Ahad, 3 Oktober 2010

Ehem2..bkn ciplak au

Assalamualaikum… dear diari, ha ari ni kite nak share ngan korang teks yang kite create sendiri.. dah lama tak belajar bm tapi bolehlah tulis ala kadar.. mgu lepas kite kne jd pengerusi pertandingn pidato so kte pun merajinkan diri google2 mana tau jumpe teks pengerusi tapi so sad sb tak jumpa. So alang-alang kite dah wat nie so nk share r kt miss diary…


 

Teks Pengerusi Majlis


 

Baju cantik air pun kalis,

Terima kasih Pengacara majlis.

Assalamualaikum. Bertemu kembali kita dalam arena pertandingan pidato Minggu Bahasa Peringkat Akhir IPG KDRI. Apa khabar dewan seantero? Ha pastinya kalian tidak sabar-sabar lagi ingin melihat kehebatan kedua-dua peserta akhir kita yang tidak kurang hebatnya.


 

Seorang kumbang, seorang bunga,

Sama padan, sama lawa,

Namun takhta juara milik siapa?,

Bisakah mereka kongsi bersama?.


 

Hadirin sekalian, tema pertandingan pidato Minggu Bahasa Peringkat Akhir IPG KDRI pada kali ini ialah 1Malaysia.

Syarat-syarat pertandingan ialah:

  1. Tajuk pidato adalah bebas tetapi bersesuaian dengan tema 1 Malaysia.
  2. Masa diperuntukkan kepada setiap peserta adalah selama 7 minit.
  3. Loceng pertama akan dibunyikan sekali menandakan masa tinggal 1 minit.
  4. Loceng kedua akan dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat.
  5. Markah akan diberikan mengikut gaya persembahan dan isi yang disampaikan peserta.
  6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Penjaga masa pada kali ini ialah saudari Quratul Ain binti Shamsul, guru pelatih Pismp Bahasa Melayu semester 4.


 

Negeri Sarawak aman sentosa,

Pendidikan gemilang misi utama,

Dengan tiada melengahkan masa,

Saya persilakan pemidato pertama.

Saudara Mohd Syafiq bin Che Ahmad, guru pelatih Pismp Pengajian agama Islam semester 8. Segak bergaya ustaz kita pada pagi ini. Tajuk pidatonya ialah 1Malaysia. Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima kasih lelaki melayu terakhir,"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sebelum kita teruskan kepada pemidato kedua,moleklah kita berkenalan dengan jemaah hakim yang arif lagi bijaksana pada pagi ini. Yang dihormati, Puan Izzati binti Esnan, Pensyarah Bahasa Melayu dari Jabatan Bahasa Melayu merangkap ketua hakim. Selamat datang puan. Disebelahnya ialah Puan Nurul Husna binti Ahmad Yusoff juga pensyarah Bahasa Melayu dari jabatan bahasa Melayu. Selamat datang puan.

Hadirin budiman,

Seterusnya saya menjemput pemidato terakhir iaitu saudari Farhatul Alia binti Rosli, guru pelatih Pismp Pengajian Agama islam semester 6.Cantik berseri bagaikan raja sehari peserta kita ini. Alia dengan tajuk pidatonya, Memartabatkan Bahasa Melayu. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih saudari, terpegun saya melihat persembahan saudari, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dengan berakhirnya peserta terakhir tadi maka berakhirlah tugas saya. Mohon maaf sekiranya tersalah kata, terlanjur bicara. Saya serahkan kembali majlis kepada saudari pengacara yang cantik manis di hujung sana.

Tiada ulasan: