Jumaat, 26 November 2010

Seronokkan bila dah siap.

Memang seronok bila siap jugak cerpen birthday ni… walaupun biasa je kira oklah untuk mengisi masa lapangkan.. ok kita tak hebat menulis sebab kita bukan aliran sastera. But im happy… buatlah apa yang anda suka pasti anda happy…

Kita berjodoh??? Tipu..

" Wah-wah kalau rasa tak nak simpan boleh buang." Luah Husna sambil merampas mp4 Azlan dan mencampakkannya daripada kaki lima kelas 5 Mutiara.

" Mp4 aku!!!!!" jerit azlan sambil dia cuba menyelamatkan mp4nya daripada jatuh ke tingkat bawah. Usahanya sia-sia kerana mp4 kesayangannya telah selamat mendarat di dataran sekolah setelah diterbangkan dari tingkat 3 bangunan.

" Kau!!!" matanya mencerlung ke arah gadis berbaju kuning itu sambil menyepak pintu kelas. Semua orang terkejut dan mendekati mereka. Pelajar-pelajar daripada kelas lain turut berpusu-pusu mengelilingi mereka. Nasib baik semua cikgu ada mesyuarat kalau tak memang mereka di bawa ke pengadilan sekolah.

" Oh maaflah ye. Kau yang tak nak simpan. Aku dah cakap siang-siang tadikan tapi nak buat macam mana dah ajal dia hari ni." ujar Husna dengan nada mengejek. Riak mukanya menunjukkan kemenangan miliknya.

Semua rakan-rakan mereka bertanya tetapi tiada jawapan yang diberikan. Bob dan Kamal menyuruh mereka memasuki kelas masing-masing. Beberapa pelajar bersurai tetapi masih ada lagi yang menantikan perkembangan tragedi tadi.

Azlan mendengus . Dia segera berlari ke bawah untuk mendapatkan mp4nya. Syafiq, Bob, Kamal dan Razif mengikutinya daripada belakang.

"Una, tak baik awak buat macam tu." Tegur Suraya selepas Husna duduk di kerusinya. Suasana dalam kelas 5 Mutiara masih hingar. Masing-masing masih berbincang tentang pergaduhan Husna dan Azlan. Terdapat beberapa pelajar yang meninjau-ninjau Azlan dan rakan-rakannya dari kaki lima.

" Buat macam tu? Macam mana? Husna sengaja berbasa-basi. Dia membuka buku latihan matematik dan menyiapkannya latihan yang tergendala.

"Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ye cik Husna ni." Luah Maria sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas buku matematik Husna.

"Amboi-amboi berpantun pulak cik kak sorang ni. Kita nak buat matematik bukan nak buat karangan lah. Yaya, Su, jangan kacau boleh tak." Ujar Husna sambil mengangkat tangan Maria yang menganggu kerjanya.

"Una, kita orang serius. Boleh tak awak serius. Kenapa awak campak mp4 tu? Tak boleh ke awak berdiplomasi sikit. Kesian Lan." Suraya cuba menyedarkan sahabatnya.

"Kesian boleh jalanlah. Berdiplomasi? Dengan pak cik toya tu? Sory!! Tak ada maknanya. Peraturan tetap peraturan. Una cuma jalankan tanggungjawab je. Dahlah korang. Malaslah nak gaduh. Jom kita buat latihan matematik sama-sama ye." Husna tersenyum sumbing kepada kedua-dua kawan baiknya. Maria dan Suraya hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka. Husna,husna bilalah nak berubah.

#

Lan memandang sayu mp4nya yang berkecai. Kalau dia tidak membawa mp4nya ke sekolah pasti semua ni tak jadi macam ni.

"Lan, tenang tau, bro." Kamal mengusap-ngusap belakang badan Azlan.

" Perempuan tu memang nak kena. Ish, mendidihnya kepala aku ni." Bob membebel-bebel tanda tak berpuas hati dengan perbuatan Husna. Tak habis-habis menyakitkan hati mereka berlima.

"Argh!!!" jeritan kecil kedengaran. Azlan menumbuk sepenuh tenaga permukaan jalan tar. Kemudian dia berlari meninggalkan kawan-kawannya.

"Lan!!" Razif menjerit. Bob dan Kamal yang membebel terkejut. Mereka ingin mengejar Azlan tetapi dihalang oleh Syafiq.

