dengan nenek boleh?." Aril bersuara sambil menghirup air teh o yang dihulurkan Ika. Kemudian dia gelak berdekah-dekah.

" Apa?" ika blur kejap. Dia salah dengar ke apa. Macam kenal je ayat tu. Dah sah tanggapan Ika betul. Yelah nenek dan Eisya asyik tergelak je dari tadi. Waduh muka dah merah. Malunya.

" Ika, Aril ni cucu nenek. Dialah yang telefon hari tu. Memang nenek bagi no rumah Ika yelah takut kalau telefon rumah nenek rosak. Kamu panggil dia abang ye." Nenek menerangkan perkara sebenar. Dengar hakikat ni lagi malu. Mana nak sorok muka ni.

"Tapikan nek, cucu nenek anak siapa? Ika kenallah semua sepupu Ika. Nenek salah orang kot. Entah-entah dia menipu." Ika cuba menafikan.

" aik cik kak mulut tak ada insurans Nampak." Perli Aril. Eisya pula asyik mengunyah je. Bukan nak back up kakak sendiri.

"nek!!!!!"

" Sudahlah tu Aril jangan asyik menyakat. Ika, Aril ni cucu angkat nenek. Nenek ambil dia jadi cucu angkat sejak dia umur sebulan lagi. Dia jarang datang melawat nenek sebab tu Ika tak kenal. Aril ni doktor kat Kuala Lumpur." Nenek mengusap-ngusap bahu Ika. Ika pula buat muka bila Aril hadiakan senyuman sumbing kat dia.

" akak ni macam budak-budaklah. Kalah Eisya tau." Eisya mengejek kakaknya.

#

5bulan kemudian Ika Syafiqa binti Syafie diijabkabulkan dengan Shahril Fitri bin Syazlan. Mulanya Ika tolak mentah-mentah. Siap mogok lagi tapi apakan daya tak sampai hati kecewakan hati-hati insan tersayang. Alia tak habis-habis gelak bila tahu ending kisah lawak Ika. Ika untunglah dapat kahwin dengan seorang doktor yang penyayang lagi tak kisah dengan hobinya suka baca novel. Paling penting speaky. Ye anak Pak Cik Syafie ni suka jejaka berkaca mata. Pertama kali Aril lamar Ika dia bukan bawa cincin je tapi siap bawa novel lagi. Novel apa lagi kalau bukan novel yang Ika tercicir hari tu. Ika apalagi senyum 5 je sepanjang hari. Mama Ika pula ingat dia tersangat bahagia bertunang dengan Aril. Nasiblah Aril dapat dia. Aril pula memang dah tersuka kat gadis yang jawab panggilan telefon hari tu. Dia tak sangka pula gadis tu adalah gadis sama yang tercicir novel kat Mines. Kebetulan,kebetulan yang membawa jodoh mereka bersatu ke jinjang pelamin. Mereka berdua akan sama-sama menyelami hati budi masing-masing selepas berkahwin.

Siapa kata kebetulan tu hanyalah fantasi. Mungkin ia realiti yang belum pasti.

"Abang, Ika maaf maaf ye. "

"Kenapa ni sayang? Ika tak salah apa-apa pun kat abang. Kalau ada maybe sebab Ika pandang lelaki lain kot."

" Ish abang ni. Mulut tak ada insuran ye. Ika mana berani. Abang speaky kan ada depan mata. Ika nak minta maaf pasal gelakkan abang telefon dulu dan maaf sebab terlanggar abang masa tu. Seriously ika tak sengaja tau."


 

Semoga sahabat-sahabat perjuangan kita di Mesir selamat dan dilindungi Allah….


 

Rabu, 12 Januari 2011

Darah gemuruh? Relax:)

Bismillahirrahmanirrahim… lama dah tak jengah my lovely blog. Seriously kita memang tak pandai IT nie.. masa kanak-kanak ribena dulu tak nak belajar… terpaksa tunggu masa lapang untuk Asiah ajarkan.. Asiah… baca tak agak-agak entri ni…hihi…. Asiah tolong ajarkan ye…(ecece macam tajuk lagu Ana Rafali pula… for me tak kisah siapa menang itu rezeki masing-masing… tapi pelik sebab ramai yang mempertikaikan… kesian kat Ana.. what ever…

Hari ni kita nak tulis pasal kisah semalam… semalam kita jadi pengerusi majlis sebuah program.. kita nak share macam mana perasaan kita… sejujurnya im very nervous…(pada kita sesipa sahaja bergelar manusia akan nervous tapi kita punya nervous nie maybe teruk banyak)… program start lepas isyak tapi kita menggigil sejak maghrib…kalau menggigil je tak pe.. tiba-tiba kepala jadi berat macam demam padahal siang tadi sihat walafiat… oh Fatin!! awat lagu ni… tapi kita rasa mesti semua orang pernah rasa apa yang kita rasa…

Kakak senior said: kenapa ni? demam ke? (kalaulah demam?)

My roommate said: ape nak takut, awak kan pernah jadi ahli forum terbaik..(siap peluk lagi)( tu time belasan, now dah puluhan…

The others said : relax je, semua perempuan…. (kalaulah mereka2 tahu perasaan kita)

But… I still nervous… entahlah kita memang darah gemuruh kot…. Sejak pagi kita dah buat persiapan mental dan rohani. (tiba-tiba kita fikir, mesti mereka-mereka ada yang kata kita nie over nervous… tak kisahlah apa pun,

Kalau ada kawan-kawan yang senasib dengan kita boleh try cara ni…

  1. Pagi 2 jangan lupa solat dhuha. (mohon pada Allah di murahkan rezeki dan diberi kelancaran berbicara.
  2. Solat taubat (mohon ampun dosa-dosa kita supaya apa yang kita nak sampaikan nanti menyelinap dalam hati-hati yang mendengar… hanya hati yang suci boleh menyentuh sukma-sukma pendengar.
  3. Solat hajat (minta pada Allah dipermudahkan dan dilancarkan majlis. Doa juga apa yang kita nak sampaikan tersemat kukuh dalam hati semua yang mendengar..
  4. Tawakkala pada Allah kerana "tiada daya dan usaha melainkan dengan izin Allah"kita hanyalah hambaNya yang lemah dan hanya Allah yang dapat membantu kita…
  5. Paling penting istighfar dan berzikir…. "Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".

Ingat dalam perjuangan tiada kesenangan.. semestinya kita perlu melalui liku-liku yang menyakitkan… tapi itulah perjuangan… apa yang penting keyakinan kepada Allah dan keyakinan diri

Perasaan seram sejuk dan menggigil-gigil tadi hilang sedikit demi sedikit apabila kita sudah mula mengacara majlis… walaupun tak se smooth yang kita harapkan tapi Alhamdulillah tetap berjalan lancar… don't give up…J

Akhir kata kita nak kongsi hadis Qudsi yang maksudnya berbunyi begini…:

Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah( s.a.w), Allah berfirman : Sesungguhnya Aku(iaitu Allah) berada dalam sangkaan hambaku, aku bersama mereka ketika mereka mengingatiku, jika hambaku mengingatiku dalam diri mereka maka aku mengingati mereka pada diriku. Jika hambaku mengingatiku pada sesuatu tempat atau majlis maka aku mengingati mereka pada sesuatu tempat atau majlis yang lebih baik daripada itu, jika hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta, jika hambaku mendekatiku sehasta maka aku mendekatinya sedepa, jika hambaku berjalan ke arah ku maka aku berlari anak kepada mereka..

Pengajaran hadis :

  • Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. yakinlah pada pertolongan Allah.
  • Ingatilah Allah dimana sahaja kerana kalau kita ingat pada Allah maka Allah akan ingat kat kita.(tak nak ke Allah ingat kat kita???)
  • Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sebab walaupun kita baru nak mendekatkan diri kepada Allah dan baru nak melakukan ibadat kepadanya, Allah dah dulu mendekati kita… even kita berjalan, Allah berlari anak kea rah kita… Subhanallah betapa sayangnya Allah kepada kita hamba-hambanya…
  • Jadi bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang kita perolehi…jangan cemarkannya…

Rabu, 22 Disember 2010

Practise make perfect

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah cause Allah still give us breathing.... ok i just want to practise speaking n writing... maybe broken or weird but i must try if not i will never can speak fluently...

So for me just say what in your heart cause when the time come the word will out from your mouth fluently.... for example if you want to say that you love your parent just say it before late.... because there are many people not have chance to say " mom, dad, i love both of you... i'm sory if i had do some bad things. You are my best parent in this world" so sad if this situation happen to us. We don't have chance to say because of what?

because we not grab the chance.... remember that life is not like a bed of roses n u cant imagine that there are second chance... no way dear...... time is like a gold n very priceless so hold it tightly....

i not just write but i mean it.... for me exactly n for all of you.....

lessons today:

  1. Sory kalau my English not good... kte tengah practice...ye r practise kan make perfect....
  2. Kte xde r pandai bi tapi kita kne cuba amalkan baru kite semua boleh pro... ingt x kata-kata kalau kita nk berjaya kita kne kuasai bhasa musuh... so think carefully... maybe sekarang xberpe ok tapi who knows akn dtg much better.... bila kita boleh kuasai bhasa asing maka kita tahu muslihat mereka..
  3. Ok believe your self...lantak r ape org kata yng penting kita dah usaha... gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya.... you are the best if you know so now i want u to know that you are the best...seriously.....

Who is the best????? You r dear.....:)

Ahad, 12 Disember 2010

AkU PUN Ade PerAsaan!

12.3.2008

"Wei aku pun ada perasaan. Kau ingat kau cantik kau boleh hina orang lain.. perah santanlah" ish nak je aku hamburkan perkataan ni kat dia tapi aku tak mampu… Sakitnya hati aku. Tadi aku tak sengaja langgar dia tapi dia marah kat aku macam aku bersalah sangat. Aku dah cuba minta maaf kat dia tapi dia tak faham. Salah dia ke salah aku. Ada ke dia kata aku ada mulut tapi nak cakap perkataan maaf pun susah. Aduh tersentak jantung aku dengar statement tak berasas dia tu. Mulut tak ada insurans. Aku tak tahu kenapa kata-kata dia tu menyakitkan hati aku. Hati aku ni rasa tercuit, terguris, terhiris. semua ter,ter aku rasa.… Kenapa dengan aku ni? Selalu cool and steady je tapi kata-kata dia menggugat kesabaran aku….sabar Am…sabar…..

16.3.2009

Aku tak fahamlah dengan dia tu. Apa yang dia tak puas hati sangat kat aku. Tempat tu aku cop dulu tapi dia nak juga berebut dengan aku. Punyalah banyak meja kat dalam library tu meja aku juga dia nak. Tak apa aku nikan gentlemen so aku pun bla jelah. Malas nak gaduh tapi boleh pulak dia jerit kat situ. "Kenapa tak marah aku rampas tempat kau? Bisu ke tak ada perasaan?" Berbisanya kata-kata dia tu.. menusuk ke kalbu. Salah ke kalau aku bisu. Berdosakah aku Ya Allah. Tak layak ke aku kecapi bahagia. Aku senyum kat dia pastu aku bla je…dalam hati punyalah sakit. Sebenarnya aku nak sangat cakap kat dia. " Ya aku bisu. So what? Kalau aku guna bahasa isyarat pun kau bukan faham so macam mana kau tau aku tak marah. Kau ada masalah ke kalau aku bisu. Ingat orang macam aku ni tak ada perasaan ke. Aku pun ada perasaan!!!!! " Tapi ayat tu tak mampu aku luahkan. Ya Allah tabahkan hatiku. Aku redha dengan kurniaanMu padaku.

21.3.2008

J Kenapa dengan aku hari ni. Daus kata muka aku bercahaya macam orang dilamun cinta. Ye ke. Entahlah. Layak ke aku bercinta? Ahhh tak kisahlah. Hal tu tolak tepi dulu. Tadi lepas kelas, dia datang jumpa aku. Mula-mula aku buat derk je….yelah mana ada orang senyum kat orang yang dah hina diri sendirikan. So aku pun coverlah kemachoan aku ni. Dia kata dia menyesal sebab hina aku hari tu. Dia dah tahu keistimewaan yang Allah kurniakan kat aku. Seriously muka dia comel sangat masa tu. Mula-mula aku rasa nak buli dia dulu tapi bila tengok kesungguhan dia tu aku tak sampai hati. Cair… Dia kata dia nak kawan dengan aku. Aku cakap nanti dia malu tapi dia kata dia tak kisah. Aku seratus kali tak kisah kalau macam tu. Hehe… Daus kata aku gila sebab senang-senang je maafkan dia padahal dia dah sakitkan hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Tapi hati aku sejuk bila dengar dia minta maaf. Aku nak cakap aku dah maafkan dia tapi dia bukan tahu bahasa isyarat pun so kertas dan penlah jadi alat komunikasi aku kat dia. Tapi aku teringin nak dia dengar aku cakap " cik Irazs Zahira saya dah maafkan awak. Saya sudi kawan dengan awak."

1.4.2008

Minggu lepas banyak assignment sekarang baru sempat mencoret. Apa khabar diari kesayanganku. Daus selalu gelakkan aku sebab ada diari. Dia kata awek je tulis diari tapi aku bidas. Semua orang ada cara luahkan isi hati samalah macam aku. Hanya dengan diari aku boleh luahkan apa-apa yang aku tak mampu ungkapkan. Dauslah kawan baik aku. Dia sabar je layan kerenah aku. Sebab dia nak faham apa aku cakap dia sanggup ambil kelas bahasa isyarat. " Daus terima kasih. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat." Aku ingatkan orang macam aku ni dipinggirkan tapi ada juga insan yang menyayangiku. Terima kasih Ya Allah. Dah dekat 2 minggu persahabatan aku dan Irazs. Aku seronok kawan dengan dia. Sebenarnya dia tak lah macam aku fikir sebelum ni. Dia baik sangat. Dia sabar je dengan keadaan aku. Aku rasa terharu sangat. Paling terharu bila dia backup aku time Fendi buat hal. Fendi tak habis-habis sakitkan hati aku. Yelah aku bukan macam dia. Pendebat terbaik kolej. aku…..:(

16.4.2008

"Terima kasih Irazs Zahira… awak baik sangat. Terima kasih untuk kejutan yang awak bagi tadi. Pertama kali Am dapat kejutan macam ni lepas Mama Am meninggal. Am terharu sangat. terima kasih bagi jam tu. Am suka sangat… Warna biru kegemaran Am. Am tak sangka Irazs tahu hari ni birthday Am." Aku nak cakap macam ni kat dia tapi dia tak akan dengar so aku coretkan kat sini jelah. Benda yang paling best sekali dia bagi suruh aku jadikan buku nota dia alat komunikasi kami. Dia kata kalau nak cakap apa-apa kat dia tulis kat situ. Sebelum balik rumah buku nota tu kena pulangkan balik kata dia. Sweetkan. Kadang-kadang kebaikan dia buat aku rasa di awang-awangan.

25.4.2008

" Fendi!!!!Apa salah aku kat kau? Kenapa kau nak halang Irazs kawan dengan aku. Hina sangat ke aku. Ya aku tak boleh bercakap. Tapi tak akan sebab tu aku tak layak punya kawan. Aku pun ada perasaanlah. Suka hati akulah nak kawan dengan sesiapa. Aku kawan dengan orang yang ikhlas kawan dengan aku. Kenapa kau selalu tak puas hati dengan aku. Aku tak pernah buat salah kat kau…. Aku pun nak hidup macam orang lain. Tolonglah jangan kacau hidup aku. Tolonglah." Ya Allah tolonglah sabarkan aku. Kadang-kadang aku tak kuat hadapi tohmahan dan ejekan orang lain.Aku manusia yang lemah. Sampai bila aku boleh sabar bila dihina. Orang bisu pun perlu dihormati bukan dianaktirikan. Ya Allah bantulah hambaMu ini menghadapi semua ini.

27.4.2008

"Am tabah ye nak. Semua manusia sama je pada Pandangan Allah. Yang membezakan mereka ialah amalan masing-masing. Bukan paras rupa yang Allah lihat, sayang. Mama bersyukur dikurniakan Am sebagai tanda cinta antara mama dan arwah papa. Am kena kuat. Banyakkan amal ibadat sebab itu yang mengangkat martabat Am di sisi Allah. Ingat walau macam manapun Am masih ada Allah ye nak. Mama sayang Am sebab diri Am. Am tak perlu cemburu melihatkan kesempurnaan orang lain sebab setiap orang Allah ciptakan ada kelebihan masing-masing. Mama dan papa sayang Am. Jangan sedih ye nak." Mama…..Am pun sayang mama dan papa. Terima kasih sebab sayangkan Am.Mama ibu terbaik dalam dunia ni. Kalau dulu mama selalu pujuk Am sekarang Am sedih mama macam tahu-tahu je. Terima kasih sebab mama sudi jengok Am walaupun hanya dalam mimpi. Am rindu sangat kat mama dan papa. Am tak kan pernah lupa semua nasihat mama. Am doakan mama dan papa bahagia di sana. Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku yang telah mengasihiku selama ini. Tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu yang kekal abadi.aminnnnnnnnnnnn.

7.5.2008

Dunia tak adil dengan aku. Mentang-mentang dia anak Dato' dia dipandang tinggi. Mentang-mentang aku kurang sempurna aku dipinggirkan. Aku tahu aku hanya melukut di tepi gantang. Kalau ikut undian aku yang layak jadi ahli majlis perwakilan pelajar tapi sesuka hati si Fendi tu buang nama aku. Dia kata aku tak layak dan takkan mampu. Dia kata belum pernah orang bisu jadi wakil pelajar. "Fendi, kau memang kejam………………" tak apa aku akan buktikan orang-orang senasib denganku mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan orang normal. Argh!!!!!!!

8.6.2008

Hari ni periksa terakhir. Lepas cuti masuk sem akhir. Aku, Irazs, Zira dan Daus keluar makan meraikan peperiksaan yang dah selesai. Leganya. Semoga study group yang kami lakukan sebelum ini berbaloi. Ya Allah hanya padaMu kami panjatkan doa. Usaha dah sekarang tinggal doa dan tawakkal je.

9.6.2008

Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak marah je. Daus kata aku cemburu tengok kemesraan antara Fendi dan Irazs. Ye ke. Entahlah aku tak tahu. Takkan aku suka kat dia. Aku…aku tak macam lelaki lain. Irazs seorang gadis perawan yang solehah. Aku tak layak dengan dia. Dia boleh dapat lelaki lagi bagus daripada aku. Tapi Daus tak habis-habis naikkan semangat aku. Dia suruh aku cuba dulu. Jangan kibarkan bendera putih sebelum berjuang di medan perang... ecece baik aku akan pertahankan niat suciku…..

12.6.2008

Ya, aku sedar aku suka dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. Biarpun kami baru je kawan tapi aku rasa kami serasi. Tapi aku rasa peluang aku tipis. Pagi tadi,aku dengar Fendi nak merisik Irazs. Aduh pedihnya jiwaku ini hanya Allah je yang tahu. Kalaulah dia tahu aku mencintainya. Takkan aku nak bagi tahu dia. Tak boleh…… Mana tahu dia tak suka kat aku. Kalau nanti dia benci kat aku…. Argh!!!!!!!!!! Buntunya….

15.6.2008

Betul macam yang aku bayangkan. Dia benci kat aku..Aku ikut cakap Daus tulis surat luahkan perasaan aku kat dia tapi belum sempat aku serah kat dia Fendi dah rampas surat tu. Dia baca kat depan kelas. Satu kelas tahu isi surat tu. Aku cuba halang tapi kawan-kawan Fendi pegang aku. Argh…geramnya aku. Fendi memang kejam. Sampai hati dia buat macam ni kat aku. Irazs zahira tergamam bila tahu isi surat tu. Masa kelam kabut tu aku cuma fikirkan perasaan dia. Mesti dia malu. Semua orang tertawa bila tahu. Bila satu kelas desak Irazs jawab surat tu dia rampas surat tu dan terus lari tinggalkan kelas. Aku nampak dia nangis. Aku kejar dia sampai kat belakang blok kuliah.kat situ dia nangis sambil koyakkan surat tu. Hati aku terguris bila nampak dia buat macam tu. Dia seakan-akan dah koyakkan hati aku. Aku tak sanggup tengok lagi. Hati aku sakit. Sampai hati dia buat macam tu. Aku tulis dengan setulus hati tapi sanggup dia koyakkan. Ye aku sedar, siapalah aku. Kami bagaikan bumi dengan langit. Sabar ye hati…. Kau masih ada Allah. Jangan nangis… Kau kena kuat………………..

19.6.2008

Aku dah tak ada mood nak menulis. Aku rasa macam hidup aku kosong. Peristiwa hari tu masih terbayang-bayang. Sejak hari tu kami dah tak mesej. Dia pun macam cuba mengelakkan aku. Aku tahu sebab aku perasan sikap dia berubah lagi-lagi waktu kuliah. Budak-budak kat kelas pun tak habis-habis bincang pasal hal tu. Ya aku bisu. Aku tak layak bergandingan dengan dia. Siapalah aku nak dibandingkan dengan dia. Tak mungkin dia nak bersuamikan lelaki seperti aku. Mungkin bukan dia je tapi semua gadis di luar sana tak nak bersuamikan aku. Tapi aku pun ada perasaan. Ingin disayangi dan ingin menyayangi. Salahkah aku menyukai dia. Aku pun manusia biasa.

21.6.2008

Kalau boleh aku teringin nak bagitahu dia . Aku nak dia dengar aku ungkapkan kata-kata cinta. Tapi semua tu hanyalah mimpi….aku tak mungkin bersuara dan tak akan boleh bagi dia dengar isi hati aku. " Irazs Zahira, Am betul-betul suka kat awak. Am ikhlas. Am sedar Am bukanlah lelaki idaman awak. Ingat tak perbualan kita dulu. Awak kata awak nak suami yang bersuara merdu. Nanti setiap saat dia boleh nyanyi untuk awak… awak kata awak nak dengar dia alunkan azan setiap kali solat…awak kata awak nak dia bertadarus dengan awak… awak nak dia ajar anak-anak awak. Am tahu Am tak kan dapat jadi lelaki idaman awak tapi Am nak awak tahu walau macam manapun Am tetap menyukai dan menyayangi awak. Am doakan awak jumpa lelaki macam awak impikan. Kebahagian awak adalah segalanya bagi saya. Awak yang mengajar saya erti indahnya jatuh cinta dan deritanya bila cinta kita ditolak. Semoga suatu hari nanti awak tahu betapa sucinya cinta seorang bisu kepada seorang dara".

25.7.2010

Dah 2 tahun aku tak tulis diari. Apa khabar diariku. Maafkan aku.. sejak peristiwa dulu aku tak sanggup tengok dirimu . Dalam ni banyak kenangan antara aku dan dia. Dalam ni ada kisah suka duka seorang buta pada seorang dara. Hari ni luka semalam berdarah kembali. Ya Allah kenapa hari ini aku baru tahu hakikat sebenar. Kenapa selama ni aku tak tahu kebenarannya. Aku pun ada perasaan untuk tahu. Kenapa dia rahsiakan penyakit dia? Kenapa setelah dia pergi baru aku tahu dia menderita selama ini. "Irazs, kenapa awk buat macam ni. Kalau awak bagitahu Am penyakit awak mesti Am dapat jaga awakkan. Mesti kita berdua bahagia. Awak buat macam ni lebih menyeksakan kita berdua. Biarpun awak dah tak ada dekat dunia ni tapi Am tetap cintakan Irazs selamanya.. Biarpun kita tak dapat bersatu di dunia Am berdoa semoga kita berdua bersatu di Syurga yang kekal abadi. Am nak Irazs tahu yang Am amat mencintai Irazs Zahira…. Semoga rohMu di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.. Cinta seorang bisu pada seorang dara akan terus mekar biarpun cinta itu tak dapat dilafazkan melalui bibir tetapi cinta itu dapat diterjemahkan melalui perlakuan. Itulah cinta sejati tulus murni… ku abadikan cintaku pada si dia dalam diari ini…..

Cerpen versi diari dari Ustazah Fatin…J

Ahad, 5 Disember 2010

Resepi ikan cinta bendi masak asam...

Assalamualaikum kengkawan semua..really miss my frenz.... kengkawan semua..really miss my frenz.... b4 kte ke dapur puteri fatin moleklah kte cte2 dulu... arinie kte kne tolong org masak untuk kawen... aduhai kte nie dah lah pemalu +terlalu pandai masak cmne nk g...dahlah mama xleh g.."oh mama ika memang takut g sne sorang2.." so kte pun xg n my mama pun sdh...ayoyo pemalunye...ish2 macam mana nak jaga anak murid ni...


 

Ok semlm kte masak ikan cinta bendi masak asam so arini kte nak coret buat kenangn...

Bahan2:

Ikan(berapa ekor y disukai.kalau nk tukar ayam boleh tapi kne tukar nama resepi ea...)

Minyak(seperlunye)

Bawang merah (beberapa ulas)

Asam keping( berkeping2)

Cili merah( sesedap rasa..maybe 5 sudu...erm sedapnya...)

Air ( 2 gelas atau lebih..sampai ikan terendam...)

Daun kesum(kte bru tau nme dia kesum...wangi...)

Bendi...(my father like it)

Garam(secubit rasa)

Limau nipis...


 

Cara-cara memasak ikut chef fatin:

Mula-mula sekali baca bismillah ea kalau tak hilang berkat.... tumiskan bawang merah dengan penuh kasih sayang...... bila dah kekuningan masukkan cili merah... masakkkan kemudian campur bahan2 lain seperti daun kesum, asam keeping, ikan dan air... masukkan garam secukupnya.... kacau berhati2 ea kalau tak ikan hancur... so kalau kita nk tahu orang tu pandai masak or x kte tengok ikan hancur ke tak,,, kte pun xpndai kacau selalu kena marah ngn abah...tapi kira ok jugklah.... ok bila mendidih dah siap....

Abah makan n cakap..."kurang urm nie"...ala kenapa pulak...baru rasa dah pro masak... ape yang kurang ye..... oh asam keeping sikit cgt...xsdp r..n jgn guna limau nipis tau...kalau asam boi baru urm..... oh baru r chef tau... xpe2 boleh cuba len kali...yang penting boleh makan n xdee sape sakit perut sebab makanan dimasak dengan kasih sayang...ecece....


 

Selamat bercuti n marilah kita belajar memask same2 ea....