Khamis, 12 Ogos 2010

Nafsu tu apa Umi???


 

Assalamualaikum wahai hati... apa khabar iman kita hari ini... Alhamdulillah sekarang dah 3 Ramadhan.. moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Kita patut bersyukur kerana hidup di bumi Malaysia ini.. cuba bayangkan saudara-saudara seislam kita yang berpuasa di Palestin... Subhanallah tabahnya mereka.. Duhai hati, bersyukurlah pada nikmat Ilahi yang dikau kecapi.. jangan dilupakan saudaramu yang berada dalm kesusahan... mungkin kita rasa, kita sudah cukup kesian tapi yakinlah di luar sana masih ramai yang lebih kesian dan menderita daripada kita. Dan paling menakjubkan, mereka lebih tabah daripada kita. Duhai hati yang mulia, layangkanlah sepotong doa buat saudara-saudaramu yang menderita.. kita mungkin tidak mampu memegang senjata berperang di medan perang tetapi percayalah doa adalah senjata orang mu'min.... selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak.. ikhlaskan hati kerana cintamu pada Ilahi....

"Umi, kenapa kita kena puasa? Ustazah adik cakap puasa tu wajib. Kalau kita puasa nanti nafsu kita jadi baik. Betul ke Mi? Nafsu tu apa Umi?" aku tercuit mendengarkan kepetahannya. Syukur Alhamdulillah kini cahaya mataku sudah besar. Walaupun baru darjah satu, tapi omelannya mengalahkan aku dan suami.

" Anak Umi nikan banyaknya soalan. Sayang nak Umi jawab yang mana dulu?" kataku sambil meribanya.

"Adik nak Umi jawab semua. Kalau tak adik tak nak puasa." Wah si comel sudah merajuk. Aku mencuit hidungnya yang mancung. Bibirnya x sudah2 mencebik. Anakku-anakku..

" Alahai jantung hati Umi ni dah merajuk. Sayang , puasa tu wajib untuk semua orang islam. Tanda cinta kita pada Allah Yang Maha Menciptakan. Puasa bermaksud menahan diri kita daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Contoh adik tak boleh makan dan minum sampai azan maghrib nanti. Tapi kita tetap kena tunaikan ibadah lain seperti solat 5 waktu,dengar cakap Umi dan Abi dan pergi sekolah. Ha jangan sebab puasa, adik tak nak pergi sekolah. Sayang faham x?"

"erm... ai ai kapten... tapi umi, kenapa puasa jadikan nafsu kita baik? Habis tu ada je orang jahat masa bulan puasa?" anakku- anakku.. aku cuba mencari dan mencongak-congak ayat sebelum diluahkan agar si kecil mudah faham.

"Sayang, puasa adalah bulan untuk mendidik jiwa termasuk nafsu kita sebab masa ni syaitan sudah dipenjara oleh Allah. Allah beri kita peluang untuk bertaubat sebab pada bulan ini, pintu2 syurga dibuka luas sedangkan pintu2 neraka ditutup. Jadi sayang Umi, kalu ada orang yang jahat maksudnya nafsu dia yang mengawal dirinya sebab syaitankan dah tak ada. Sayang, nafsu ada 2 maksud.

1.nafsu yang menjadi tempat berkumpulnya kekuatan marah dan syahwat yang ada pada manusia. Nafsu ini perlu dikalahkan. Sabda Rasulullah SAW.

"Musuhmu yang paling berat adalah nafsumu sendiri yang ada di antara dua lambungmu." (HR. Al-Baihaqi yang bersumber dari Ibni Abbas.)

2 . nafsu ialah sesuatu yang lembut. Apabila nafsu ini berasa tenang pada suatu perkara dan terlepas dari keraguan oleh serangan berbagai syahwat, maka ini disebut "nafsu mutmainnah", firman Allah dalam surah Al- Fajr ayat 27-28 yang bermaksud." Hai jiwa yang tenang !kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya".

" Umi, macam ayat yang abi selalu bacalah." Kata si kecil girang.

" ye sayang, Abikan selalu baca kat sayang ayat ni. Nanti Abi balik kerja, sayang cakap ye."

Apabila ketenangan nafsu tidak sempurna, tetapi ianya menolak dan menentang nafsu syahwat , maka nafsu itu disebut "nafsu Lawwamah". orang ini lalai dan tidak melakukan ibadah kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 2 yang bermaksud, Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali(lawwamah).

Tapikan sayang, kalau nafsu kita patuh kepada maksiat dan ajakan syaitan maka nafsu tersebut dipanggil "nafsu ammarah bissu' "(nafsu yang mengajak kepada kejahatan). Dalam surah yusuf ayat 53 ada dinyatakan yang bermaksud " dan aku tidak membebankan diriku(dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.

"Sayang, kita perlu mengawal nafsu kita supaya nafsu tidak menjadi kapten kepada diri kita."

" Tapi macam mana Umi? Dengan puasa ke?" Si kecil masih petah berkata-kata.

" Pandai pun anak Umi ni. Salah satunya dengan puasalah. Puasa mendidik kita supaya bersabar jadi nafsu kita pun akan terdidik. Kita bukan puasa sahaja, tapi kita kena tingkatkan amal ibadat lain seperti berzikir, solat jemaah, solat terawih dan banyakkan bersedekah serta baca AL-quran. Sebab tu jangan sekali-kali lepaskan peluang beribadat di bulan yang mulia ini.. Allah akan melipat gandakan amalan hambaNya pada bulan ini.."

" Owh..adik faham lah Umi.. patutlah Abi selalu cakap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Rupa-rupanya Abi tak nak nafsu adik kenyangkan nanti syaitan boleh goda adik. Betul tak umi? Ha nanti adik nak cerita balik kat Abi lah. Mesti abi suka.. Pastukan Umi, adik nak buat banyak ibadah masa bulan puasa.. wah seronoknya... adik sayang Allah..adik sayang Umi..Adik sayang Abi..." Omelnya sambil tersenyum padaku.

Aku mencium dahinya dan merangkul kemas tubuhnya.. Kanak-kanak perlu diberi kefahaman supaya mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk.. ibubapalah yang seharusnya mendidik mereka mengenal Allah Yang Maha Esa. Aku bersyukur kerana dikurniakan Allah suami yang soleh yang mampu mengemudi bahtera rumahtangga dengan bijak. Alhamdulillah, Ya Allah...


 

Kanak2 ibarat kain putih.. ibu bapalh yang mencorakkan mereka....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nice fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

pu3 nonsense berkata...

welcome... all the best...:)