Syafiq mengorak langkah ke destinasi yang biasanya dituju oleh Azlan jika dihambat kedukaan. Padang sekolah. Itulah tempat Azlan menenangkan jiwanya yang kacau.Bukan pertama kali Husna menyakitkan hati kawan baiknya itu tetapi dah berkali-kali.

Kelihatan Azlan berbaring memandang ke langit biru. Tangannya menggenggam kemas mp4 kesayangannya itu. Biarpun mp4 itu telah hancur tetapi ianya masih bernilai. Itulah satu-satunya hadiah hari lahir pemberian arwah abahnya. Mp4 itu jugalah yang digunakan oleh dia dan kawan-kawannya untuk berlatih menyanyi. Dia menang pertandingan menyanyi peringkat negeri juga kerana mp4 itu. Mp4 itu banyak berjasa kepadanya tapi perempuan tu. Sakitnya menusuk-nusuk jiwa Azlan. Kalau ikutkan hati Azlan, mahu sahaja dia menampar gadis itu tapi akalnya masih waras.

"Assalamualaikum. Join sekaki boleh?" Syafiq bersuara sebelum dia berbaring di sebelah Azlan. Dia memejamkan mata untuk tidur seketika. Aik syafiq ni ambil kesempatan pula.

"Walaikumussalam." Azlan tetap menjawab salam Syafiq walaupun hatinya masih sakit. Dia tahu menjawab salam tu hukumnya wajib dan dia tak kan pernah lupa seumur hidupnya.

Syafiq membiarkan sahabat baiknya itu menenangkan fikiran. Dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah, jiwa Azlan kembali tenang setenang air di kolam. Subhanallah, Indahnya alam ciptaan Allah. Dia bukanlah budak lemah yang akan menangis dan meraung dan dia bukanlah budak bodoh yang akan mengamuk menghabis tenaga.

" Jom solat Dhuha." Azlan bangun sambil mengajak Syafiq solat dhuha di surau sekolah.

Syafiq masih berbaring. Dia mencelikkan mata dan tersenyum-senyum memandang ke langit. Azlan tahu Syafiq menggelakkannya. Dia membaling seketul batu ke arah Syafiq.

"Aduh! Amboi main kasar nampak. Tangan kau tu belum sembuh tau. Nanti tak pasal-pasal lembam kat tempat lain pulak." Gertak Syafiq kemudian mengejar Azlan. Mereka berdua main geletek-geletek dan beriringin ke surau.

Azlan masih mengingati pesan arwah abahnya. " Lan, nabi Muhammad mewasiatkan kita mengerjakan solat Dhuha. Jadi abah nak anak abah rajin-rajin solat Dhuha, ye nak."

#

"Korang nak apa ni? aku nak balik ostel ni. tepilah." Marah Husna ke arah Bob dan Razif .

" Ewah-ewah. Zif kau tengok minah ni. kurang asam jawa betul." Bob bersuara sambil buat mimik muka menyampah.

" japlah. Kita orang nak buat perhitungan dengan kau." Razif cuba mengawal keadaan melihatkan muka Husna yang dah macam singa. Almaklumlah balik ke asrama adalah benda yang paling best sekali setelah penat seharian berada di sekolah.

" Cakaplah. 5 minit je. Aku sibuk ni." Husna berhenti di bawah pokok kelapa. Kawan-kawannya yang lain berpusu-pusu pulang daripada kelas.

" Sibuk ke menyibuk." Perli Bob.Husna ingin membalas tetapi dihalang Razif.

" Kau pengawas, aku pengawas. Aku tahu kawan aku buat salah tapi kau lagi bersalah sebab campak mp4 dia. Kita orang dah minta izin cikgu Jamal bawa benda tu jadi kita orang tak langgar peraturan. Kau tak belajar sivik ke? Cubalah sekali kau beradab. Apa salahnya." Luah Razif dengan nada lembut. Bob pula buat muka menyampah.

" Kami nak kau minta maaf kat Lan. Benda tu nyawa dia tau tak." Bob menambah.

" Minta maaf dengan pak cik toya tu? Kirim salam jelah. Ok time up." jawab Husna kemudian dia ingin mengorak langkah untuk meninggalkan mereka berdua.

" Kalau kau tak nak minta maaf, fail ni aku bakar. Nanti cikgu Amran mesti salahkan kau sebab hilangkan dokumen penting. Kau nak mana satu?" ugut Bob. Azlan hanya jadi pemerhati.

" Kau!!!" Husna mati akal.

" Bob, Zif! Lepaskan dia."jerit Azlan sambil berjalan mendekati mereka bertiga. Syafiq dan Kamal juga mendekati mereka.

" Bagi balik kat dia." Arah Azlan. Bob menyerahkan kembali fail kepada Husna. Husna mengucapkan terima kasih kepada Azlan.

" Kau jangan ingat aku akan tolong orang yang aniaya aku. Aku Cuma tak nak kawan-kawan aku kena marah dengan cikgu je. Baik kau bla sebelum aku ubah pendirian." Azlan bersuara dengan memandang tajam ke dalam mata Husna. Husna mendengus dan berlalu meninggalkan mereka berlima. Hatinya sakit namun dia malas nak menyemarakkan api yang tengah membara.

#

" Korang ni pekak ke badak? Tak dengar loceng dahmengaum ke? Tak kan nak suruh dayang-dayang menjemput kot." Perli Husna sinis.

" Wah,wah sedapnya berkata-kata. Mulut cik pengawas tak ada insuran ke? Kalau macam tu biar kita orang tolong insurankan ye. " perli Syafiq diiringi gelak tawa kawan-kawannya. Azlan masih membisu. Dia asyik dengan gitarnya.

" Korang nikan. Menyakitkan hati je. Tak boleh ke korang ikut peraturan sikit." Marah Husna.

" Cik kak tak nampak kita orang tengah berlatih ke? Esok Merak ada pertandingan jadi dipersilakan beredar. " Bob berdiri sambil mengunjukkan tangannya mempersilakan Husna pergi. Merak adalah nama kumpulan mereka berlima.

" Korang jangan nak poyo boleh tak. Ingat hebat sangat ke?Nyanyi pun macam katak panggil hujan. " ejek Husna sambil buat muka berlagak. Dia menyusun langkah untuk beredar tetapi…

" Wahai dayangku, memang kita orang sengaja tunggu dayang panggil. Dayangku nak pergi mana? Tunggulah tengku-tengku berangkat. Kawan- kawan jom kita masuk kelas. Kesian dayang kita ni. letih dia menjemput." Suara Azlan sambil memetik gitarnya. Dia meninggalkan Husna diikuti rakan-rakannya dengan gelak tawa.

" Argh!! Geramnya. Pak cik toya. Tak guna. Tak hingin aku jadi dayang korang. Argh. Bencinya."jerit Husna ke arah mereka. Pennya dicampak tanpa hala tuju. Dia geram dipermainkan mereka berlima.

#


5 tahun kemudian

Lagu Luahan Rindu nyanyian Devotees kedengaran bergema dalam dewan yang serba indah itu dinyanyikan oleh kumpulan Merak.

'terkenang masa dahulu, memori silamku, kisah persahabatan. Dengarkanlah lagu ini ku ciptakan untukmu moga dirimu terhibur. Kenangan dahulu mendewasakan ku, mengajar ku erti kehidupan…'

Setelah lima tahun akhirnya reunion diatur bagi mempertemukan kembali mereka. Ada yang sudah bersuami dan mempunyai anak.Mereka semua nampak matang dan berkaliber. Masing-masing sibuk bercerita kisah suka dan duka setelah 5 tahun terpisah.

Masing- masing terhibur dengan nyanyian kumpulan Merak. Sekarang mereka berlima masih aktif menyanyi walaupun mempunyai profesion berbeza. Azlan selaku vokalis sudah bergelar ustaz. Selain itu dia juga membuka kelas belajar agama dan muzik.

Azlan menyanyikan lagu kedua iaitu lagu Ku harap, Nowseeheart.

'Ku harap, Kau cuba memahami luahan hati ini, yang ingin dicintai. Ku harap, kau dapat menghayati, sentuhan jiwa ini, yang ingin disayangi. Tiada balasan yang ada hanyalah alasan. Tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan. Di manakah kejujuran, Dimanakah ketulusan, Dimanakah keikhlasan. Dimanakah Kejujuran. Kerana tuhan hanya mahukan kejujuran, keikhlasan cinta….'

Semua orang terkejut melihatkan Azlan menuruni pentas dan menyanyi di hadapan Husna. Husna terpaku.

"Lagu tadi saya tujukan khas buat seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Pada malam ini, di hadapan semua kawan-kawan, saya ingin melamarnya menjadi teman hidup saya." Azlan bersuara sedang matanya tak berkalih daripada memandang Husna. Husna tak keruan. Dia kalah dengan pandangan mata Azlan. Dia bangun untuk keluar daripada dewan. Semua orang dalam dewan menjerit-jerit bertanya siapakah gadis yang bertuah itu.

"Husna Wardina, sudikah awak menjadi bidadari dalam hidup saya. Sehidup semati dengan saya selamanya." Lamar Azlan sambil memetik gitar di tangannya. Semua dewan tergamam dengan lamaran Azlan. Mereka semua tidak menyangka Azlan akan melamar Husna sedangkan mereka bagaikan kucing dengan anjing.

Husna terkelu. Dia terkejut dengan pengakuan jujur Azlan. Masakan Azlan menyukai dirinya yang selalu menyakitkan hatinya. Mereka juga tidak pernah bersua selepas habis SPM. Semua ni gurauan Azlan untuk membalas dendam kepadanya. Husna malu. Dia mengorak langkah ingin segera pergi.

Semua orang menghalang Husna daripada pergi. Mereka semua menyuruh Husna menerima lamaran Azlan. Suraya dan Maria mendekati kawan baiknya itu. Mereka cuba menenangkan perasaan Husna.

Sedang suasana gamat tiba-tiba kedengaran lagu mahar cinta Devotees dinyanyikan Azlan.

'Andainya dapat engkau mendengarkan suara di hatiku melagukan rindu. Kiranya engkau dapat mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terucap. Kasih dirimu. Harapan kasih. Di sudut hatiku. Hanyalah untukmu. Husna Wardina saya betul-betul ikhlas melamar awak." Semua orang bertepuk tangan. Azlan menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Husna tetapi Husna hanya memandangnya. Mutiara jernih sudah membasahi pipi gebunya.

" Tolong jangan mainkan perasaan saya. Saya merayu pada awak. Kalau awak rasa awak menang. Ya saya akui awak dah menang." Husna bersuara sambil memandang ke lantai. Satu dewan senyap mendengarkan luahan Husna. Azlan terkejut. Bukan itu yang dia harapkan.

" Awak silap Una. Saya serius dalam berkata-kata. Cubalah awak faham." Azlan masih tak berputus asa.

" Faham? Nak faham apa? Awak nak saya faham yang logik seseorang melamar orang yang selalu menyakitkan hati dia. Logik ke? Kita tak pernah bercinta. Kita musuh. Awak tahu tak." Husna meluahkan semua yang terbuku di hatinya. Dia sudah tidak tahan dipermainkan Azlan. Hatinya sakit. Dia baru sahaja putus cinta kini dia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Suraya mengusap-usap bahu kawannya. Dia tahu Husna tertekan.

" Cinta tu tak semestinya dilafazkan dan diumumkan, Una. Cinta tu fitrah. Kerana cinta, Lan berani melamar Una. Cinta Lan ikhlas bersaksikan Allah."

"Sejak bila kau suka aku? Sejak aku sakitkan hati kau? Atau sejak kau berhasrat memusnahkan hidup aku. Tolonglah Lan. Jangan malukan aku macam ni." Husna merayu meminta simpati. Ganti nama sudah bertukar kerana dia cukup geram.

"Sejak Lan nampak Una tolong mak cik buta melintas jalan. Una ingat tak peristiwa tu? Sejak tu hati Lan terpaut pada Una. Lan selalu berdoa moga jodoh kita berjodoh."

" Terima kasih nak tolong makcik." Husna mencium tangan mak cik buta itu sebelum menghayunkan langkah ke kedai makan Rasa Sedap.

"Nape lambat? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke daripada tunggu kau macam tak betul?marah Azlan setelah 10 minit baru kelibat Husna muncul.

" Baru sepuluh minit takkan kau dah rindu kat aku kot." Husna tersenyum sambil menghirup air di hadapannya.

" Woi!!" jerit Azlan.

" Pak cik betullah. Kau pehal jerit-jerit ni. Nak jadi tarzan dalam hutan ye. Bingit telinga aku. Malu tau tak." Rungut Husna. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

" kau tulah main minum je air tu. Entah aku bubuh racun ke kau tak takut ke? Lain kali tanya dulu. Nasib baik aku jejaka mulia. Kalau kau jumpa mafia habis kau kena baham." Husna terkedu mendengarkan bebelan Azlan yang berasas tu. Memang salah dia tapi jangan risau dia dah baca doa-doa sikit sebelum minum. Manalah tahu Azlan nak sihirkan dia ke. Apa orang kata, Sediakan payung sebelum hujan gitu.

" Ok, aku salah. Relaks lah pak cik. Aku dah buat persediaan . Kau ni pun bukan boleh percaya sangat. Baiklah, balik pada motif utama. Sempena seminggu lagi nak SPM ni, aku dengan berbesar hatinya nak minta maaf kat kau. Aku tak naklah gagal SPM sebab kau makan dalam dengan aku. 0-0 ye." Husna menyusun kata. Inilah pertama kali nadanya nampak lembut walaupun isi kata-katanya tetap pedas.

"Wah, wah senang je kau nak 0-0 ye. Kalau aku tak nak maafkan kau macam mana?" Azlan sengaja main tarik tali. Senyuman sumbing dihadiahkan buat Husna.

" Kalau kau tak nak maafkan,terpulanglah. Aku nak buat macam mana. Oklah aku balik dulu." Husna nak beredar. Dia malas merayu-rayu kepada lelaki di hadapannya. Padanya dia dah minta maaf. Cukup.

" Wei, sejuk perut ibu mengandung. 0-0." Azlan mengalah. Mukanya kelihatan serius. Langkah Husna terbantut.

" Sejuk perut ibu mengandung?" Husna meminta kepastian? Dia kebingungan.

" Aku nampak kau tolong mak cik buta melintas tadi. Baguslah. Sejuk perut ibu yang melahirkan kau. Disebabkan kau baik hari ni jadi aku maafkan semua kesalahan kau tapi." Azlan bersuara. Kedengaran macho. Husna tersenyum tapi mencebikkan bibir mendengarkan perkataan tapi dari mulut Azlan.

" Kau kena ganti mp4 aku dan tak cakap kasar-kasar lagi. Mesti bersopan . Kau kan perempuan." Azlan bersuara sambil menghirup air milo ais yang masih bersisa. Husna tersedak. Ish mamat ni terlebih sudah.

" Opps lupa plak . Aku dah beli mp4 kau. Nah. Jaga elok-elok. Aku suka mp4 ni." Husna menghulurkan mp4 yang sudah lama dibelinya.

" Aku ada masukkan beberapa lagu. Maaf aku tak tahu lagu apa dalam mp4 kau sebelum ni. Yelah, insyaAllah lepas ni aku jadi gadis sopan ye Ustaz Azlan."

#

" Kerana doa Una kini Lan dah jadi Ustaz Azlan. Mp4 Lan hanya dihadiahkan oleh orang istimewa dan Una adalah orangnya. Lan harap Una terima cinta Lan. Tapi kalau Una tolak Lan redha. Hati tu kepunyaan Una dan Lan tak akan paksa Una serahkan andai Una tak nak. Lan serahkan sepenuhnya kepada Allah." Azlan menanti penuh kesabaran. Dadanya berdebar-debar.

Husna menyambut jambangan bunga ros merah tanda dia menerima lamaran Azlan. Manik-manik jernih tanda kegembiraan laju mengalir di pipi Husna. Semua yang sedari tadi diam bersorak dan bertepuk tangan. Kawan-kawan Azlan memainkan alat muzik masing-masing. Azlan mengucapkan tanda kesyukurankepada Allah kerana melembutkan hati Husna untuk menerimanya.

" …. Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan. Bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji.." Azlan menghabiskan lagu mahar cinta sebagai tanda cinta mereka. Sebentuk cincin diberikan kepada Husna. Husna mengambil cincin indah itu dan disarungkan di jari manisnya. Mesti sarung sendiri sebab tak boleh pegang. Haram. Maria dan Suraya memeluk Husna kegembiraan. Azlan memeluk kawan-kawannya.

Seminggu kemudian mereka mengikat tali pertunangan. Setelah 2 bulan Husna Wardina sah menjadi isteri kepada Azlan Iskandar. Indahnya cinta mereka. Mereka saling memahami hati budi masing-masing selepas berkahwin . Walaupun mereka bukan pasangan kekasih dan bercinta sakan sebelum berkahwin tetapi mereka juga bahagia melayari bahtera perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kepada Allah. . Kita berjodoh… tak akan lari gunung dikejar…

27.11.2010….(my bezday)

cerpen ni siap di hari bezday kita…. Alhamdulillah bersyukurlah dengan umur yang dikurniakan oleh Allah….




Khamis, 25 November 2010

ANGANKU….

Tengah kemas-kemas barang lama-lama kita pun terjumpa puisi ni…. dulu kte suke merepek tulis macam nie…. Kte tulis ni time kte darjah enam tau… Kte ngah tengok hoki nie.. aduhai malaysiaku…chayok2… jgn bagi Pakistan menang..ayoyo…. 12 minit ag….chayok2…. ish geramnye 2 panalti corner tuk Malaysia tapi gagal… alamk Pakistan dpt 3 panalti corner…..bhyenye……. relaks Malaysia……….. nsb bek penjaga gol. Ok Malaysia dpt satu lagi penalty…wat elok2 ea… aduh kalah lagi… sbr2….

Aku bukan seorang perdana menteri..

Tetapi aku seorang tuan puteri

Aku bukan tinggal di sebuah istana kayangan

Tetapi aku tinggal di sebuah mahligai..

Aku bukan anak kepada sultan..

Tetapi aku anak kepada nelayan..

Aku bukan tinggal dengan harapan..

Tetapi aku hanya tinggal dengan kenangan..

Aku bukan adik kepada mahluk asing..

Tetapi aku adik kepada gembala kambing..

Aku bukan kakak kepada seorang adik..

Tetapi aku kakak kepada tiga orang adik..


 

IBUKU ISTERI NELAYAN…

BUAT KRAFTANGAN..

MENAMPUNG KEWANGAN..

DAH LAMA JADI HARAPAN..

AKHIRNYA AKU SIMPAN JADI SANTAPAN..

Sabtu, 20 November 2010

Kita couple ke?

Boy :(aku suka kau), Girl: (kalau ada jodohlah), Boy: (nape kau cam tak suka aku?), Girl: (no couple k), Boy: (kita couple ke?), Girl: (tak!!!!!!), Boy: (relaks r...aku tau couple xdiredhai Allah..)...............................

Siri 7.............

" Siti, kenapa awak balik minggu lepas? Ada apa-apa masalah ke kat rumah?" Ain risau melihatkan kesunggulan wajah Siti.. Ye Siti sentiasa tersenyum tetapi naluri seorang kawan biasanya betul. Dia tahu Siti menyimpan rahsia yang agak berat.

"ha? Erm tak ada apa-apalah Ain. Jangan risau. Kan saya happy je ni. Saya saja balik sebab rindu kat family." Siti seakan terkejut dengan telahan Ain. Dia cuba menyembunyikan masalahnya. Kalau boleh biarlah dia seorang yang menanggungnya.

" Amboi-amboi anak manja ni. Setiap minggu nak balik. Ish mana Iesya ni. Lamanya kat dalam tandas. Dia membuang ke atau tolong mak cik cleaner bersihkan tandas." Ain sengaja membuat jenaka. Dia tidak mahu Siti berasa kurang selesa. Dia tidak memaksa andai sahabatnya belum sedia membuka bicara.

Mereka berdua tergelak di luar pintu tandas. Mereka malas menyibukkan diri di dalam kerana mak cik cleaner sedang menjalankan projek mega membersihkan tandas. Apa slogan tu 'kebersihan tandas tanggungjawab bersama'. Aik cik Batrisya ni dah setengah jam kat tandas. Tak kan dia betul-betul sahut slogan tu sampai tolong bersihkan tandas kot. ini tak boleh jadi ni. Bila nak start shoping macam ni. Datang je terus Batrisya nak berjumpa Encik Tan( nama gelaran tandas).

" Sory girls" Ain dah buat muka apabila mendengar suara lemak manis santan kelapa muda tu.

Siti pula tersenyum-senyum melihatkan mimik muka Ain.

" Aduhai tuan puteri berdua maafkan patik ye. Patik rasa patik diserang lanun cb(cirit birit) ni. Maaafkan patik ye." Aha tergelak besar mereka berdua mendengarkan penjelasan Batrisya. Ayoyo girls jangan buat kecoh kat mydin ni. Malu cheq...

Ain menggeletek perut Batrisya sedang Siti masih tergelak. Sekurang-kurangnya masalahnya boleh dilupakan bila bersama mereka berdua. Sedang mereka asyik bergurau tiba-tiba satu suara muncul dari arah bertentangan.

" Woi, korang ingat ni tempat apa ha? Kalau nak bergurau pergilah taman permainan bukan kat sini. Memalukan betul." Ya suara itu. Mereka kenal pemilik suara garau itu. Siapa lagi kalu bukan mamat haji bakhil aka pemurah. Ish membunuh kegembiraan betullah jejaka Malaya ni.

" Amboi-amboi, cikgu ni tak belajar sivik ke? Sesedap rasa je nak bubuh garam dalam masakan kami. Suka hati kamilah nak bergurau kat mana. Bukan masalah awak." Ish membara-bara kemarahan Ain. Nasib baiklah ini tempat umum. Amlulah kalau gaduh besar-besaran dahlah mereka bertiga pakai tudung bidang 60. Malu..malu...

"Ain dahlah tu.. jom.." ajak Siti. Dia tak suka melihat mata-mata liar yang sedang memandang mereka.

" Sebab aku cikgulah aku tegur korang tahu tak. Ustazah tapi perangai kalah kanak-kanak ribena. Ish dasar junior tak tahu hormat senior."

'Ish ini sudah lebih. Sampai hati pak cik ni.. sabar ustazah Ain. Duhai hati bersabarlah sayang'

Belum sempat Batrisya melawan kata-kata senior mereka tiba-tiba,

Ahad, 14 November 2010

balik kampung...owh owh...

Alhamdulillah setelah berjuang di medan peperiksaan akhirnya pekse untuk sem ni pun dah habis...seronoknye.. tapi hari ni badan kite kurng sihat ckt.. xkn sedih nak tinggalkan terengganu.. ayoyo tak mungkin... arini rase loya-loya je.. hope nt naik bas xdelah bdn kita buat perangai.. seriously kita xsuka naik bas.. mesti pening kepala n loya-loya tekak.. takutnya dah lah hari ni balik sorang... Ya Allah harap tak ada apa-apa... ok kita teringt pesan my lovely nenda.. beliau kata, kalau nak pergi jauh baca ayat 18 surah Al-Baqarah yang bermaksud: mereka tuli, bisu dan buta sehingga mereka tak dapat kembali... korang check r ye... nenda kata, insya Allah bila baca ni, perjalann tu dilindungi Allah... nenda kata, dulu time muda-muda dia selalu amalkan n alhamdulillah berhasil.... satu lagi ayat (bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'u' fil ardi wala fissamai wahuwassami'ul 'alim)..... yang bermaksud: Dengan nama Allah yang dengan Namanya akan terhalanglah, segala sesuatu yang di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui... ayat nie ada dalam zikir ma'thurat.. amalkan ye.. sangat bagus..InsyaAllah..... selamat pulang ke kampung n selamat Menyambut Hari raya Aidiladha... marilah kita sama-sama berkorban di hari yang Mulia ini.... berkorbanlah dari benda yang buruk kepada benda yang baik..daaaa...

Lesson todAY:
  1. Selamat Menyambut Hari Raya Qurban...
  2. jangan lupa mandi sunat pagi hari raya....
  3. selamat pulang ke kampung...
  4. tata negeri dalam air..jumpa lagi tahun depan..will miss u...
  5. ha balik rumah hati-hati.... ingatlah Allah sentiasa...
  6. sayangilah ibubapa kita sementara mereka masih hidup di dunia....
  7. harap-harap dalam bas tak loya..... hope so....

Ahad, 7 November 2010

Sejuk sejat negeri dalam air...

Bismillahirrahmanirrahim....kalau nak mulakan apa-apa jgn lupa kalimah mulia ni tau.. mesti as muslim.... ok skrg pukul 6.14 ptg dan cuaca sgt sejuk.. almklumlah negeri dlm air sedng monsoon timur laut.. negeri dalam air tu adlah nama baru negeri Terengganu..(kite reka sendiri) jgn marah ea.. lagi 7 hari kita dah boleh balik rumah. Petang-petang macam nie tak elok sangat study. Mana tau? Owh selalu kecik2 kte dengr cmtu.. tpi bgus jugk time nie xstudy bgus kalau excersice... apa pepatah arab kata السليم في الجسم السليم لعقلا mksudnya.. akal yang sihat datang daripada badan yang sihat.

Seperti kebiasaan, kita akan jadi pemerhati yang baik. kat mana? Tingkap bilik kesayangan kitalah jadi mangsanya. Bilik kita memang best.seriosly xtipu.... jujur, saya sayang bilik saya. Sayang nak tinggalkannya. Tapi duniakan. Will gone… Dari sini boleh nampak pohon yang menghijau, sebuah pondok kecil ditepi tanah perkuburan yang menginsafkan. Mula-mula macam seram sejuk je duk sini tapi last2 kita realize something.. Semua yang Allah tentukan pasti terkandung hikmah..

Ok, dengan tingkap nie, kita boleh hirup udara segar.. bilik saya sgt sejuk.. even bukan musim monsoon timur laut pun sejuknya hanya Allah yang tahu. Itulah kepentingan pokok yang Allah ciptakan. So kita kena bersyukur. Ni tak sesenang aty je nak tebang pokok sampai botak dunia.. hehe..

Ha bende yang kita selalu perhatikan selain pokok n kubur ialah pondok tu. Nape? Sebab ramai remaja suka melepak kat situ. Bagus juga diorang melepak kat situ daripada shoping complex sbb kalau nak wat dosa, terpandang kubur je jadi insaf. Ye ke? Kalau bukan 90% mungkin 50% betul. Moga-mogalah… pernah sekali kita Nampak diorang bersihkan sampah di tanah perkuburan. Ha kan mengisi masa lapang tu.. sejuk perut ibu mengandung…

Tapi kita pelik, petang nie sejuk sejat buat apa diorang kat situ.. baik duduk rumahkan. Kalau tido pun best. So kita rasa diorang bagus jadi daripada asyik tidur lebih baik dorang duduk kat pondok tu.. untung-untung boleh insaf tengok kubur. Betul tak? Melepak-melepak jugak tapi diorang akan pulang awal sebelum maghrib. Kenapa ek? Ha sebab takut kot.. hehe.. teka je..

Kenapa kita keluarkan en3 nie?

  1. Tengah sejuk sejat
  2. Tadi study so skrg penat.
  3. Rasa insaf pula bila teringt pemandangan tu
  4. Nak cakp bersyukurlah dengan semua yang anda ada.. ucaplah Alhamdulillah..
  5. Kalau nak melepak carilah tempat berfaedah..
  6. Study-study jugak tapi jgn lupa masyarakat sekeliling n release sikit tension ye..

Orang Islam itu adalah saudara kepada orang islam yang lain. (hadis Bukhari dan Muslim)..

Rabu, 3 November 2010

Ulum hadith

Assalamualaikum buat rakan-rakan seperjuangan... saat-saat akhir perjuangan di negeri dalam air (Terengganu). Cuaca yang sangat sejuk mcm kat Australia.. xyah g jauh2 kat sini pun dah sejuk.. Alhamdulillah inilah hikmah Penciptaan Allah.. 2 minggu lagi kte blh balik Selangor.. miss them very much... my little sister sangat becok... rindunya .....tapi ada lagi 2 paper yang kena hadapi. What that? Ada ulum hadis, qiraat, aqidah, resm uthmani, sirah dan akhlak... waduh takut sih..

Untuk dapatkan mood imtihan (exam) kte pun salin r nota.. jom kte study sama-sama baru ada semangat sikit.....

Ulum Hadith.... rujukan buku Dr Rosmawati Ali.

Ilmu mustolah hadith : suatu ilmu yang mengkaji tentang usul dan method bagi mengenal pasti sesuatu sanad atau matan dari aspek penerimaan dan penolakkannya.

Ilmu hadith : kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mengetahui dan menilai kedudukan perawi(sanad) dan lafaz (matan) hadith.

Ulama' hadith mengklasifikasikan hadith Rasulullah dari tinjauan ilmunya kepada 3 bahagian utama. :

  1. Hadith berdasarkan sifat perawi.
  2. Hadith berdasarkan sanad terakhir sebelum matan.
  3. Hadith berdasarkan jumlah perawi.

Hadith berdasarkan sifat perawi

Terbahagi kepada 2 iaitu maqbul dan mardud.

  1. Hadith maqbul ada 2 jenis iaitu sahih (sahih lidzatih, sahih lighairih) dan hasan (hasan lidzatih, hasan lighairih)
  2. Hadis mardud :hadis da'if.

Hadis maqbul : boleh digunakan sebagai hujah.

Hadis mardud :hadis yang tidak kuat dan tidak mantap untuk digunakan sebagai hujah.


 

Hukum beramal dengan hadith sahih ialah wajib. Orang pertama yang berusaha menyusun hadis-hadis sahih ialah imam Bukhari dan diikuti Imam Muslim dalam kitab mereka yang bernama Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Cukuplah study untuk hari ni.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. korang study smart jgn study hard.. keberkatan ilmu datang bila korang semakin dekat dengan Allah.. tapi jika korang semakin jauh dengan Allah..jaga-jaga.. maybe korang belum cukup faham... belajarlah sesuatu ilmu yang menyebabkan korang semakin dekat dengan Pencipta. Ilmu datang pada hati orang-orang yang merendahkan dirinya semata-mata kasih kepada Allah.. ilmu tak masuk ke dalam hati orang-orang yang sombong... islam itu indah...mengajar kepada keindahan...:)