Isnin, 11 Oktober 2010

Cucu tertekan ye syg.

Bismillahirahmanirrahim.....

"Cucu nenek kenapa? Tiba-tiba jerit sorang-sorang kat sini. Ha nanti kena nyorok dek bunian baru tau." Aku menegur cucuku yang sejak tadi menjerit dan termenung di belakang rumah.

" nek, Nurul nak nangis dan nak marah dalam satu masa. Boleh tak nek." Cucuku menjawab tanpa menoleh. Ku lihat dia memegang-memegang kepalanya.

" cucu nenek syg, jangan macam nie. Nurul tertekan ye... Meh sini dakap nenek." Aku mengusap ubun-ubunnya kemudian merangkul tubuhnya. Remaja berumur 18 tahun ini Nampak seperti memikul beban yang berat. Ku biarkan dia menangis dibahuku. Nurullah satu-satunya cucu kesayanganku.

" cu,"

"ye, nek"

"nenek tahu nurul ada masalahkan. Cuba story morry kat nenek meh. Tengok nurul tension-tension nie dah tak ayu dah. Ha nanti kawen ngn lelaki tue bangka. Nurul nak ke?" Aku cuba memancingnye.

"Ish nenek nie.. merepek je. Nek, dulu mude-mude nenek ade problem x? Sampai rse nak bunuh diri ke." Aku terkesima mendengar soalannya. Remaja..remaja.. mudah tertekan andai xdihiasi jiwanya dengan iman mungkin mereka boleh buat Sesutu yang berbahaya.

"Cu, semua orang kat dunia nie ade masalah. Time nenek,cun-melecun dulu , nenek pun ade banyak...... masalah. Mcm masalh Negara tau." Aku cube berjenaka. Cucuku tersenyum .

" tapi kita kena pandai handle masalah tu. Kalu tak tu yang ramai remaj hisap dadah, bunuh diri, minum arak. Semuanya berpunca dari emosi yang tak stabil."

" nek, citelah.. dulu nenek buat apa kalau tertekan? Ha nenek terjun lombong ye? "

"ish budak nie.. tak mainlah terjun-terjun.. nenek nie, moden sikit. Nenek kalau tertekankan suka makan banyak2 sebab time tu automatic lapar. Selain tu nenek suka make up. Habis nenek conteng-conteng muka."

"wah nenek rocklah... xde pun orang tertekan suke pakai make up. Nenek nie sorang dalam sejuta lah."

" hei, sape kate. Tulah bila orang tertekan dia tak berpikir panjang. Akalanya dikuasai emosi. Nenek pun suka marah-marah orang tak tentu pasal sb presurelah. Kawn nenek pulak kalau tertekan dia akan tidur sepanjang hari. Nenek buat macam-macam supaya emosi nenek stabil balik. Tapi nenek still akan pening kepala bila tertekan. "

"habis nek buat ape? Biar je? Ke tgk pemandangn cam pantai ke?"

"betullah cu, tapi sebenarnya ada satu cara yang kita selalu lupe"

"ape dia nek?"

" ha,kalau kita tertekan, selalu ingat kat Allah. Selalu istigfar, minta petunjuk dari Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Percayalah cu. Nenek dah alami. Nenek jarang pergi surau and selalu dengar lagu-lagu rock. Tapi bila nenek tertekan and pening, nenek kena dengar ayat-ayat suci Al-Quran , dengar zikr-zikir memuji Allah dan Rasul and solat jemaah kat surau. Sejuk je hati bila nenek dengar alunan ayat-ayat cinta Allah yang dibacakan oleh imam. Cucu trylah petua nenek nie. Memang berkesan.. Allah yang cipta penyakit dan hanya Allah yang boleh mengubatinya. Percayalh pada ketentuan Ilahi. Jangn biarkan syaitn menguasai nanti dikau sakit hati. Cucu nenek syg dengar tak?"

"ye nek, nanti nurul amalkan. Betullah nek, nurul rasa sebab jauh dari Allah buat nurul tertekan sangt bila hadapi masalah walhal masalah tu kecik je. K r nek nurul nak nek mengaji dulu. Terima kasih nek. Syg nenek."

Moral of the story mory:

  1. Ingat Allah bila tertekan.
  2. Dekatkan diri padaNya. cuba dengar lagu in-team tajuk (Damba Kasih) and rahmat ujian nyanyian mestica.
  3. Luahkan masalah kepada orang lain. Jgn pendam sorg2 nnti mereng.
  4. Kawallah emosimu krn dirimu begitu berharga
  5. Jgn buat perkara yang Allah larang even tertekan samapi skit jiwa pun.
  6. Ucap terima kasih pada sesiapa sahaja yang tolong kita.
  7. Jadilah hamba Allah yang betul-betul memahami erti redha pada ujianNya.
  8. Selamat beramal and happy go lucky..

Dalam musibah itu terdapat 4 seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengn kesabaran,berzikir dengan baik,dan menunggu kelembutan dari Allah.

Lihatlah ke sekelilingmu! Adakah engkau menemukan orang yang hidupnya hanya berisi kesedihan? Atau adakah engkau melihat orang yang sepanjang waktunya menderita? Adakah di setiap rumah hanya terdengar tangisan? Dan adakah di semua pipi hanya ada air mata? Koleksi mutiara kata-kata Al-Qarni

2 ulasan:

pu3 nonsense berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ida berkata...

sentiasa mengingati Allah.itu kuncinya..klau saya klau tertekan mesti call parents..mereka kawan terbaik..pendengar terbaik.. terima kasih ukhti. mohon copy... :)