Hari ni 15.8.2011 bersamaan 15 ramadhan 1432 hijrah. Lama dah tak mencoret kat sini. Kekangan masa dan kesibukan yang menghambat jiwa menyebabkan blog ni kaku tak bernyawa.. hari ni sedih ada gembira pun ada. Gembira sebab baru je lepas borak-borak dengan abah n mama. Sedih sebab tahu rupa-rupanya abah merajuk. Alamak abah sorylah, bukan ika tak nak call tapi ika asyik tak sempat call je.. maaf ye abah…
Sedih pula bila tahu tanpa sedar kita dah sakitkan atau guris perasaan ibu dan ayah kita sendiri. Sebagai seorang anak menjadi tanggungjawab kita memastikan ibu dan ayah sentiasa bahagia. Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Betol kan orang cakap, lelaki ni susah nak luahakan perasaan. Tapi seandainya mereka meluahkannya maka terhasillah pelbagai lukisan hati yang menyentuh jiwa.
Berbeza dengan perempuan, dia akan pamerkan perasaannya. Kita ingat lagi, kita pernah menangis bila time excited telefon abah n abah cakap abah sibuk n nak cepat. Wawawa, cepat je mutiara jernih membasahi pipi. Masa tu fikir abah tak sayang kitalah. Abah tak nak cakap dengan kitalah n so on.. entah apa-apakan… tapi tulah perempuan… hatinya sangat lembut.
Bila kita jarang telefon abah, abah pulak akan main miscol2.. eleh abah sebenarnya rindu tapi pelikkan abah tak nak tunjuk sangat. kelakar pun ade. Tapi tu r my abah yang tersayang. Bila abah dah merajuk mulalah abah membebel satu rumah tentang anaknya di perantauan.. abah, abah, seriously ika tak sempat call. Tapi hari-hari ika ingat abah n mama tau.
Bagi menghargai rajuk abah yang xsure dh hilang atau belum tu so ika dedikasikan lagu ni untuk abah.. lagu Aeman "Ayah". Bes sangat…
Ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah,
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku,
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuaatan.
Dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa kau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati.
Buat sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali buat ibu n ayah kita terasa dengan sikap kita ye. Sayangilah mereka selagi mereka masih hidup di dunia ni. buat bonda dan ayahanda yang sudah tiada, kirimkanlah al-fatihah dan doa buat mereka. Semoga mereka di tempatkan bersama orang-orang yang soleh..
Buat bakal ibu n ayah, tak salah rasanya kita meluahkan perasaan n kasih sayang kita pada anak-anak kerana kita juga manusia yang punya hati dan perasaan. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang berketrampilan…
Salam Ramadhan Al-mubarak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan