Selasa, 15 Februari 2011

Warkah buat mama dan abah…

Buat kawan2 yang terbaca, baca yang warna-warni je ye….

Assalamualaikum buat mama dan abah yang tersayang…

Apa khabar mama dan abah? Ika harap mama dan abah sihat… ika kat sini Alhamdulillah.. tapi kebelakangan ni kesihatan tak menentu…

Ika rindu sangat kat mama dan abah… mama dengan abah rindu tak kat anak yang manja ni? tak tahu kenapa hari ni ika sangat2 rindu kat mama dan abah… kadang-kadang ika teringat kawan-kawan yang tak ada parent… mesti mereka lagi rindu dekat parent mereka…

Bila rindu datang, senang je air mata nak mengalir… hanya dengar suara mama dan abah je dah boleh buat mutiara-mutiara jernih berjuntaian… lepas call bila tgk gmbar je nangis lagi… lepas tu, bila baring sorang-sorang mulalah teringat kenangn-kenangan dekta rumah… dan air mata meluncur laju….

Mama, abah, ika sayang sangat dekat mama dan abah… mama dan abahlah ibubapa terbaik buat ika… kalau boleh ika nak selalu ada dengan mama dan abah.. ika teringat kecik-kecik abah selalu bawak ika ikut ambil orang kerja… sebelum pergi sekolah pulak kita mesti makan kat kedai makan… air milo panas sgt… nt abah mesti tuang dalam piring bagi sejuk… pastu ika minum dengan seronok sekali… kalau time makn buah, abah suap…rindunya… bila ika nk beli apa-apa mesti mama tau ika nak yang macam mana… kalau ika tak ikut shoping pun mama mesti tau ika suka kasut apa, baju apa… kalau pergi mana-mana mama suruh buat apa2 ika mesti malu..pastu mama buat sendiri.. ika rasa bersalh jugak tapi nak wat macam mana anak mama nie pemalu thp kritikal… ika rindu suasana tu… ika rindu masakan mama… malam ni ika tak makan pun… yelah rindu ni kadang2 boleh buat lapar pun jd kenyang….. ika rindu nasihat2 abah…

Mama dengan abah tak pernh pukul ika tapi ika ni ngada2 selalu je merajuk… ntahlah.. hanya dengn kata-kata n mimic muka ibu bapa boleh buat anak2 menangis…. Xperlu pukulan atau cubitan…hanya kata-kata… sangat merindui mama dan abah… ika ingt pesan ustaz… kita sebagai anak tak boleh lupa minta Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan beri kesejahteraan kepada mereka… even sekali sehari kita mesti pohon pada Allah..

Ya Allah, tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha pengampun…Engkau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku yang telah membesarkan ku sejak kecil.Engkau rahmati dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku dan mendidikku sewaktu kecil…sesungguhnya aku amat menyayangi mereka… Engkau ringankanlah beban mereka berdua...


 


Siapakah yang perlu kita kasihi selepas Allah dan Nabi?

Ibu dan ayah kita… biar siapapun ibu dan ayah kita, merekalah punca kita lahir ke dunia… seandainya mereka tidak menyayagi mereka pasti kita tidak lahir ke dunia… kadang-kadang bila tengok cerita anak angkat..air mata pun keluar.. saya sedih bila anak angkat tak nak mengaku emak kandung mereka… ingatlah walau bagaimanapun she's ur mother…or he's ur father… lahirkanlah perasaan sayang kita selagi ada peluang…. Tunjukkan pada mereka yang mereka beruntung membesarkan kita… buat sahabat2 yang terpikir untuk lari mengikut kekasih hati… pejamlah mata dan kenang kembali pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa kita…. Buat mereka yang nak buat perkara-perkara tidak sihat, cuba bayangkan perasaan ibu bapa kita bila mereka tahu anak yang mereka besarkan bakal menconteng arang ke muka mereka… Ya Allah betapa terseksanya hati seorang ibu dan seorang ayah…

Tak sabar nak balik rumah… mama dan abah tunggu ye… sebulan lagi………….

Tiada ulasan: