Assalamulaikum… apa khabar iman kita semua hari ni? Ha jgn lupe wat check list adakah hari ini lebih baik dari semalam… Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang…. Maafkanlah kesalahan orang pada kita kerana Allah selalu memaafkan dosa- dosa yang kita lakukan… Kenapa kita tidak boleh memaafkan saudara-saudara kita sendiri sedangkan kita dah cukup beruntung andai dapat menjejakkan kaki di muka bumi Allah ini….
Siri 5….
Seminggu berlalu seperti biasa. Walaupun tidak mengetahui pengirim surat itu tetapi Ain tidak pernah lupa akan mesej surat itu. . Ketika Ain hendak masuk ke kafetaria bersama Batrisya tiba-tiba matanya bertembung dengan mata mamat haji bakhil. Ops bukan haji bakhil tapi dah tukar jadi mamat haji pemurah. Ecece sesuka hati je si Ain bagi gelaran kat orang. Tapi sekurang-kurangnya gelaran kini lebih sopan dan menyejukkan hati orang yang mendengar. Ain segera melarikan pandangan matanya kerana dia takut dari mata turun ke hati. Syaitan menggunakan mata sebagai alat untuk melalaikan manusia. Lelaki itu hanya menguntumkan senyuman kepada dua orang gadis dihadapannya. 'manis' itulah yang boleh dikatakan tentang senyuman itu.
Ain yang tidak betah dengan keadaan itu segera menarik lengan sahabatnya untuk segera beredar ke luar. Dia tidak jadi untuk mengisi perut yang sedari tadi meyanyi2 kelaparan. Batrisya mengikut tetapi tiba-tiba dia berhenti. " Ain! Kitakan lapar. Awak yang cakap lapar-lapar tadi. Jomlah makan. Tak kan sebab dia kita nak berlapar? Ain…" Batrisya mula mewaraskan fikiran Ain. Dia tidak tahu apa yang gadis sawo matang di hadapannya fikir. Malu ke dia? Marah ke dia pada lelaki tu. Tp yang pasti pipinya dah berona kemerah-merahan. Belum sempat Ain menjawab tiba-tiba, " Maaf kalau mata aku yang cantik ni buat kau kenyang tapi kalau kau tak nak masuk hospital lebih baik kau ikut cakap kawan kau ni." Kedua-dua mereka terkejut dengan kata-kata pedas mamat haji… ah bencinya nak sebut gelaran baru tu saat dia tunjuk perangai menjengkilkan. Ish kalau ikutkan kata hati mahu saja tangan Ain menampar mulut laser lelaki itu.
"Awak ni kenapa? Tolong jangan perasan ye. Kita bukan kenyang tapi dah tak ada selera. Yang awak menyibuk ni kenapa? Kalau masuk hospital pun bukan awak yang bayar bil. Sibuk je." Ain memandang tajam ke arah lelaki itu. Apalah baru rasa dia baik tapi rupa-rupanya …ish menyampahnya….
" Tak ada selera konon. Tak payahlah nak berlakon. Aku bukan risau kau masuk hospital tapi aku risau aku jadi glamour sebab jadi penyebab kau masuk hospital. Aku tak naklah publisiti murahan ni." Balas lelaki itu sambil tergelak kecil. Tanpa menunggu balasan, dia berlalu pergi meninggalkan kedua-dua gadis itu dalam kegeraman. Sepanjang perjalanan, senyumannya masih tetap kelihatan. Entah apalah yang lelaki ni fikir.
" Eiiiiii.. geramnya. Kita benci dia. Kita benci…" marah Ain sambil matanya mula menitiskan air mata kesedihan. Apalah salah dia pada lelaki itu sampai sekarang tak puas-puas menyakitkan hatinya. Duhai hati bersabarlah sayang.
"Ain. Awak sabar ye. Dia tu memang jahat. Awak jangan layan kalau tak lagi menjadi-jadi dia kacau awak. Dahlah Ain jom kita masuk kelas." Pujuk Batrisya sambil menyeka air mata sahabatnya itu.
Ain cuba melupakan peristiwa tadi tetapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dia tidak berdaya melupakan perkara memalukan itu. Dia baru bercadang untuk meminta maaf kepada lelaki itu tetapi lain pula yang jadi. Mamat haji bakhil kita benci awak.. Setelah kelas berakhir, Batrisya menceritakan apa yang terjadi kepada Siti. Alangkah terkejutnya Siti apabila mengetahuinya. Sabarlah Ain…
" Azrul, dahlah tu. Kau ni buat aku blur tau tak.. kalau suka kenapa kau buat dia menangis? Kenapa kau sakitkan hati dia? Kenapa kau.." belum sempat Kamal menghabiskan bebelannya tiba-tiba gedebuk…
"Woi! Apahal kau baling tuala kat muka aku yang handsome ni. Bercalar nanti siapa yang rugi? Awek-awek aku juga" kamal membelek-belek mukanya di depan cermin. Manalah tau balingan lembut si Azrul ni boleh buat mukanya bercalar ke.
" Kau tu membebel macam nenek kebayan. Sakit telinga aku. Alahai mamat jambu, calarlah rock. Baru Nampak gentleman sikit." Azrul bercakap sambil memegang muka Kamal. Dia membelek-belek seperti mak andam.
" Sakitlah. Kau nie kalau jeles pun kat muka aku janganlah pegang kuat-kuat. Ish…" marah Kamal sambil melepaskan pegangan tangan Azrul. Memanglah mamat ni jaga betul muka dia. Almaklumlah eset penting penyebab ramai guru pelatih kat situ yang minat kat dia. Teman wanita jangan cakaplah berderet macam rumah teres. Haha…
Habis kau ingat dengan buat si Ain tu sedih, kau kelihatan gentle di depan dia? Wei kau perah santan sendiri camtu. Apalah bro.. kau kalau nak mengurat meh belajar dengan aku, doktor pakar cinta." Kamal meneruskan nasihatnya sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah dirinya.. haha mula nak takabburlah tu… Kamal. Kamal. Tak baik sombong tau. Allah tak suka. Seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."
Azrul menyedari kesilapannya. Ya, dia memang tak pandai nak mencuri hati Ain. Tapi sejujurnya Ain yang berjaya mencuri hatinya. Hatinya kini milik Ain. Hanya milik ustazah Nurul Quratul Ain Syifa' binti Qamarul. Dia berharap Ain bersabar. 'Duhai hati bersabarlah sayang'.
Kekecewaan Ain masih belum terubat, bukan sahaja masalah dia dengan mamat haji bakhil aka pemurah. Dia juga bergaduh dengan Aleeya. Anak bongsu Dato' hisham. Alahai kenapa semua orang nak sakitkan hati dia. Duhai hati bersabarlah sayang.
" Woi. Mata letak kat mana? Kau tak Nampak ke buat-buat tak Nampak?" marah Aleeya selepas dilanggar oleh Ain. Habis kedua-dua barang mereka berterabur di lantai.Dilanggar ke? Salah fakta tu. Rasa-rasanya Aleeya yang terkocoh-kocoh nak kejar Fitri anak Dato' Farid. Ish meluat betul. Alahai cikgu bila nak berubah ni.
"Maaflah cikgu Aleeya. Kita rasa, awak yang langgar kita sebab kita memang dari tadi berdiri kat sini. Awak tak nampak ke jalan ada kat situ, bukan kat sini. Tak apa kalau awak tak ada duit nak beli spec, kita boleh minta tolong buat kutipan." Ain menegakkan kebenaran sedang semua yang mengerumuni mereka mengiyakan dan tergelak kecil dengan kata-kata Ain.
Prang! Satu tamparan hebat mengenai pipi AIN. Alangkah terkejut semua yang melihat peristiwa tersebut." You better shut up your mouth. You don't know who iam." Ain terpana. Aleeya dan kawan-kawannya segera meninggalkan Ain.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you'll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
Your're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you'll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you'll find your way
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we'll find the way
Lamunan Ain terhenti apabila mendengar dendangan lagu Maher Zain berkumandang di dalam dewan Umar. Suara itu, gitar itu. Ya suara itu yang pernah menerobos pintu hatinya. Ain menyeka air matanya. Dia ingin melihat gerangan yang menyanyi tetapi tiba-tiba dia membatalkan niatnya. Ain masih menghayati lagu itu di dataran ilmu. Biarlah dia terus meminati pemilik suara itu dari kejauhan. Ya, dia seakan tahu hati ini sedang berduka. Lagu itu seakan ditujukan istimewa untuknya. Terima kasih.. terima kasih untuk lagu ini. Ain sedar dia masih ada Allah untuk berharap. Ya, dia perlu kuat. Ain, jangan putus asa. Allah Maha Mengetahui perihal hambanya. Firman Allah, mintalah padaku nescahaya aku tunaikan. Hadis nabi pula mengatakan Allah seperti apa sangkaan hambanya. Jika baik sangkaan hambanya maka baiklah, jika sebaliknya maka sebaliknyalah. Maka sebagai hamba kita tak boleh memikirkan yang buruk-buruk. Allah sangat sayang pada hamba-hambaNya. Tiada siapa yang menyayangi kita sama seperti Allah menyayangi kita.
Tut..tut.. bunyi bip mesej. Ain melihat inbox ensetnya. Batrisya rupanya.
-kt ne?-
-DI-
Beberapa minit kemudian, kelibat Batrisya dan Siti pun muncul. Mereka mendekati Ain.
" Assalamualaikum. Nurul Quratul Ain Syifa'!!!!! awak buat apa kat sini? Tahu tak kita orang cari dalam dewan tu macam tak betul." Batrisya memulakan bebelannya. Sebenarnya dia taklah marah sangat tapi geram je. Punah harapan dia nak menghayati lagu dendangan kumpulan nasyid institut. Mana taknya berpusing-pusiong dia dan Siti mencari alih2 Ain kat dataran ilmu.
" Ye lah Ain. Penat kita orang. Ingatkan benda buruk jadi kat awak. Kata nak pergi tandas tapi puas kita orang tunggu tapi awak tak muncul-muncul. Awak buat kami risau." Siti meluahkan rasa hatinya selepas bersua muka dengan Ain.
" So sory…" Ain memegang bahu Siti dan Batrisya sambil buat muka cute. Aik taktik lapuk dah cik Ain. Ain memang selalu menggunakan senjata kecutetan mukanya. Walaupun mukanya ada jerawat tetapi kerana jerawat itulah dia nampak sangat manis.
Batrisya sengaja membelakangkannya dan buat muka macam merajuk. <ecece> nak dipujuklah tu.
" Ok fine. Kita salah. Maaf. Kita bukan sengaja tak nak masuk tapi tak ada moodlah. Kita betul-betul minta maaf. Sudikah dayang-dayang memaafkan beta.." ahaha Ain buat lawak pula.
"Ain!!!!!" jerit Siti dan Batrisya.
Ain mengajak kawan-kawannya pulang ke asrama. Batrisya yang pada mulanya enggan akhirnya mengalah. Dia tahu Ain masih bersedih. Biarlah dia tidak dapat mendengar nyanyian pujaan hatinya asalkan sahabatnya itu ceria. Sesampainya Ain dibilik dia terus mengambil wudhuk dan solat taubat 2 rakaat. Dia rasa semua kesedihan yang dihadapinya adalah ujian daripada Allah. Allah rindu mendengarkan rintihan dan rayuan dirinya. Ya, dia semakin jauh dari penciptanya. 'Ya Allah maafkan hambamu ini.'
Malam itu merupakan permulaan segalanya. Kali ini Ain lebih matang dan lebih bersedia melalui segalanya. Dia ada Allah yang sentiasa disisinya. Allah yang membantunya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan