Rabu, 27 Oktober 2010

Tidur dalam kelas??


Tidur dalam kelas??

Assalamualaikum semua.. apa khabar duhai insan-insan yang sentiasa ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara terlarang? Ustazah Fatin alhamdulillah sihat Cuma…. wireless kt istana institut perguruan ni kurang baik. Tapi jangan sedih-sedih. Just wait n smile….

Ha pernah tak korang tidur time belajar? Ala tipu kalau tak pernah. Imposibble. Ceh sesuka hati je. Biasanya dan memang pun pelajar asrama akan tidur dalam kelas berbeza dengan pelajar yang tinggal di rumah. Kenapa ek? Nak kata jaga anak? Bukan. Nak kata masak? Pun bukan. Nak kata kemas umah? Lagilah bukan. Erm kita pun tak pasti kenapa. Oleh sebab kita kelahiran asrama so kita pun suka tidur. Seriously, kita ni boleh dikata RATU TIDUR kot. Time cikgu ajar tidur, time cikgu tak ajar pun tidur n time periksa pmr n spm pun boleh tidur. Ish-ish apa nak jadi ni ustazah sorang ni.

Bile teringat zaman tidur ni asyik nak tergelak je. Almaklumlah kelakar sangat. Dulu kita suka tidur n tersengguk-sengguk dalam kelas. So jadi terkenallah. Ha korang jangan jadikan tauladan tau. Tak elok tidur time cikgu ajar nanti cikgu tak berkati ilmu baru tahu. Hehe… oleh sebab kita bakal jadi ustazah so kita kena elakkan tidur n fikir macam mana nak halang my lovely anak murid supaya janganlah buat macam cikgu time kecil-kecil dulu. Tidur…

Banyak cara yang kita fikir dan buat untuk mengelakkan daripada tidur dalam kelas.

So kita nak share beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan tidur dalam kelas.

  1. Makan gula-gula/chewing gum… tapi kadang-kadang tak berkesan. Kita mudah pening bila makan gula-gula jadi macam mana nak belajar? So cancel.
  2. Berborak dengan kawan sebelah… ish ini tak boleh pakai. Kesian kawan sebelah nak study. Biar dia study n kita tidur.nanti dia boleh ajar kita. Hehe. So cancel.
  3. Makan biskut dalam kelas… ha ini memang kita suka buat.. selalu makan biskut tiger tapi dah maju makan biskut iko.. kalau nak buat jangan lupa minta izin cikgu dulu. Nanti tak berkat pula ilmu yang disampaikan. Jangan makan banyak nanti kenyang so ngantuk balik.
  4. Lukis kartun sambil dengar cikgu cakap…. Ha ini best. Hilang ngantuk.
  5. Makan kerepek…. Ha ini bagus sebab mulut kita excersice.. tapi minta izin dulu. Jangan makan je. Tak sopan.
  6. Buat senaman muka atau tangan sekejap…. Berkesan jugaklah tapi bagi ratu tidur tak berapa berkesan.. hehe…
  7. Berjalan-jalan dan hirup udara segar kat luar kelas… ha minta izin kat cikgu nak keluar pergi tandas. Pastu dalam perjalanan tu tengoklah pokok-pokok menghijau dan hiruplah udara segar. Best jalan-jalan time cikgu ajar tapi jangan buat lama-lama tau.
  8. Berdiri n tarik nafas…. Bagus ni tapi malu sikitlah. Ratu tak buat tapi kebanyakkan pelajar bijak dan cemerlang buat benda ni.
  9. Minum air masak banyak-banyak… Bawalah air sebab kalau mengantuk boleh minum air. Mengantuk sebab kurang oksigen jadi minum air boleh tambahkan oksigen. Ha pandang pokok n benda-benda hijau pun boleh.
  10. Ha tanya soalan kat cikgu atau cikgu tanya soalan kat anak murid yang mengantuk. Comform tak tidur. Benda-benda yang buat kita terkejut akan merangsang otak kita so ngantuk akan hilang sendiri.. Tak percaya ke? Kalau camtu bagitahu cikgu korang supaya tanya soalan kat korang kalau korang tertidur..
  11. Last sekali yang kita buat adalah menulis surat cinta menggunakan tangan kiri. Memang tak ngantuk. Kenapa? Sebab kita excited tulis madah cinta menggunakan tangan kiri. Biasa tulis tangan kanan so bila buat benda pelik n mencabar ni maka hilanglah ngantuk. Sangat mencabarlah.. tapi bagus sebab dapat latih otak kanan kita bergerak. Tapi surat cinta nie memang tak cantiklah. Macam budak tadika tulis. Kawan kita kata comform kena reject. Ala cinta tak mengenal semua tu… Ecece… tapi yang ini boleh hilangkan konsentrasi belajar sikit so pandai-pandailah ye.


Selamat segar dalam kelas. Semua orang ada cara sendiri so fikirlah yang mana terbaik. Ilmu sangat penting lagi-lagi ilmu agama so kita mesti elakkan tidur dalam kelas. Wajib. Tapi kalau betul tak nak tidur dalam kelas ,malam tu tidur awal ye. Saya tak suka anak murid saya tidur. Please jangan tidur ye sayang.

Pesanan ikhlas daripada Ustazah Fatin.


7 ulasan:

AfiqahRazak berkata...

haha...lawaklah awk nie..cara terbaru hilangkan ngantuk dalam kelas. Dulu x pernah buatkan? dh ada buah hati ke ?

tim timo berkata...

hahahahaha...
poyonyer ayat...
t if pelajar anda tdor tsengguk2 jgn mara k.. dorg blajar dr "sifu" baek punyer...
so na tnyer.. cara plg berkesan utk anda yg nombor berapa???
hahahaha

pu3 nonsense berkata...

afikah: dulu xmatured ag so xbuat r. tpi dh besa nie xleh tersengguk2 ag mlu r... hehe.. ish hati mana ade buah..:)kte tgu prince charming r...

pu nonsense berkata...

kak ngah: bgus cre nie.. try ye... hehe.. mesti r cre no 11 pling berkesn... tp 2 r jgn wat selalu nt xconcentrate blaja... cantik x surat cinta kita. penatnye tulis tgn kiri.. terketar-ketar..ecece

tim timo berkata...

hahahaha... klu dok fokus cmtu abes la x paham apa lecturer ajar... ngeee.. sem dpn ak try... hahaha

fahmi razak berkata...

haha..makan biskut lg best..huhu

Tanpa Nama berkata...

amboi2 pkcik perli kte nie.. memng mkn biskut pling best...ble mkn biskut ingt time kck2.. budk2 nkal duduk dpn kte n suke ngincak biskut....