Siri 4
Assalamualaikum semua... eh perasan je cm de org nk baca... hehe xpe kite memang suka perah santan... not badlah... tak pe.. tulislah apa2 yng penting i'm happy n u also must happy cause i spread my happy to you.... ucaplah Alhamdulillah kerana kita masih diberikan kehidupan oleh Allah Yang Maha Pemurah....
Tiba-tiba sedang mereka rancak berborak di kafe…
" Assalamualaikum.. Ainkan?"
" Waalaikumussalam, ye saya. Kenapa? Ain sedikit terkejut.
" Ada pesanan untuk awak. Tak tahu siapa pengirimnya. Surat ni beralih tangan." Gadis berlesung pipit itu mengeluarkan sampul surat daripada begnya kemudian dihulurkan kepada Ain. Dia kemudian berlalu pergi setelah Ain mengucapkan terima kasih. Ain tidak bertanya lanjut tentang pengirim surat itu kerana dia tahu, jawapan tiada pada gadis itu.
" Wow… surat daripada peminat. Siapa bagi? Cepatlah baca… excited dah ni." Eisya paliang suka apabila melihat surat di tangan Ain.
Tangan Ain membelek luar surat. Tiada nama pengirim Cuma tertera namanya.' Kepada Ustazah Nurul Quratul Ain Syifa binti Qamarul'. Pelik siapalah gerangan pengirim ni. Siap tahu nama dia. Orang terdekat kot. Bila masa pula dia bermusuh dengan orang ni. Confius….
" Tak ada nama pengirimlah. Peminat? Entah-entah musuh ketat kot…" Ain buat mimik muka takut lantas ketiga-tiga mereka tergelak lucu.
" ish budak ni, cepatlah buka. Tak sabar dah ni. Musuh pun bolehlah. Grand juga dapat surat daripada musuh berpelajaran." Siti menambahkan lawak yang memang dah lawak. Mereka bertiga tergelak sambil tangan Ain rancak mengoyakkan sampul surat itu.
"Ehem.. what?" Ain terkejut. Pada kertas itu hanya tertera sepotong ayat al-Quran tanpa maksud dan nama surah. Aik no ayat pun tak cakap. Mana nak tahu maksudnya. Payah ni.
" Apa ni?siapalah yang nak main-mainkan awak ni." Siti sedikit merungut. Matanya melilau mencari mana tahu ada pesanan lain disertakan. Hampa . sepotong ayat al- quran itu sahaja pesanan sampul surat coklat itu. Pelik.
"Don't worry, kita tanya Suraya jelah. Diakan hafizah. Jom.." cadang Batrisya. Mereka bertiga segera menuju ke kelas seterusnya.
" Janganlah kamu memanggil saudara kamu dengan panggilan yang buruk. Tulah maksudnya. Kenapa?" Suraya menjelaskan maksudnya setelah membuka tafsir. Surah al-hujurat, ayat ke 11.
" Tak ada apa-apa, saja nak tahu" ringkas tapi sudah difahami Suraya maksudnya.
Mereka mengucapkan terima kasih kepada gadis itu lantas mereka berlalu pergi ke meja mereka.
" Korang rasakan, siapa yang hantar? Budak kelas kita ke sebaliknya?" Ain memulakan bicara. Dia masih buntu memikirkan siapalah penghantar surat istimewa tu. Tangannya masih memegang tafsir Quran. Dia ingin betul-betul menghayati maksud ayat itu.
" entahlah! Tak ada idea lah." Jawab Siti sambil tangannya menompang dagu.
" Ain! Entah-entahkan, Farhan kot." Batrisya meneka sambil matanya memandang Farhan yang sedang berborak dengan Raziq.
Kelas agama hanya ada satu dan hanya ada 20 orang pelajar. Farhan, Raziq, Afif dan Kamal je lah ustaz dalam kelas mereka. Baik buruk pun merekalah yang bakal menjadi daie kelak. Selebihnya jelitawan so majority yang kongker kelas selalunya budak perempuan. Farhan merangkap ketua unit dibantu oleh Hidayah menjadi nakhoda untuk semester ni.
" Kenapa pula pak cik tu nak tulis warkah macam ni? Kita mana pernah buat dia marah. Pernah ke?" Ain tidak bersetuju dengan tekaan Batrisya. Dia menutup tafsir Quran dan memeluknya. Walaupun pengirim surat itu mempunyai motif tersendiri tetapi Ain tetap rasa bersyukur kerana padanya itu adalah teguran daripada Allah sendiri. Pengirim surat ini hanyalah sebagai pengantara sahaja. Alhamdulillah Ya Allah, dikau tidak pernah membiarkan hambaMu ini terus leka dilautan kelalaian.
" yelah Iesya. Tak logiklah nak tuduh KU sendiri. Tahulah, awak mesti fikir pengirimnya budak agama jugakan. Tapi boleh jadi dia hanya aliran akademik. Tak mustahilkan bukan ustaz atau ustazah pun boleh tulis ayat Al-Quran. Kan baca Al-Quran pun khusus untuk semua muslim." Siti pula memberikan pendapatnya. Bernas gak kata Siti. Sesiapa sahaja boleh tulis ayat tu.
" Betul.. tapi cuba bayangkan ayat tu kan pasal dilarang memanggil seseorang dengan panggilan yang buruk. Kitakan selalu panggil budak-budak lelaki tu 'Pak cik', especially Farhanlah. Ingat tak hari tu dia merajuk dengan kita bila kita panggil dia 'pak cik' dekat pustaka." Batrisya mengeluarkan hujah-hujahnya. Cewah macam mahkamah tengah bersidang je. Ain mengiyakan dalam hati tetapi padanya Farhan tak akan begitu mudah terasa. Dia kenal sangat dengan KUnya. Memang kadang-kadang dia buat muka tetapi itu hanyalah gurauan semata-mata. Farhan memang dah lali dengan panggilan itu. Bukan dia je tapi empat-empat putera tu sekali dipanggil'pak cik'.
Mereka masih belum dapat meneka siapakah gerangan pengirim surat itu tetapi mahkamah terpaksa ditangguhkan sebab Ustazah Zaleha dah masuk kelas untuk mengajar sirah. Pembelajaran ini sangat penting bagi seorang muslim. Bagi menanam semangat sanggup berjuang demi agama islam dan negara, sejarah perjuangan nabi dan para sahabat perlu dipelajari dan dihayati oleh setiap muslim. Itulah yang selalu diperkatakan oleh Ustazah Zaleha. Ustazah Zaleha memang mempunyai aura tersendiri. Pengajarannya tak pernah membosankan, malah meningkatkan keimanan kepada Allah. Semoga kami mampu menjadi pendidik sepertimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan