Jumaat, 26 November 2010

Seronokkan bila dah siap.

Memang seronok bila siap jugak cerpen birthday ni… walaupun biasa je kira oklah untuk mengisi masa lapangkan.. ok kita tak hebat menulis sebab kita bukan aliran sastera. But im happy… buatlah apa yang anda suka pasti anda happy…

Kita berjodoh??? Tipu..

" Wah-wah kalau rasa tak nak simpan boleh buang." Luah Husna sambil merampas mp4 Azlan dan mencampakkannya daripada kaki lima kelas 5 Mutiara.

" Mp4 aku!!!!!" jerit azlan sambil dia cuba menyelamatkan mp4nya daripada jatuh ke tingkat bawah. Usahanya sia-sia kerana mp4 kesayangannya telah selamat mendarat di dataran sekolah setelah diterbangkan dari tingkat 3 bangunan.

" Kau!!!" matanya mencerlung ke arah gadis berbaju kuning itu sambil menyepak pintu kelas. Semua orang terkejut dan mendekati mereka. Pelajar-pelajar daripada kelas lain turut berpusu-pusu mengelilingi mereka. Nasib baik semua cikgu ada mesyuarat kalau tak memang mereka di bawa ke pengadilan sekolah.

" Oh maaflah ye. Kau yang tak nak simpan. Aku dah cakap siang-siang tadikan tapi nak buat macam mana dah ajal dia hari ni." ujar Husna dengan nada mengejek. Riak mukanya menunjukkan kemenangan miliknya.

Semua rakan-rakan mereka bertanya tetapi tiada jawapan yang diberikan. Bob dan Kamal menyuruh mereka memasuki kelas masing-masing. Beberapa pelajar bersurai tetapi masih ada lagi yang menantikan perkembangan tragedi tadi.

Azlan mendengus . Dia segera berlari ke bawah untuk mendapatkan mp4nya. Syafiq, Bob, Kamal dan Razif mengikutinya daripada belakang.

"Una, tak baik awak buat macam tu." Tegur Suraya selepas Husna duduk di kerusinya. Suasana dalam kelas 5 Mutiara masih hingar. Masing-masing masih berbincang tentang pergaduhan Husna dan Azlan. Terdapat beberapa pelajar yang meninjau-ninjau Azlan dan rakan-rakannya dari kaki lima.

" Buat macam tu? Macam mana? Husna sengaja berbasa-basi. Dia membuka buku latihan matematik dan menyiapkannya latihan yang tergendala.

"Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ye cik Husna ni." Luah Maria sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas buku matematik Husna.

"Amboi-amboi berpantun pulak cik kak sorang ni. Kita nak buat matematik bukan nak buat karangan lah. Yaya, Su, jangan kacau boleh tak." Ujar Husna sambil mengangkat tangan Maria yang menganggu kerjanya.

"Una, kita orang serius. Boleh tak awak serius. Kenapa awak campak mp4 tu? Tak boleh ke awak berdiplomasi sikit. Kesian Lan." Suraya cuba menyedarkan sahabatnya.

"Kesian boleh jalanlah. Berdiplomasi? Dengan pak cik toya tu? Sory!! Tak ada maknanya. Peraturan tetap peraturan. Una cuma jalankan tanggungjawab je. Dahlah korang. Malaslah nak gaduh. Jom kita buat latihan matematik sama-sama ye." Husna tersenyum sumbing kepada kedua-dua kawan baiknya. Maria dan Suraya hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka. Husna,husna bilalah nak berubah.

#

Lan memandang sayu mp4nya yang berkecai. Kalau dia tidak membawa mp4nya ke sekolah pasti semua ni tak jadi macam ni.

"Lan, tenang tau, bro." Kamal mengusap-ngusap belakang badan Azlan.

" Perempuan tu memang nak kena. Ish, mendidihnya kepala aku ni." Bob membebel-bebel tanda tak berpuas hati dengan perbuatan Husna. Tak habis-habis menyakitkan hati mereka berlima.

"Argh!!!" jeritan kecil kedengaran. Azlan menumbuk sepenuh tenaga permukaan jalan tar. Kemudian dia berlari meninggalkan kawan-kawannya.

"Lan!!" Razif menjerit. Bob dan Kamal yang membebel terkejut. Mereka ingin mengejar Azlan tetapi dihalang oleh Syafiq.

Syafiq mengorak langkah ke destinasi yang biasanya dituju oleh Azlan jika dihambat kedukaan. Padang sekolah. Itulah tempat Azlan menenangkan jiwanya yang kacau.Bukan pertama kali Husna menyakitkan hati kawan baiknya itu tetapi dah berkali-kali.

Kelihatan Azlan berbaring memandang ke langit biru. Tangannya menggenggam kemas mp4 kesayangannya itu. Biarpun mp4 itu telah hancur tetapi ianya masih bernilai. Itulah satu-satunya hadiah hari lahir pemberian arwah abahnya. Mp4 itu jugalah yang digunakan oleh dia dan kawan-kawannya untuk berlatih menyanyi. Dia menang pertandingan menyanyi peringkat negeri juga kerana mp4 itu. Mp4 itu banyak berjasa kepadanya tapi perempuan tu. Sakitnya menusuk-nusuk jiwa Azlan. Kalau ikutkan hati Azlan, mahu sahaja dia menampar gadis itu tapi akalnya masih waras.

"Assalamualaikum. Join sekaki boleh?" Syafiq bersuara sebelum dia berbaring di sebelah Azlan. Dia memejamkan mata untuk tidur seketika. Aik syafiq ni ambil kesempatan pula.

"Walaikumussalam." Azlan tetap menjawab salam Syafiq walaupun hatinya masih sakit. Dia tahu menjawab salam tu hukumnya wajib dan dia tak kan pernah lupa seumur hidupnya.

Syafiq membiarkan sahabat baiknya itu menenangkan fikiran. Dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah, jiwa Azlan kembali tenang setenang air di kolam. Subhanallah, Indahnya alam ciptaan Allah. Dia bukanlah budak lemah yang akan menangis dan meraung dan dia bukanlah budak bodoh yang akan mengamuk menghabis tenaga.

" Jom solat Dhuha." Azlan bangun sambil mengajak Syafiq solat dhuha di surau sekolah.

Syafiq masih berbaring. Dia mencelikkan mata dan tersenyum-senyum memandang ke langit. Azlan tahu Syafiq menggelakkannya. Dia membaling seketul batu ke arah Syafiq.

"Aduh! Amboi main kasar nampak. Tangan kau tu belum sembuh tau. Nanti tak pasal-pasal lembam kat tempat lain pulak." Gertak Syafiq kemudian mengejar Azlan. Mereka berdua main geletek-geletek dan beriringin ke surau.

Azlan masih mengingati pesan arwah abahnya. " Lan, nabi Muhammad mewasiatkan kita mengerjakan solat Dhuha. Jadi abah nak anak abah rajin-rajin solat Dhuha, ye nak."

#

"Korang nak apa ni? aku nak balik ostel ni. tepilah." Marah Husna ke arah Bob dan Razif .

" Ewah-ewah. Zif kau tengok minah ni. kurang asam jawa betul." Bob bersuara sambil buat mimik muka menyampah.

" japlah. Kita orang nak buat perhitungan dengan kau." Razif cuba mengawal keadaan melihatkan muka Husna yang dah macam singa. Almaklumlah balik ke asrama adalah benda yang paling best sekali setelah penat seharian berada di sekolah.

" Cakaplah. 5 minit je. Aku sibuk ni." Husna berhenti di bawah pokok kelapa. Kawan-kawannya yang lain berpusu-pusu pulang daripada kelas.

" Sibuk ke menyibuk." Perli Bob.Husna ingin membalas tetapi dihalang Razif.

" Kau pengawas, aku pengawas. Aku tahu kawan aku buat salah tapi kau lagi bersalah sebab campak mp4 dia. Kita orang dah minta izin cikgu Jamal bawa benda tu jadi kita orang tak langgar peraturan. Kau tak belajar sivik ke? Cubalah sekali kau beradab. Apa salahnya." Luah Razif dengan nada lembut. Bob pula buat muka menyampah.

" Kami nak kau minta maaf kat Lan. Benda tu nyawa dia tau tak." Bob menambah.

" Minta maaf dengan pak cik toya tu? Kirim salam jelah. Ok time up." jawab Husna kemudian dia ingin mengorak langkah untuk meninggalkan mereka berdua.

" Kalau kau tak nak minta maaf, fail ni aku bakar. Nanti cikgu Amran mesti salahkan kau sebab hilangkan dokumen penting. Kau nak mana satu?" ugut Bob. Azlan hanya jadi pemerhati.

" Kau!!!" Husna mati akal.

" Bob, Zif! Lepaskan dia."jerit Azlan sambil berjalan mendekati mereka bertiga. Syafiq dan Kamal juga mendekati mereka.

" Bagi balik kat dia." Arah Azlan. Bob menyerahkan kembali fail kepada Husna. Husna mengucapkan terima kasih kepada Azlan.

" Kau jangan ingat aku akan tolong orang yang aniaya aku. Aku Cuma tak nak kawan-kawan aku kena marah dengan cikgu je. Baik kau bla sebelum aku ubah pendirian." Azlan bersuara dengan memandang tajam ke dalam mata Husna. Husna mendengus dan berlalu meninggalkan mereka berlima. Hatinya sakit namun dia malas nak menyemarakkan api yang tengah membara.

#

" Korang ni pekak ke badak? Tak dengar loceng dahmengaum ke? Tak kan nak suruh dayang-dayang menjemput kot." Perli Husna sinis.

" Wah,wah sedapnya berkata-kata. Mulut cik pengawas tak ada insuran ke? Kalau macam tu biar kita orang tolong insurankan ye. " perli Syafiq diiringi gelak tawa kawan-kawannya. Azlan masih membisu. Dia asyik dengan gitarnya.

" Korang nikan. Menyakitkan hati je. Tak boleh ke korang ikut peraturan sikit." Marah Husna.

" Cik kak tak nampak kita orang tengah berlatih ke? Esok Merak ada pertandingan jadi dipersilakan beredar. " Bob berdiri sambil mengunjukkan tangannya mempersilakan Husna pergi. Merak adalah nama kumpulan mereka berlima.

" Korang jangan nak poyo boleh tak. Ingat hebat sangat ke?Nyanyi pun macam katak panggil hujan. " ejek Husna sambil buat muka berlagak. Dia menyusun langkah untuk beredar tetapi…

" Wahai dayangku, memang kita orang sengaja tunggu dayang panggil. Dayangku nak pergi mana? Tunggulah tengku-tengku berangkat. Kawan- kawan jom kita masuk kelas. Kesian dayang kita ni. letih dia menjemput." Suara Azlan sambil memetik gitarnya. Dia meninggalkan Husna diikuti rakan-rakannya dengan gelak tawa.

" Argh!! Geramnya. Pak cik toya. Tak guna. Tak hingin aku jadi dayang korang. Argh. Bencinya."jerit Husna ke arah mereka. Pennya dicampak tanpa hala tuju. Dia geram dipermainkan mereka berlima.

#


5 tahun kemudian

Lagu Luahan Rindu nyanyian Devotees kedengaran bergema dalam dewan yang serba indah itu dinyanyikan oleh kumpulan Merak.

'terkenang masa dahulu, memori silamku, kisah persahabatan. Dengarkanlah lagu ini ku ciptakan untukmu moga dirimu terhibur. Kenangan dahulu mendewasakan ku, mengajar ku erti kehidupan…'

Setelah lima tahun akhirnya reunion diatur bagi mempertemukan kembali mereka. Ada yang sudah bersuami dan mempunyai anak.Mereka semua nampak matang dan berkaliber. Masing-masing sibuk bercerita kisah suka dan duka setelah 5 tahun terpisah.

Masing- masing terhibur dengan nyanyian kumpulan Merak. Sekarang mereka berlima masih aktif menyanyi walaupun mempunyai profesion berbeza. Azlan selaku vokalis sudah bergelar ustaz. Selain itu dia juga membuka kelas belajar agama dan muzik.

Azlan menyanyikan lagu kedua iaitu lagu Ku harap, Nowseeheart.

'Ku harap, Kau cuba memahami luahan hati ini, yang ingin dicintai. Ku harap, kau dapat menghayati, sentuhan jiwa ini, yang ingin disayangi. Tiada balasan yang ada hanyalah alasan. Tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan. Di manakah kejujuran, Dimanakah ketulusan, Dimanakah keikhlasan. Dimanakah Kejujuran. Kerana tuhan hanya mahukan kejujuran, keikhlasan cinta….'

Semua orang terkejut melihatkan Azlan menuruni pentas dan menyanyi di hadapan Husna. Husna terpaku.

"Lagu tadi saya tujukan khas buat seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Pada malam ini, di hadapan semua kawan-kawan, saya ingin melamarnya menjadi teman hidup saya." Azlan bersuara sedang matanya tak berkalih daripada memandang Husna. Husna tak keruan. Dia kalah dengan pandangan mata Azlan. Dia bangun untuk keluar daripada dewan. Semua orang dalam dewan menjerit-jerit bertanya siapakah gadis yang bertuah itu.

"Husna Wardina, sudikah awak menjadi bidadari dalam hidup saya. Sehidup semati dengan saya selamanya." Lamar Azlan sambil memetik gitar di tangannya. Semua dewan tergamam dengan lamaran Azlan. Mereka semua tidak menyangka Azlan akan melamar Husna sedangkan mereka bagaikan kucing dengan anjing.

Husna terkelu. Dia terkejut dengan pengakuan jujur Azlan. Masakan Azlan menyukai dirinya yang selalu menyakitkan hatinya. Mereka juga tidak pernah bersua selepas habis SPM. Semua ni gurauan Azlan untuk membalas dendam kepadanya. Husna malu. Dia mengorak langkah ingin segera pergi.

Semua orang menghalang Husna daripada pergi. Mereka semua menyuruh Husna menerima lamaran Azlan. Suraya dan Maria mendekati kawan baiknya itu. Mereka cuba menenangkan perasaan Husna.

Sedang suasana gamat tiba-tiba kedengaran lagu mahar cinta Devotees dinyanyikan Azlan.

'Andainya dapat engkau mendengarkan suara di hatiku melagukan rindu. Kiranya engkau dapat mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terucap. Kasih dirimu. Harapan kasih. Di sudut hatiku. Hanyalah untukmu. Husna Wardina saya betul-betul ikhlas melamar awak." Semua orang bertepuk tangan. Azlan menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Husna tetapi Husna hanya memandangnya. Mutiara jernih sudah membasahi pipi gebunya.

" Tolong jangan mainkan perasaan saya. Saya merayu pada awak. Kalau awak rasa awak menang. Ya saya akui awak dah menang." Husna bersuara sambil memandang ke lantai. Satu dewan senyap mendengarkan luahan Husna. Azlan terkejut. Bukan itu yang dia harapkan.

" Awak silap Una. Saya serius dalam berkata-kata. Cubalah awak faham." Azlan masih tak berputus asa.

" Faham? Nak faham apa? Awak nak saya faham yang logik seseorang melamar orang yang selalu menyakitkan hati dia. Logik ke? Kita tak pernah bercinta. Kita musuh. Awak tahu tak." Husna meluahkan semua yang terbuku di hatinya. Dia sudah tidak tahan dipermainkan Azlan. Hatinya sakit. Dia baru sahaja putus cinta kini dia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Suraya mengusap-usap bahu kawannya. Dia tahu Husna tertekan.

" Cinta tu tak semestinya dilafazkan dan diumumkan, Una. Cinta tu fitrah. Kerana cinta, Lan berani melamar Una. Cinta Lan ikhlas bersaksikan Allah."

"Sejak bila kau suka aku? Sejak aku sakitkan hati kau? Atau sejak kau berhasrat memusnahkan hidup aku. Tolonglah Lan. Jangan malukan aku macam ni." Husna merayu meminta simpati. Ganti nama sudah bertukar kerana dia cukup geram.

"Sejak Lan nampak Una tolong mak cik buta melintas jalan. Una ingat tak peristiwa tu? Sejak tu hati Lan terpaut pada Una. Lan selalu berdoa moga jodoh kita berjodoh."

" Terima kasih nak tolong makcik." Husna mencium tangan mak cik buta itu sebelum menghayunkan langkah ke kedai makan Rasa Sedap.

"Nape lambat? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke daripada tunggu kau macam tak betul?marah Azlan setelah 10 minit baru kelibat Husna muncul.

" Baru sepuluh minit takkan kau dah rindu kat aku kot." Husna tersenyum sambil menghirup air di hadapannya.

" Woi!!" jerit Azlan.

" Pak cik betullah. Kau pehal jerit-jerit ni. Nak jadi tarzan dalam hutan ye. Bingit telinga aku. Malu tau tak." Rungut Husna. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

" kau tulah main minum je air tu. Entah aku bubuh racun ke kau tak takut ke? Lain kali tanya dulu. Nasib baik aku jejaka mulia. Kalau kau jumpa mafia habis kau kena baham." Husna terkedu mendengarkan bebelan Azlan yang berasas tu. Memang salah dia tapi jangan risau dia dah baca doa-doa sikit sebelum minum. Manalah tahu Azlan nak sihirkan dia ke. Apa orang kata, Sediakan payung sebelum hujan gitu.

" Ok, aku salah. Relaks lah pak cik. Aku dah buat persediaan . Kau ni pun bukan boleh percaya sangat. Baiklah, balik pada motif utama. Sempena seminggu lagi nak SPM ni, aku dengan berbesar hatinya nak minta maaf kat kau. Aku tak naklah gagal SPM sebab kau makan dalam dengan aku. 0-0 ye." Husna menyusun kata. Inilah pertama kali nadanya nampak lembut walaupun isi kata-katanya tetap pedas.

"Wah, wah senang je kau nak 0-0 ye. Kalau aku tak nak maafkan kau macam mana?" Azlan sengaja main tarik tali. Senyuman sumbing dihadiahkan buat Husna.

" Kalau kau tak nak maafkan,terpulanglah. Aku nak buat macam mana. Oklah aku balik dulu." Husna nak beredar. Dia malas merayu-rayu kepada lelaki di hadapannya. Padanya dia dah minta maaf. Cukup.

" Wei, sejuk perut ibu mengandung. 0-0." Azlan mengalah. Mukanya kelihatan serius. Langkah Husna terbantut.

" Sejuk perut ibu mengandung?" Husna meminta kepastian? Dia kebingungan.

" Aku nampak kau tolong mak cik buta melintas tadi. Baguslah. Sejuk perut ibu yang melahirkan kau. Disebabkan kau baik hari ni jadi aku maafkan semua kesalahan kau tapi." Azlan bersuara. Kedengaran macho. Husna tersenyum tapi mencebikkan bibir mendengarkan perkataan tapi dari mulut Azlan.

" Kau kena ganti mp4 aku dan tak cakap kasar-kasar lagi. Mesti bersopan . Kau kan perempuan." Azlan bersuara sambil menghirup air milo ais yang masih bersisa. Husna tersedak. Ish mamat ni terlebih sudah.

" Opps lupa plak . Aku dah beli mp4 kau. Nah. Jaga elok-elok. Aku suka mp4 ni." Husna menghulurkan mp4 yang sudah lama dibelinya.

" Aku ada masukkan beberapa lagu. Maaf aku tak tahu lagu apa dalam mp4 kau sebelum ni. Yelah, insyaAllah lepas ni aku jadi gadis sopan ye Ustaz Azlan."

#

" Kerana doa Una kini Lan dah jadi Ustaz Azlan. Mp4 Lan hanya dihadiahkan oleh orang istimewa dan Una adalah orangnya. Lan harap Una terima cinta Lan. Tapi kalau Una tolak Lan redha. Hati tu kepunyaan Una dan Lan tak akan paksa Una serahkan andai Una tak nak. Lan serahkan sepenuhnya kepada Allah." Azlan menanti penuh kesabaran. Dadanya berdebar-debar.

Husna menyambut jambangan bunga ros merah tanda dia menerima lamaran Azlan. Manik-manik jernih tanda kegembiraan laju mengalir di pipi Husna. Semua yang sedari tadi diam bersorak dan bertepuk tangan. Kawan-kawan Azlan memainkan alat muzik masing-masing. Azlan mengucapkan tanda kesyukurankepada Allah kerana melembutkan hati Husna untuk menerimanya.

" …. Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan. Bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji.." Azlan menghabiskan lagu mahar cinta sebagai tanda cinta mereka. Sebentuk cincin diberikan kepada Husna. Husna mengambil cincin indah itu dan disarungkan di jari manisnya. Mesti sarung sendiri sebab tak boleh pegang. Haram. Maria dan Suraya memeluk Husna kegembiraan. Azlan memeluk kawan-kawannya.

Seminggu kemudian mereka mengikat tali pertunangan. Setelah 2 bulan Husna Wardina sah menjadi isteri kepada Azlan Iskandar. Indahnya cinta mereka. Mereka saling memahami hati budi masing-masing selepas berkahwin . Walaupun mereka bukan pasangan kekasih dan bercinta sakan sebelum berkahwin tetapi mereka juga bahagia melayari bahtera perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kepada Allah. . Kita berjodoh… tak akan lari gunung dikejar…

27.11.2010….(my bezday)

cerpen ni siap di hari bezday kita…. Alhamdulillah bersyukurlah dengan umur yang dikurniakan oleh Allah….




5 ulasan:

McYah berkata...

waaaah! kali jie una plak yang jadi heroin! waaaaa!

Tanpa Nama berkata...

ble nk publish novel..hihi

fatin safi berkata...

ukti mardiah: hehe... thanks bce.. ye r ari tu de Qaseh mardiah so skrg husna wardina plak... mardiah coment r ckt...bab2 y teruk leh kte baiki...

fahmy: ish mr engineer nie... kte xpkr r nk publish... tp kte dh antr nie kt penulisn 2u.. kalu diterime leh publish online.. doakn ye... xdpt jd doc jd penulis pun blh...

Tanpa Nama berkata...

Hihi..pndi ye mengarang..ak de gak mengarang..tp bru stu ayat..hehe

fatinsafi berkata...

fahmy.... stu ayt? blh r nt cikgu cek ye... hehe... eh dh kuar kt penulisan 2u...sonoknye....