Rabu, 23 Mac 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah semester ijazah pertama 2011

Bismillahirrahmanirrahim…..

Diari perjalananku buat kenangan sepanjang hidupku…kita tak boleh memutarkan masa dan mengembalikan peritiwa lalu tetapi kita boleh perolehi kemanisannya daripada kenangan…

Pengalaman Berasaskan Sekolah sem ni kita buat dekat Pasir mas Kelantan.. eleh sebab nie pengalamn pertama jadi banyak pengalaman yang mematangkan kita kot. Kot r sebab kita ni lambat matang sikit… ok mula-mula perkara menyayat hati ialah bila kena naik bas pergi Kelantan alone. So sad… kita keseorangan rasa macam naik bas kat oversea pula…(ish perah santan sendiri). Masa nak bertolak tu memang nangislah. Benda wajib tu… Mama Abah tunggu sampai Bas My Incik Sani pergi. Terharu sangat padahal mama tak tidur seharian semalam.. ok flash back jup peristiwa-peristiwa sebelum tu…

  1. Seminggu sebelum hari kejadian iaitu time kte cuti seminggu… turun jer dr bas my inchik sani stlh 2 bln xblik mengntuk pun hilng. Dlm van pagi-pagi lagi abah dah ckp " betol ke wat praktikum kat kelantan? Nape tak buat kat Selangor? Sepatutnya buat kat kampong sendiri. Ni awal-awal lagi buat kg orang nanti bila posting pun dapat jauh-jauh…kan bagus buat kat Selangor…untung-untung kerja pun kat sini.(Ayoyo di subuh y hening nie kena brainwash r pulak. Bukan dengan sabun Febreze je siap dengan klorox lagi. )
  2. Ok.. kat rumah pun abah tak habis ceramah lagi.. seminggu tu diisi dengan nasihat-nasihat Abah. Oh my abah anak abah ni tak pergi jauhlah. Entah-entah nanti before grad abah dah carikan menantu sebab takut anak dia kena posting sabah Sarawak… hehe…
  3. Mak usu pula cakap jangan samapi dia kena hantar rombongan kahwin kat Kelantan pula.. (ish Mak Usu ni seminggu je kat Kelantan tak akan jadi macam tu.)
  4. Malam sebelum bertolak tu memang dah berdebar-debar.. yelah nak merantau negeri kita tak pernah jejak. Memang nervous rasa macam tak nak pergi je. Kita ingat lagi. Kita tak pernah keluar jauh daripada Selangor. Setakat KL, Melaka n negeri Sembilan tu dah biasalah Masa kecil-kecil dulu pernah keluar sekali ke Perak sebab ada kem kepimpinan. Seronok sangat kem kat tempat askar. Bila besar time hantar abang sepupu kahwin adalah pergi Pahang. Lepas tu pergi Terengganu sebab dapat masuk maktab. So pengalaman berjauhan dari negeri tercinta belum ada lagi. Ceewah.
  5. Pagi-pagi sambil tunggu My inchik sani around pukul 8.30 nak bertolak, abah pun bagi nasihat lagi.. "lain kali jangan buat keputusan sendiri. Cuba tengok najwa pandai dia buat kat Selangor. First tu yang penting buat kat mana. (Alahai my abah ika dahlah tengah sedih now abah brainwash lagi… ayoyo… yelah sem-sem akan datang ika buat kat Selangor je… noktah…..)

Ok habis flashback semuanya. Dalam bas pula kita rasa keseorangan n tak tahu dah sampai kat mana. Bila nak sampai. Tempat turun kat mana. So ketakutan tu ada je but kita beranikan juga diri yang sememangnya penakut. Ok, now saya dah berani ok. Ni baru pusing-pusing dalam Malaysia kalau dapat mesir ke, Ireland ke ke baru padan muka… nangis jelah dalam bas…


 

3 ulasan:

Saya berkata...

aish...ayah awk puji saya??
malulah~
huhu...
hari2 terserempak ngan bas awak...

jauh perjalanan luas pengalaman...
mmglah sedih tapi MAHAL pengalaman tu
sem depan Insya Allah nak gi Kedah kot...huhu

Tanpa Nama berkata...

tu r xaci.. xleh g... kte wat full pbs insyaAllah kt selangor... awk pun kne jadi anak jatnie...hehe...

Theye berkata...

tapi akhirnya seronok kan dpt posting jauh2..
seronok jelah kan2...!!!!
hik3