Jumaat, 9 Julai 2010

Pengubat duka nabi


Assalamualaikum... ahlan wasahlan.. apa khabar iman kita? semoga semakin meningkat...


Apabila azan maghrib nanti berkumandang maka genaplah 1421 H berlakunya peristiwa

mukjizat terbesar kurniaan Allah kepada nabi junjungan kita, nabi Muhammad. peristiwa apa ye??? ha peristiwa apa lagi.. peristiwa 'israk dan mikraj'... inilah hadiah yang Allah kurniakan pada kekasihNya Nabi Muhammad kerana pada tahun itu, dua insan yang sangat dikasihi baginda telah kembali menemui Allah. Siapakah insan yang sangat penting itu? Insan itu ialah isteri baginda Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.


Betapa sedih jiwa baginda, pilu tak terkira apabila penguat baginda pergi meninggalkan baginda. kesedihan baginda menyebabkan baginda membawa diri ke thaif. Baginda berharap dapat menyebarkan agama islam di sana dan semoga penduduk thaif dapat menerima kedatangan umat islam... manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya... oleh sebab hubungan baik antara thaif dengan kaum Quraisy maka mereka menentang nabi.. seruan nabi ditolak mentah-mentah malah baginda turut di hina. Akhirnya baginda pulang semula ke Makkah... Saat itu berlakulah peristiwa israk dan mikraj supaya nabi kuat dan tidak berdukacita.


Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam dari masjid al-Haram, Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Mikraj pula bermaksud perjalanan naik ke langit hingga sampai ke suatu tempat yang dipanggil sidratul muntaha. malaikat jibril menjemput nabi menaiki buraq sejenis bintang selaju cahaya kilat. sesampainnya di Masjid Baitul Maqdis, Nabi telah mengimamkan para nabi solat dua rakaat. kemudian malaikat jibril membawa nabi melalui 7 lapisan langithingga sampai ke sidratul muntaha... sepanjang perjalanan nabi telah melihat pelbagai peristiwa seperti bau harum kubur masyitah kerana mengesakan Allah saat semua tunduk pada Firaun laknatullah. selain itu nabi juga banyak melihat umat islam di seksa kerana dosa-dosa mereka. ketika bereda di sidratul muntaha itulah kewajipan solat fardhu 50 waktu diterima. atas nasihat nabi Musa, nabi berulang alik menahan malu menemui Allah untuk merayu solat 50 waktu diringankan.. akhirnya sampailah kepada 5 waktu solat fardhu tetapi nabi Musa tetap mengatakan umat nabi Muhammad yakni kita tidak akan mampu menunaikan dan menyuruh nabi kita menemui Allah sekali lagi tetapi nabi Muhammad menolak kerana rasa malunya pada ALLAH Yang Maha Agung.


Jd sebagai umat islam dan umat nabi Muhammad kita sepatutnya menghargai pengorbanan nabi kita memohon pada Allah mengurangkan solat fardhu 50 waktu kepada 5 waktu.. tunaikanlah solat wahai saudar seislamku... berselawatlah ke atas kekasih kita, junjungan besar nabi Muhammad. hayatilah peristiwa ini dan perbanyakkanlah ibadah.. semoga mukjizat ini mencambahkan lagi kecintaan dan keimanan kita pada Allah...

Tiada ulasan: