Sabtu, 31 Julai 2010

Kita couple ke?

Siri 3

Seperti biasa Ain, Batrisya dan Siti akan ke perpustakaan untuk meminjam novel dan buku rujukan selepas solat sunat dhuha. Mereka bertiga adalah cikgu pelatih di institut pendidikan guru Dato' Razak dalam jurusan agama. Ustazahlah ni tapi perangai masih keanak-anakkan. Biasalah, walaupun ustazah tetapi mereka juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan seperti orang lain. Mereka baru pismp sem 1, masih ada lagi 4 tahun sebelum mereka betul-betul bergelar ustazah. Belajar di institut ini banyak mendidik mereka berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun bukan dalam jurusan agama tetapi cikgu-cikgu pelatih lain juga dididik dengan pelbagai ilmu agama. Seorang guru yang berjaya adalah yang mampu membentuk dirinya menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya sendiri kerana itu institut ini amat menitik beratkan penerapan ilmu kerohanian. Untuk mencapai kesempurnaan, bukan semua yang kita harapkan itu akan terlaksana samalah seperti harapan pengarah. Kadang-kadang ada segelintir guru pelatih yang membantah dan memberontak. Itulah asam garam kehidupan. Tiada apa yang sempurna di dunia ini.

" Ain, awak dah pulangkan duit dekat dia?" Siti bertanya sambil tangannya masih rancak membelek buku-buku rujukan fiqh yang tersusun rapi di atas rak.

"Ya Allah, belum lagi. Tak tahu macam mana nak bagi. Nama dia pun kita tak tahu. Kelas mana entah. Yang pasti bukan sem kita kot." Ain sedikit terkejut dengan kelalaiannya. Raut wajahnya menampakkan kerunsingan. Allah tak suka hamba-hambanya yang melupakan hutangnya.

" Ala apa susah.. cuba lah tanya ada tak sesiapa yang kenal mamat haji bakhil. Mungkin ada kot." Batrisya sengaja melawak. Gelaran tu Ain baru je iktiraf tapi belum buat perasmian lagi. Mereka bertiga tergelak kecil.

Tanpa mereka sedari rupanya perbualan mereka bertiga telah dirakam dalam minda seseorang. Habislah Ain….

Selepas menyelesaikan urusan peminjaman buku-buku, mereka bertiga bergegas ke kelas c7 untuk menghadiri kelas Bi sir F. Ain tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya tentang apa yang diajarkan oleh pensyarah berumur itu. Dia kehilangan sedikit fokus apabila tiba-tiba dia ternampak kelibat jejaka itu."Siti...dia. tu dia. Macam mana ni? Macam mana kalau dia marah." Bisik Ain pada Siti di sisinya. Belum sempat Siti menoleh ke arah tingkap tiba-tiba suara lantang Sir F bergema satu kelas.

" Ain! Apa marah-marah? Do you pay attention or not? I don't like my student play in my class ok! Tegas Sir F. Merah macam udang kena bakar muka gadis montel ni. 'Ya Allah itulah siapa suruh tak jaga pandangan. Tak baik tau, kurang berkat belajar nanti. Imam Al-Ghazali kata, sekali kita toleh ketika guru member ilmu maka barakah juga akan hilang sikit demi sikit.

" I'm sory sir." Hanya perkataan itu yang mampu meniti dibibir mongelnya. Ish geramnya. Mamat tu punya pasal lah ni.

Siti hanya tersenyum kepada kawan-kawannya. Mereka semua kembali memberi penumpuan terhadap pembelajaran ketika itu. Kuliah seterusnya adalah kuliah Ustaz Jamhari tetapi ustaz terpaksa mengakhiri kuliah awal kerana para pensyarah terlibat dengan mesyuarat.

" Budak? Apa hal tadi? Nampak putera kayangan ke? Eisya bertanya penuh minat. Almaklumlah Ain tak pernah kena marah dengan Sir F tapi tiba-tiba pula dia bertuah hari ini.

" Eisya ni macam tak tahu je. Siapa gerangan putera kayangan kalau bukan Haji Bakhil tu." Siti menyampuk sambil tersenyum-senyum. Ain hanya menggeleng-geleng melihat gelagat kawan-kawannya. Tiba-tiba Ain ternampak kelibat mamat tu sekali lagi. Tanpa berlengah dia terus bergegas mengejar lelaki itu. Dia malas menangguh-nangguhkan urusannya. Kalau boleh lepas ni dia tak payah jumpa lelaki itu lagi dan mungkin juga dia tak akan terserempak lagi. Itulah siapa suruh main pinjam je duit orang yang tak dikenali. Cari masalah namanya.

Siti dan Eisya yang melihatnya terus mengikuti langkah kawannya itu. Maklumlah fitnah boleh berlaku di mana-mana, sebagai muslimah batas-batas perhubungan perlu dipelihara sebaiknya.

" Maaf, saudara. Tunggu" Ain meninggikan sedikit suaranya supaya jejaka di depannya berhenti dan menoleh. Lelaki itu hanya tersenyum sendiri dan buat-buat pekak. Langkahnya masih sama. Tak kurang pun kelajuan melangkah, tetap sama walaupun hakikatnya dia mendengar suara itu.

" Maaf, saudara tolonglah berhenti. Penting sangat." Ain sekali lagi bersuara dan dia masih mengikuti jejak lelaki itu.

" Ok, fine! Kenapa?" tiba-tiba lelaki itu memusing 90 darjah dan tersenyum memandang gadis di hadapannya. Ain sedikit terkejut tetapi dia cuba berlagak tenang. Kawan-kawannya sudah berdiri di sisi. Batrisya tergelak kecil mendengar kata-kata lelaki itu. Macam kenal je ayat tu… Ain2.. nasiblah mamat ni main-main pula.

"Ok fine, macam nilah tak nak panjang-panjang cerita. Nah ni duit yang kita pinjam hari tu. Syukran ye. Lepas ni insyaAllah kita tak susahkan saudara lagi." Ain menghulurkan 4keping not kertas bewarna biru kepada lelaki itu.

" Pasal duit ni, tak apalah. Aku bagi ikhlas. Kan antara hidup dan mati. Syukurlah duit aku dah menyelamatkan orang. Tak payah bayar balik." Selamba dia menuturkan sambil kedua-dua tangan berada dalam poket seluar.

"Ish geramnye" rungut Siti dan Batrisya dalam hati.

Kalau mereka berdua pun bengang agak-agak macam manalah dengan Ain.

" Terima kasihlah atas niat suci murni saudara. Kecil tapak tangan, stadium merdeka saya tadahkan. Tapi apapun kita tak perlu belas kasihan saudara. Hadiahkan jelah duit ni kepada yang lebih memerlukan." Ain tidak cepat melatah. Kesopanan dan tatasusila masih tetap dipelihara. Raut wajah dua kawannya menunjukkan reaksi tidak puas hati.

" Suka hatilah kalau kau nak buat macam tu. Aku kan dah bagi kat kau. Up to you nak buat apa. I don't care" dia masih seperti tadi. Seakan tiada perasan sedang wajahnya tetap selamba. Apalah ego sangat mamat ni.

" Ok fine. Terima kasih banyak-banyak. Jom kawan-kawan." Ain terus melangkah meninggalkan jejaka itu sendirian. Kawan-kawannya mengikuti dari belakang tetapi Batrisya sempat meluahkan ketidaksenangannya pada lelaki itu.

" Tolonglah jangan ego sangat nanti hati sendiri juga yang sakit."

Ketika sampai di koridor tiba-tiba seorang budak kecil dalam lingkungan umur sepuluh tahun menghampiri lelaki itu." Abang, terima kasih ye duit ni. Sayang abang." Budak itu tersenyum gembira.

Lelaki itu hanya tersenyum manis dan dia mengusap ubun-ubun kanak-kanak itu. 'Bertuahnya budak. Kau memang nak kenakan aku ye. Aku hadiah kat kau tapi kau buat macam ni. Suka hatilah.' Monolognya dalam hati dan senyumannya masih tak lekang dari bibir.. Tapi Seronok pula tengok muka budak kecil ni gembira dapat duit. Erm tak kisahlah.

Ain puas kerana berjaya juga dia mengenakan lelaki itu. Dia terlalu ego dan egonya perlu dicairkan. Erm…tapi nama lelaki itu pun dia tak tahu. Ah malas lah nak fikir. Diakan datang sini nak belajar cara nak memanusiakan manusia so kalau perkara remeh temeh baik tolak tepi siap-siap.

Seperti yang dijangkakan mereka bertiga, selepas hari itu batang hidung lelaki itu tidak lagi ditemui. Leganya. Mereka sekarang lebih memberi tumpuan kepada kuliah penyarah. Perkara yang paling menggembirakan ialah denda bagi yang tak pergi perhimpunan pagi bukan lagi bagi duit tapi kena solat dhuha seminggu serta buat kerja amal bersihkan surau Bilal. Erm kira bagus juga denda ni, sambil denda boleh tarbiah pelajar. Not bad siapa punya cadanganlah ni.

" Ain, baguskan sebab projek mega kita hari tu, sekarang tak payah bayar Rm 10 lagi.. bestnya tak sia-sia kita buat muka tembok pinjam kat mamat Haji Bakhil tu." Siti menyuarakan kelegaannya.

" Betul-betul kite sokong seratus satu peratus." Batrisya menganguk kemudian dia meneguk air sirap.

" Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kita rasa seronok sebab sekurang-kurangnya dapat bantu kawan-kawan kita yang tak mampu bertindakkan."

Tiba-tiba sedang mereka rancak berborak di kafe…

Bertemu berpisah krn Allah

Assalamualaikum..
Sahabat bukn mcm papan skate,blum main,gilap..Da main..pijak
Sahabt bukn mcm bola,kejar..da dpt tndang..
Sahbt ibartkn mcm ragbi,blum dpt,rebut..da dpt lndung/jga..
Shbt mcm jari,lukenye smbuh sndri..hilgnye,tkda gnti..


 

"aku mencintai
SAHABATKU
dengan segenap jiwaku,
SAHABAT
yang baik adalah seiring denganku
dan menjaga nama baikku
ketika aku hidup atau selepas mati
kuhulurkan tangan kepada

SAHABATKU
untuk berkenalan
kerana aku merasa senang
semakin ramai

SAHABAT
semakin aku percaya diri
aku selalu berharap
mendapat

SAHABAT sejati
yang tidak luntur baiknya
dalam suka duka
jika aku dapat,
aku ingin setia padanya…"
(
IMAM SYAFI'E)


 


 

Buat sahabat

Tiada  di buka sebaik kitab pada Ramadhan ini melainkan kitab

Quran ,
Tiada  sebaik kawan untuk kamu pegang pada Ramadhan  ini melainkan rapatnya  pegangan  pada kawan,  kayu  tasbihmu.
Tiada sebaik sahabat sebaik teman pada Ramadhan ini melainkan
sejadah dan kain  putih
yang setia bersama.
Tiada berlaku dua perkara pada satu masa  dalam diri ini  untuk  Dia dan Kekasih-Nya, melainkan
kau tutup hatimu untuk semua , barulah

terbuka hatimu
untuk Dia dan Kekasih-Nya ,
kau lupa dirimu pada segala, barulah mutlak
ingatmu pada Dia dan Kekasih-Nya.


 

Kita bertemu dan berpisah hanya untuk mendapat keredhaan Allah....
Selamat Menyambut Bulan yang mulia 'Ramadhan Al-Mubarak'. Maafkanlah kesalahan sahabatmu kerana semua manusia tidak sempurna. Muhasabahlah diri...mungkin perangai kita mengguris sanubari mereka...hati insane sangat lembut maka belailah ia bukan hiris ia.... Andai hubungan kita dengan sahabat kurang baik bermakna hubungan kita dengan Pencipta juga kurang baik.. Dekatilah Allah...

    Maaf zahir batin sahabat andai pernah daku mengguris sukmamu.... dikalaulah sahabtku selamanya.... Selamat berpuasa.....:)
 

Selasa, 27 Julai 2010

PUaSa SeLepAS nisFu sYa’ban...

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH
dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-

"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-

Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."

Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1.
puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama
(separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2.
puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3.
puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-


(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-





Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-




(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.

Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-



Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.

Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sumber :
Bahrusshofa

http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html


 

Sabtu, 24 Julai 2010

Kita couple ke?

(Siri 2)

" Ada RM4 duit syiling dalam sampul ni. Ambillah hadiah dari aku." Suatu suara muncul di hadapan meja mereka. 'Aik macam kenal je suara ni.' bisik Ain dalam hati dan apabila dia melihat, sah. Pak cik ni.

" Kalau tak ikhlas buat apa bagi? Kami tak hairanlah" Ain sengaja main tarik tali dengannya. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek.

" Ok, fine." Lelaki itu hendak berlalu pergi tetapi tiba-tiba dihalang oleh Batrisya.

"Eh, awak jangan terasa dengan kata-kata kawan saya ni" lelaki itu tersenyum pada Batrisya tetapi ekor matanya mengerling ke arah Ain. Ain menjeling tajam melihatkan lelaki berkemeja itu. Menyampah.

" ok, fine. Ambillah, aku hadiahkan buat gadis sombong tu." sampul surat bertukar tangan dan dia pergi meninggalkan gadis-gadis itu. Ain masih tidak puas hati dengan lelaki itu. Batrisya dan Siti pula tersengih-sengih macam kerang busuk melihatkan aksi kawannya itu.

" Korang kenapa? Nak kena tembak? Dah ada duitkan. Apalagi?" Ain memulakan bicara. Malu dia melihatkan kawan-kawannya.

"Kalau tak ikhlas tak payah bagi!" Batrisya dan Siti mengajuk kata-kata Ain sebentar tadi sambil ketawa sesama mereka.

" Eisya! Siti! Ish mengada-ngada." Ain geram melihatkan perangai kawan-kawannya. Semua ni sebab mamat haji bakhil tu.

Sesampai di meja urus setia, Ain dan kawan-kawannya menyatakan hasrat mereka untuk mengambil kad matrix kesayangan. Macam mana tak sayang, kalau tak ada kad matrix alamatnya tak dapatlah mereka nak keluar dari kawasan institut. Mereka memberikan kesemua duit syiling itu kepada Kak Kathy merangkap kerani di bahagian HEP. Alangkah terkejutnya wanita 30-an itu melihat selerakan duit syiling dia atas meja. Kak Kathy dah buat muka pelik bin terkedu sekejap. Tengok sekali adalah macam Lisa Surihani dalam Filem Adam Maya bila Dani ada waktu dia berbulan madu. Eh ye ke? Macam hiperbola sangat je. Memang pun tapi itulah tanggapan Ain bila tengok muka Kak Kathy yang terkejut melihat duit-duit syiling tu.Selepas mendapat kad matrix mereka pun mengucapkan terima kasih dan beredar.' Sukanya bila dia ceria' ha itulah trade mark 3 gadis pingitan ni kalau mereka habis selesaikan misi-misi yang memelikkan. Seronok bukan main lagi almaklumlah misi menyedarkan HEP berjaya 80 peratus. Lepas ni mereka hanya perlu berdoa kepada Allah agar En Jamal sedar apa maksud perbuatan mereka itu.

Mereka tersenyum puas tetapi hati Ain masih tidak tenang. Dia teringatkan 'Haji Bakhil'. Kenapalah lelaki itu menjengkilkan. Oh….

Khamis, 22 Julai 2010

Belajar Hikmah ulama’

Assalamualaikum… apa khabar iman kita hari ini? Semoga iman kita semakin bertambah… Dewasa ini banyak peselisihan pendapat berlaku antara saudara islam. Mana perginya perpaduan yang islam ajarkan kepada semua penganutnya. Sudah lupakah kita akan perintah Allah dan ajaran nabi? Islam tak akan tertegak tanpa kerjasama dan perpaduan semua umat islam untuk memelihara agama ini.

Firman Allah dalam surah Al- Hujurat ayat 10 dan 11 yang bermaksud:

Sesungguhnya Orang-orang mu'min itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.(10)

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolokkan) lebih baik daripada mereka(yang mengolok-olokkan), dan jangan pula perempuan-perempuan(memperolok-olokkan) perempuan lain, boleh jadi perempuan yang (diperolokkan) itu lebih baik daripada perempuan (yang mengolokkan), janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(11)

Dekatilah Al-QURAN pasti kita lihat banyak firman Allah yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya kita memelihara hubungan antara sesama mu'min. Nabi junjungan kita Rasulullah juga menyuruh kita memelihara ukhuwah seperti sabda baginda : kasihilah saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri.

Subhanallah… Maha Suci Allah indahnya tarbiah islam. Imam Hasan Al-Banna pernah menyelesaikan pertelingkahan pendapat umat islam suatu ketika dahulu hingga mereka tidak lagi besekutu, bahkan bersatu demi kasih dan cinta pada Allah yang satu. Lihatlah kebijaksanaan Imam Hasan Al- Banna dalam menyedarkan kesilapan mereka. Hikmah inilah yang perlu kita cari bagi menyebarkan dan memperkuatkan islam di mata dunia.

Ketika beliau memberi pengajian ilmu, seorang lelaki telah bertanya kepada Imam Hasan Al-Banna tentang tawasul, tentang adakah pahala membaca Al-Quran bagi arwah akan sampai kepadanya, tentang mengucapkan gelaran 'saidina' kepada Rasulullah s.a.w sewaktu membaca tahiyat (dalam solat) dan pelbagai soalan seperti ini. Lalu imam Hasan AL-Banna menjawab: "Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya" potongan ayat surah Al-Baqarah ayat 284.


 

Imam Hasan Al-Banna juga menjawab perselisihan mereka secara amali dengan menyoal 2 orang pemuda. Seorang bermazhab Hanafi dan seorang lagi bermazhab Syafi'ie. Beliau bertanya "Bagaimana anda membaca Surah Al-Fatihah ketika menjadi makmum dalam solat berjemaah?" soalan ini dijawab berbeza antara mereka mengikut mazhab masing-masing.

Lelaki bermazhab hanafi: saya mendiamkan diri dan tidak membacanya.

Lelaki bermazhab Syafi'ie: tentulah saya membacanya.

Selepas itu beliau bertanya lagi kepada 2 pemuda itu: "apabila kalian berdua selesai solat, apakah pendapat kalian kepada solat sahabat kalian?

Lelaki bermazhab Syafi'ie menjawab : " Mengikut mazhab saya, sudah pastilah batal solatnya kerana dia tidak membaca Al-Fatihah sedangkan bacaan itu adalah salah satu rukun-rukun solat"

Lelaki bermazhab hanafi: " Mengikut mazhab saya, sesungguhnya dia telah melakukan sesuatu yang hukumnya makruh tahriman"

Lantas Imam Hasan Al-Banna bertanya kepada mereka berdua : "Adakah kalian menyalahkan antara satu sama lain?"

Mereka menjawab : "TIDAK"

Imam Hasan Al-Banna bertanya kepada para hadirin : "adakah kalian menuduh kedua pemuda ini salah?"

Dan jawapannya juga TIDAK…

"Maha suci Allah! Kamu mendiamkan diri kamu dalam hal ini sedangkan perkara ini berkaitan dengan sah atau batal solat. Jadi mengapa kamu tidak dapat bertolak ansur kepada orang yang membaca tahiyyat disertakan selawat: "Allahumma solli 'ala Muhammad "ataupun yang membaca "Allahumma solli 'ala Siyyidina Muhammad"? dan mengapa kamu anggap khilaf hukum bacaan tersebut bagaikan suatu masalah yang paling besar di dunia."

Pendekatan yang dilakukan secara amali ini sangat berkesan kerana mereka semua telah berpegang teguh kepada mazhab ikutan masing-masing. Lihatlah bagaimana ulama' islam zaman dahulu mendekati jiwa-jiwa umat islam… jangan sesekali memperlekeh mazhab anutan saudara islam kita yang lain… biarpun berbeza mazhab tapi matlamat hidup kita adalah sama iaitu untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata. Wujudnya 4 mazhab adalah kerana sayangnya Allah pada kita. Allah memberikan kita keringanan(rukhsoh) dalam beribadat jadi bersyukurlah atas kurniaan Allah… ukhuwah fillah…


 

Kita couple ke?

Assalamualaikum…hai semua… nie first nvel kte… novel ke? Entahlah, kita xde r pandai mengrang cam lagu Ella 2… ku tidk pandai mengarang puisi, ku tidak pandai bermadah berseni, 1 kalimah yang ku seikhlas tahu hanyalah ku cinta padamu…..

" Aduhai macam mana kita boleh tertangkap ni. Kenapalah kita tak nampak En Jamal tadikan." Keluh Ain mengenangkan nasib mereka bertiga ditangkap tidak pergi ke perhimpunan pagi hari ini. " Betul tu, orang lain bila nampak kelibat Encik Jamal terus lari lintang-pukang ikut tepi surau Bilalkan. Geramnya. Kenapalah pagi ni nasib malang. Melayanglah sepuluh ringgit kalau nak selamatkan kad matrik kesayangan." Rungut Batrisya yang tidak puas hati kerana dia bakal kehilangan duit sepuluh ringgit untuk beli topup semata-mata tidak pergi ke perhimpunan.

"Eisya , tak baiklah cakap malang. Allah tak suka. Nak buat macam mana kalau dah takdir kita tertangkap. Salah kita juga tak nak pergi pagi tadi. Tak apalah." Siti cuba berlagak tenang walaupun sebenarnya dia pun berasa sedih.

" Awak ni kenapa sokong sangat HEP tu. Cik Siti, kita bukan sengaja lambatkan. Semalamkan kita semua tidur pukul 4 berhempas-pulas buat asignment. Sebelum ni kita tak pernah pun ponteng tapi cuba tengok senior yang suka ponteng, tak pernah pun kena cekup. Siapa yang tak sakit hati. Geramlah, budak baik selalu kena." Batrisya masih ingin menegakkan benang yang basah. Hatinya membara sebab duit perbelanjaannya tidak mencukupi.

" Ish dah lah korang ni. Tak payah keringkan air liur bertekak kat sini. Kita pun geram gak tapi Eisya, betul cakap Siti, ini semua salah kita sendiri. Dahlah jom kita pergi selamatkan buah hati yang kena tahan kat balai polis." Ain mengajak kawan-kawannya menuntut kad matrix di pejabat HEP. Mereka bertiga tergelak mendengar seloroh Ain. Boleh lagi Ain berlawak ketika hati masing-masing tak keruan.

Kenakalan Ain menjadi-jadi apabila mendengar sungutan Batrisya. Dia rasa, dia patut buat sesuatu supaya HEP menukar denda membayar RM10 kepada denda yang lebih ringan dan tidak menggunakan duit. Aha…… idea dah datang…

" Girls, kita ada misi." Luah Ain sebelum berbisik dengan teman-temannya di tepi kolam berhadapan dengan pejabat HEP. Ain membisikkan misi yang mereka akan laksanakan sebentar lagi.

" Ala, tak cukup lagi rm3 lah. Macam mana ni. Korang cukup tak duit syiling sampai RM 10?" Ain menyatakan kekecewaannya. Nadanya berbaur sedih. Dia sedih kalau misinya untuk memberi duit syiling Rm10 tidak berjaya.

" Saya tak cukup juga. Lagi rm5 lah. Siti? Awakkan memang suka menabung duit syiling dalam handbagkan?

" Perfect, cukup-cukup. Iesya, awak guna Rm5.00 duit kertas jelah genapkan RM10. Bolehkan Ain?. Grand juga. Kalau lagi Rm 3 tu" Siti bercakap sambil tangannya tekun mengira duit di atas meja.

"macam mana ni Ain? Aha! Saya ada idea bijak. Apa kata awak pinjam kat dia dulu. Emergency case. Pergilah kalau, tak misi kita kurang berhasil." Batrisya menggoyangkan bahu kawannya dan menunjukkan kelibat seorang lelaki sedang berjalan menaiki tangga ke tingkat B.

" Tapi….baik… korang tunggu tau." Dia teragak-agak tetapi akhirnya dia mengorak langkah mengejar lelaki itu.

" Assalamualaikum. Saudara, boleh tak nak pinjam RM 3 duit syiling. Penting sangat. Antara hidup dan mati." Ain berdiri bersebelahan lelaki tadi. Dadanya turun naik kerana berlari tadi.

"Waalaikumussalam. Ohoi pandai pun bagi salam. Saudari apa yer?"

"Ain"

"Ha, saudari what ever! sejak bila pula saya jadi saudara awak ni. Datang tak diundang tiba-tiba minta duit. Sihat ke tak? Kalau tak aku boleh tolong hantar pergi klinik sakit jiwa." Katanya sambil tergelak terbahak-bahak melihat wajah gadis di depannya yang dah macam udang kena bakar.

" Awak ni memang tak belajar sivik ke? Terpulanglah nak cakap apa tapi kita betul-betul terdesak. Kalau kedekut, tak apalah. Tak payah membebel percuma kat sini. Ok fine!" Berasap telinga Ain mendengar gerangan mulut tak ada insuran di hadapannya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mencili-cili mulut lelaki itu. Ain segera berpaling dan kembali kepada kawan-kawannya dengan wajah hampa dan kecewa.

" Macam mana?" Tanya kawan-kawannya serentak.

" Haji bakhil" satu gelaran yang pastinya menjawab pertanyaan kawan-kawannya itu. Mereka bertiga duduk termenung dan tiba-tiba…..

Jumaat, 9 Julai 2010

Pengubat duka nabi


Assalamualaikum... ahlan wasahlan.. apa khabar iman kita? semoga semakin meningkat...


Apabila azan maghrib nanti berkumandang maka genaplah 1421 H berlakunya peristiwa

mukjizat terbesar kurniaan Allah kepada nabi junjungan kita, nabi Muhammad. peristiwa apa ye??? ha peristiwa apa lagi.. peristiwa 'israk dan mikraj'... inilah hadiah yang Allah kurniakan pada kekasihNya Nabi Muhammad kerana pada tahun itu, dua insan yang sangat dikasihi baginda telah kembali menemui Allah. Siapakah insan yang sangat penting itu? Insan itu ialah isteri baginda Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.


Betapa sedih jiwa baginda, pilu tak terkira apabila penguat baginda pergi meninggalkan baginda. kesedihan baginda menyebabkan baginda membawa diri ke thaif. Baginda berharap dapat menyebarkan agama islam di sana dan semoga penduduk thaif dapat menerima kedatangan umat islam... manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya... oleh sebab hubungan baik antara thaif dengan kaum Quraisy maka mereka menentang nabi.. seruan nabi ditolak mentah-mentah malah baginda turut di hina. Akhirnya baginda pulang semula ke Makkah... Saat itu berlakulah peristiwa israk dan mikraj supaya nabi kuat dan tidak berdukacita.


Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam dari masjid al-Haram, Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Mikraj pula bermaksud perjalanan naik ke langit hingga sampai ke suatu tempat yang dipanggil sidratul muntaha. malaikat jibril menjemput nabi menaiki buraq sejenis bintang selaju cahaya kilat. sesampainnya di Masjid Baitul Maqdis, Nabi telah mengimamkan para nabi solat dua rakaat. kemudian malaikat jibril membawa nabi melalui 7 lapisan langithingga sampai ke sidratul muntaha... sepanjang perjalanan nabi telah melihat pelbagai peristiwa seperti bau harum kubur masyitah kerana mengesakan Allah saat semua tunduk pada Firaun laknatullah. selain itu nabi juga banyak melihat umat islam di seksa kerana dosa-dosa mereka. ketika bereda di sidratul muntaha itulah kewajipan solat fardhu 50 waktu diterima. atas nasihat nabi Musa, nabi berulang alik menahan malu menemui Allah untuk merayu solat 50 waktu diringankan.. akhirnya sampailah kepada 5 waktu solat fardhu tetapi nabi Musa tetap mengatakan umat nabi Muhammad yakni kita tidak akan mampu menunaikan dan menyuruh nabi kita menemui Allah sekali lagi tetapi nabi Muhammad menolak kerana rasa malunya pada ALLAH Yang Maha Agung.


Jd sebagai umat islam dan umat nabi Muhammad kita sepatutnya menghargai pengorbanan nabi kita memohon pada Allah mengurangkan solat fardhu 50 waktu kepada 5 waktu.. tunaikanlah solat wahai saudar seislamku... berselawatlah ke atas kekasih kita, junjungan besar nabi Muhammad. hayatilah peristiwa ini dan perbanyakkanlah ibadah.. semoga mukjizat ini mencambahkan lagi kecintaan dan keimanan kita pada Allah...

Khamis, 1 Julai 2010

cemburu ke? maybe..

Assalamualaikum.. lama x mencoret... almaklumlah sakarang sibuk sikit nak-nak kita baru je nak berjinak2 dengan blog. entahlah... tak tau nape.. kita ada seorang sahabat yang sangat baik.. for me dy terlalu baik.. dia sentiasa menghulurkan bantuan saat kita kebuntuan n kesusahan. tapi sekarang kami xrapat macam dulu. kawan tapi xseakrab dulu. salah kita kot. bila kasihnya pada kita xmcm selalu, kita rasa sedih sgt.. bila ingt kengn lalu, air mata nie mudah je mengalir.. kini dia rapat dengan seseorang yg dulu dia tak pernah rapat. cemburu ke kita? mungkin... tapi dia memang berhak nak kawan dengan siapapun. kita tak ada hak nak halang... Ya Allah semoga kita tabah.. kalau setakat kawan pun kita blh cemburu dan menangis lagilah kalau kita kena bermadu nanti.. mungkin kita tak kuat nak hadapi kemungkinan macam tu.. pada kawan-kawan yang senasib dengan kita, kuatkanlah semangat korang. dua insan bertemu dan berpisah kerana cintanya pada Allah.. jd redha je.. walaumacam manapun, kita tak akan lupa kenangan kami bersama selamanya.. terima kasih cemburu kerana buat kita sedar nilainya sebuah ikatan persahabatan.....