Jumaat, 1 Oktober 2010

Sayang awak...

Saya sayang awak sebab awak saudara seislam saya. Saya sayang awak sebab awak pun manusia sama seperti saya. Saya sayang awak kerana kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini. Dan saya sayang awak sangat-sangat kerana Allah Yang Maha Pengasih. Hadis nabi, sayangilah saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri. Saya sedih bila tengok awak berubah.. saya harap, saya kuat tapi kadang-kadang saya pun hampir tergelincir. Kita menimba ilmu pada ustaz yang sama, ustaz pernah kata, 'dunia di luar sekolah tak sama dengan ketika kita sekolah. Dunia luar sangat mencabar'. Betul cakap ustaz. Biarlah apa orang kata tapi tetapkanlah pendirianmu kerana dunia masa kini tak setenang dulu.

Ingin kukongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku fillah(krn Allah).

"
Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian, baginya UJIAN sebagai TARBIYAH(didikan ) oleh Allah, tanda Kasih Allah kepada kita, jua penghapus dosa
.

Kata seorang saudaraku :

'Bersabarlah bukan usahamu sia-sia tetapi kemenangan yang lewat tiba'.

Ku doakan Allah sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya dan mengurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin....


 

Tiada ulasan: