Jumaat, 24 Jun 2011

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum semua (gaye mcm ramai je baca entri ni). Tak apa bagi salam tu sunnah.. bagus tau..

Alhamdulillah lepas sebulan berlalu akhirnya Allah memberi keizinan untuk kita mencoret..

Alhamdulillah juga sebab kesihatan kita semakin baik.. buat sahabat-sahabat di luar sana yang kurang sihat, berjuanglah melawan penyakit anda ye.. dan ingat setiap penyakit yang Allah datangkan adalah ujian bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Allah rindu mendengarkan rintihan kita berpanjangan jadi bila sakit, secara tak langsung kita akan ingat Allah. hebatkan kuasa Allah...

Rasanya dah setahun kita join blog dan rasanya belum sampai lagi matlamat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat sekalian. InsyaAllah sebagai hamba Allah yang lemah kita akan cuba memperbaiki diri ini..

Perkongsian hari ni tentang hakikat bahawa ujian yang Allah timpakan bersesuaian dengan kemampuan diri kita.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."

Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kita tidak perlu kuatir dengan ujian yang kita hadapi. Percayalah sahabat sekalian kita mampu mengharunginya dengan bergantung kepada Allah.. Setiap ujian yang datang boleh kita hadapi bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Jangan pernah berburuk sangka dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.


Ya Allah sembuhkanlah penyakitku dan penyakit saudara-saudara seislamku.

Mama : Ika makan ubat ye sayang... (mama menyuakan ubat yang telah dipotong menjadi kecil)

Ika : pahitlah ma.. Ika tak nak.. Ma kenapa Allah bagi sakit.. Ika kan tak suka makan ubat.. Ika tak suka sakit.

Mama : sabarlah sayang.. Allah bagi sakit sebab Allah sayang kat Ika. Allah nak Ika jadi sabar ye nak. Ika nak dengar satu hadis tak?

Ika : oh.. wah sakit tanda Allah sayang Ika ye ma.. macam tu Ika suka sakitlah sebab kalau sakit Ika tahu yang Allah syang kat Ika.. hehe.. Ma ceritalah. kalau mama cerita Ika makan ubat..

Mama : wah baik anak mama.. Ika dengar ye sayang.. "Abu Said Al-Khudry meriwayatkan bahawa beberapa orang Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW dan baginda memberikannya kepada mereka. mereka kemudian meminta lagi dan beliau kembali memberikan kepada mereka. kemudian mereka meminta lagi dan baginda memberikan kepada mereka sampai semua yang ada pada baginda habis. kemudian baginda berkata, " Jika saya memiliki sesuatu, saya tidak akan menyembunyikannya daripada kalian. (ketahuilah) barangsiapa yang menahan diri dari meminta pada orang lain, maka Allah akan menjadikannya cukup dan barangsiapa yang berkeupayaan memenuhi keperluannya sendiri, maka Allah akan menjadikannya mampu memenuhi keperluannya itu . Dan baransiapa yang tetap sabar, Maka Allah akan menjadikannya sabar. tidak seorangpun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar dari kesabaran." (hadis Riwayat Bukhari). Jadi Mama nak Ika sabar dengan apa pun ujian Allah termasuklah sakit ni ye sayang. tapi ingat ye nak, sabar apabila Ika hadapi kesusahan...

Ika : InsyaAllah ma, Ika cuba... Ika tak akan persiakan kasih sayang Allah. terima kasih mama...

Tiada ulasan: